Rahsia keperibadian mengikut Email

assalamualaikum..
Tahu kah kamu,melalui Email juga korang boleh mengetahui sifat diri sendiri yang selama ini tak pernah langsung korang perasan!Tetapi ingat ini adalah andaian sahaja,jangan terlalu percaya.kalau korang nak percaya juga,it's up 2 you bebehhhhh..kekekkeke



Guna Nama Penuh
Contoh : Noorfaizah_Alimuddin@yahoo.com
Sekira nya menggunakan nama alamat emel dengan nama penuh,ia menggambarkan bahawa anda seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia.Selain itu,golongan ini juga boleh di percayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Jangan sesekali cuba hendak memperlekehkan kemampuannya dalam mengendalikan kerja yang di beri.

Nama Depan Dan Nama Tengah
Contoh : NoorFaizah@yahoo.com
Jika korang menggunakan alamat emel seperti diatas iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapa,ia menunjukkan bahawa korang seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri.Bukan itu sahaja,selain berani tampil di khalayak ramai untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat,anda juga mempunyai idea yang bagus.Tapi salah satu sifat buruk anda adalah sanggup mengetepikan hal orang lain demi kepenringan sendiri.

Nama dan Tahun
Contoh : Noorfaizah2011@yahoo.com
Golongan ini di katakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi,pantang sesiapa yang cuba menentang pendapat nya pasti akan 'disembur' tanpa belas kasihan.Selain itu anda juga tidak suka komitmen dalam jangka masa terdekatini.Kewujudan tahun di akhir nama anda Seolah-olah memperlihatkan anda bukan seorang yang luas pandangan,pendek kata golongan ini mempunyai pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama samaran
Contoh : cik_azlyzah@yahoo.com
Ramai di kalangan Pembaca yang suka membuat emel macam ne kan??kann??kannn??ia di katakan seorang yang suka hidup dalam khayalan sehingga kekadang menyusahkan orang lain.Namun golongan ini disukai ramai kerana mempunyai sifat selamba yang membuatkan orang selesa berada di sisinya.Jika diasah dengan betul,anda boleh menjadi pemimpin dengan gaya tersendiri!!

Nombor Dan Abjad
Contoh : Noorfaizah21@yahoo.com
Nama diwakili dengan nombor dan abjad sahaja seperti diatas menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang.Itupun jika kepercayaannya mampu di raih,jika tidak???kirim salam jeeee lah...

chowwwww~

No comments:

Post a Comment

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)