assalamualaikum wbt..
aku yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.
Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tiba2 diserang sakit jantung, SILA JANGAN TOLONG!
Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung semua kos perubatan dia sebab korang yang tolong dia...
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takda org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak dia pegang mak dia so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jak budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and dia berhenti kejap sebab perasan dia langgar budak.Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 jak tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup so dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.