Ia bukan saya

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini..
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu.. Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU yang tidak sebaik insan lain, namun saya masih punya MASA HADAPAN, itu yang pasti..
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU dengan apa yang dia lihat sahaja, supaya dia tidak menyesal kelak..
jangan terlalu mengarap yang terbaik dari saya sebab saya bukan lah wanita yang sempurna.Jadi bimbing lah saya sekiranya saya tersilap.walaupun saya tak dapat melakukan yang terbaik SEKURANG2NYA saya sudah mencuba sehabis baik :(

Hidup di dunia ini TERLALU PANJANG dan terlalu BANYAK PERHENTIAN sementara, hingga kadangkala TERLUPA sebenarnya diri ini hendak ke mana...
Erti hidup itu BERBEZA..berbeza mengikut TUJUAN masing-masing, cara hidup setiap orang pun lain-lain..perlu cari erti kehidupan itu, baru TAHU kita hendak kemana, baru FAHAM kemana kita hendak tuju.. 
Tapi kan LEBIH MUDAH dan INDAH jika hidup berlandaskan HUKUM Allah..rasa macam hidup itu ada tujuan, ada matlamat, LEBIH TERISI dan semua perkara yang dilakukan adalah untuk mendapatkan REDHA Allah..♥♥ 

Wassalam

Mabuk oh mabuk

Assalamualaikum wbt..
pppsssstttttttt...korang jom tengok gelagat orang mabuk yang berusaha memakai seluar yang di sangkanya baju.Memang lawak sangatttttt...Yang stress pun boleh gelak sampai terburai perut :D

Tu lah uncle..minum lagi banyak2.Kan dah jadi bahan gelak.Sia2 doh :))


Yang ne pula memang Lawak.Dia btelefon pakai kotak rokok.Kalau aku jumpa orang macam ne aku gelak guling2 berabis tau..

lol~
Wassalam

Status Yang Paling Aku Suka

*klik imej untuk lebih jelas*
Bersangka baiklah jika itu yang terbaik untuk kita^^

Orang selalu mengharapkan yang terbaik dari kita,Tapi mereka belum tentu dapat lakukan yang terbaik untuk kita.

Vanila Coklat


Assalamualaikum wbt..


Hye..aku memang suka buat cerita yang dah lapuk kan.Tapi aku nak kongsikan juga dengak korang.Yelah tak semua kan dah tengok cerita ne.Dan untuk pengetahuan korang semalam aku tido sampai jam4 sebab nak menghabiskan cerita ne.Aku tengok kat youtube jew.
Story ne memang best juga lah.*kalau tak best takkan lah aku tengok sampai habis kan*So siapa yang belum tengok drama ne korang tengok jak lah dari youtube.Mengisahkan tentang famly,rakan,student dan cinta.Jalan cerita memang aku suka sangat tapi tak mantop r.Cerita dia sebijik macam cerita adamaya.Tapi boleh buat aku meleleh air mata juga...kekekkekke
Part2 romentic dia membuatkan aku teringat kat encik Nunang aku..huhuhuhu*haiyak apalah aku ne*Lagu dia pun aku suka...suka..suka sangat2 suka...
okai...sesiapa yang belum tengok drama ne korang khatam lah kat youtube tu.Just 13 episode jak pun...
Wassalam

Yes! Aku bejaya =_=

Assalamualaikum wbt :)

Hye followers...Aku nak tunjukkan apa kejayaan yang telah aku lakukan hari ini.Dan aku nak tunjukkan kamu betapa congeh mongeh nya intenet pada masa ini.Siapa ada photoshop tapi tak tahu guna memang anda layak menghempas lappy korang di atas tar*kekeke dasyat nya aku*
Okeee~ dengan bangga nya aku tunjukkan hasil titik peluh lappy dan jari aku..
Layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Sebelumಥ_ಥ

Selepas≧❀‿❀≦
Sebelum ̃๏̯̃๏
Selepas (◡‿◡✿)

Yahooooooooooo...Aku telah berjaya mengubah wajah seseorang.Kalau dorang nampak mesti dorang turut berasa di awang2an kan..kan..kan..
ok sampai sini saja yewwwww...
Wassalam^^

Buat Blogger Sombong

Jangan Sombong dan Menghina Orang Lain 

Wahai blogger yang tanpan dan jelita
Dengar sini aku nak bercerita
bercerita tentang ketidak puasan hati
Bukan nak mendengki bukan nak mengata
Cuma mahu kamu tahu 
apa yang terpendam di sudut hati sorang blogger yang tak seberapa.

Wahai blogger2 yang terdahulu
Kami tahu nama kamu sudah semakin dikenali
Setiap entry kamu tak pernah sunyi
Follower kamu datang bersilih ganti
Rezeki nuffnang,churp2 semakin menjadi
kami bangga mengenali kamu tapi
kenapa sikap sombong dan angkuh ada dalam jiwa kamu????

Kami tak minta di puji
kami tak minta populariti kamu
kami tak minta duit sesen kamu
cukuplah kamu menghargai blogger baru seperti kami
Hargai bukan dengan pujian
hargai bukan dengan barang yang benilai
cukuplah kamu sedar kewujudan kami
cukuplah kamu sedar setiap komen yang kami tinggalkan di entry kamu
cukuplah kamu sedar kewujudan kami di list follower kamu.

Jadi lah seperti Lyssa Faizureen Yang sentiasa membantu
Yang sentiasa sopan dan tak angkuh
Yang tak pernah bosan melayan kerenah
Yang tak pernah mengeluh di setiap soalan yang di ajukan,
Kami hargai blogger seperti dia..

P/s Buat blogger yang terasa diri nya otai sangat tak payahlah angkuh ft sombong sangat.Ada yang terasa???Siapa makan garam dia terasa masinnya.
*Jadi lah blogger yang bersedarhana..Peace^^
Wassalam





Dugaan Bertunang

Assalamualaikum Wbt.
         Siapa sini dah terikat dengan tali pertunangan?Mesti ramai kan yang dah bertunang ataw pernah bertunang ataw pernah bertunang tapi hajat tak kesampaian.Untuk pengetahuan korang aku buat entry ne sebab aku juga sedang melalui saat bertunang ne.Betunang ne tak semestinya sarung cincin jak lepas tu kenal hati budi,kenal2 dengan famly lepas tu kawin.weiiiii bukan macam tu jak k,Banyak lagi dugaan dan halangan yang terpaksa di tempuh segelintir pasangan.Yelah tak semua tu bertunang sehari,sebulan,setahun kan.Mungkin ada juga yang betahun2.Sampai 5tahun???pun ada.....
         Bertunang 1 bulan pun macam2 masalah yang terpaksa di tempuh.Ada yang try elak masalah..try sehabis mungkin.Tapi mampukah kamu mengelak sedangkan Allah tu selalu menguji.Sedangkan dalam sehari macam2 perkara terjadi apakan lagi sebulan,setahun.Ada sorang makcik pernah kata Lelaki yang pertama pinang kita adalah lelaki yang terbaik untuk kita.Bila di fikirkan kan balik tak logik juga lah kan.Bagi aku siapa pun jodoh kita dialah yang terbaik untuk kita.
        Kata orang bertunang lama2 ne panas.Maksud panas tu maknanya tak baik lah kan.Yaaa yang ne aku setuju.Tunang lama2 ne memang tak baik.Macam2 hal kita kena handle,macam2 kerenah kita terpaksa atasi.Dan time tunang ne lah orang suka jajah nama kita semata2 nak tengok si pasangan tu berpisah.yelah nama kita sekarang tengah hot kan,carta hati kita tengah melonjak naik tu yang ada orang jelous.*Siapa nak muntah silakan*Kekadang ada yang kaitkan dengan scandle2 lah,dengan sikap2 buruk si tunang tu lah,ada yang menghasut buat benda yang tak baik lah,dan ada juga yang memburuk2 kan si bakal mentua.So perkara2 macam ne baik abaikan saja.korang tak rugi sesen pun kalau korang tak layan manusia2 mcam tu.Baik korang buat solat hajat minta di panjangkan jodoh kan baik :)).Manusia2 yang suka memburuk2kan kita tu mama kata dia tengah di kipas iblis.Tu yang buat dia dengki dan cemburu tengok kita bahagia.
         Cemburu buta..yaaaa ne juga salah satu punca pergaduhan.kekadang aku pun terfikir Salahkah kalau kita Cemburu melihat pasangan kita mesra dengan pompuan lain walaupun pompuan tu kawan baik,terbai dan the baikkkk kita.Memang wajar kita di katakan cemburu tak bertempat tapi korang pernah terfikir tak kita ne pun manusia sama juga di ciptakan berotak untuk berfikir.bermata untuk melihat,bertelinga untuk mendengar Dan BERHATI untuk berperasaan.Berperasaan bukan bermaksud syok sendiri tau.Salahkah kalau aku kata aku jelous tengok fiance aku mesra dengan cousin atau kawan2 aku?Bagi aku selagi mereka bukan muhrim dan selagi mereka Sah dinikahkan selagi itu aku letak perasaan cemburu aku tepat2 di hati aku.So jangan salahkan aku jika aku cemburu tak bertempat sebab aku juga punya hati dan perasaan seperti kamu:)

         Salah faham juga selalu terjadi walaupun kita try elakkan.Yelah kita sama2 manusia punya hati yang selalu terasa tersentuh walaupun masalah tu sekecil kuman.Dan orang pompuan lah yang cepat tersentuh hati.why?sebab pomuan ne kan sensetif dan termasuklah aku.Tapi kalau bleh kita sama2 try kuatkan hati untuk menjaga hati2 manusia sekeliling kita supaya tak ada lah terjadi salah fahamnya.

         Sebenarnya semua keputusan tu ada di tangan kita sama ada pertahankan pertunangan korang ataw lepaskan tanpa ada ikatan hati lagi.Tapi selagi masih ada sayang belajarlah mengalah demi sebuah kebahgiaan.Tapi kalau memang tak bleh di petahankan lagi anggaplah semua yang berlaku tu sebagai kemanisan dari sebuah pengajaran.Andai dia jodoh kita,sesakit mana pun cubaan yang kita terpaksa tempuh insyaallah akan di ijab kabul juga.Dan di situlah titik air mata kebahagiaan anda.Andai hubungan korang tak dapat di pertahankan lagi cahaya kebahagiaan pasti ada untuk anda.Allah maha mengetahui dan maha penyayang..Cehhhhhh...pandai jak lah aku ckp kan.
         Semua yang baik tu datang dari Allah dan setiap yang buruk tu datang dari diri kita sendiri.Tawakal dan sedia menempuh dugaan semasa bertunang ataupun berumahtangga.
Wassalam :)

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Assalamualaikum wbt.

Hari ne kita di kejutkan dengan 1 rakaman video yang di muat naik ke laman You tube.Mungkin ada lagi yang belum tengok video ne kan.So aku nak kongsikan.Bukan nak korang maki2 ft kutuk2 anak dia.Tapi aku nak kita sama2 jadikan pengajaran dan doakan semoga kita di jauhi daripada perkara2 yang boleh menitiskan air mata ibu kita.Jangan sesekali menjatuhkan hukuman pada perkara yang belum ada kepastian.Allah tu maha mengetahui so doakan saja yg terbaik untuk nenek ne.


Mengalir juga air mata aku tengok video ne.Nasib ada insan2 yang sudi menolong.Semoga nenek ne sentiasa tabah dalam mengharungi segala cabaran.Allah sayangkan nenek tu lah dia uji nenek.Tapi percayalah di sebalik kepahitan mesti ada kemanisannya juga.Hanya doa yang mampu di titipkan buat nenek ne. (╥﹏╥)

P/s : For my beloved mummy.I love love love love u more!!!!

Bila seni menjadi hobi^^

Assalamualaikum wbt
Apabila bosan mula melanda si penganggur bertauliah seperti aku,Aku mula mencari ikthiar untuk menghilangkan segenap kebosanan yang melanda hidup ku.Ewah~ bukan alang2 aku ne kan.Mula sudah buang tebiat..Mula sudah bertranformasi walaupun agak kampungan :P
Sejak baby meow aku tinggalkan aku kepala otak aku terasa sedikit mereng sedikit.Sekian harap maklum
Dan sejak aku mula kesunyian aku terjumpa plak hobi baru aku.Hobi ne bukan aku reka2 tau tapi memang tereka sendiri dari minda aku tanpa aku sedari.Almaklum lah dah nyanyuk.Nak tahu hobi aku apa?Aku mula menjinakkan diri dalam bidang edit mengedit2 gambar.Tak lah cantik sangat tapi aku rasa ada lah unsur kesenian nya sikit kan..kan..kan..eyakan saja lah
Seni abstrak blink2

Seni kulinari dan penyediaan makanan

seni cantum centom

seni pendidikan seni dan pendidikan moral

haaaaaaaa....kau ada??kekeke cik tak tau lah unsur2 seni ne.so korang jangan pecaya sangat lah ya.cik nak korang tengok jak hasil tangan cik.Yelah tangan takkan kaki kan Ada sesiapa berminat untuk cik editkan gambar nya boleh lah follow cik d sini.Harga???oohhhh 2 seringgit..kekekkee tak da lah cik gurau jak pun..
buibuiiiiiiiiiiii^^

Arwah Putih Tetap Di kenang

Assalamualaikum wbt.

hye..korang sihat?Kemarin cik buat entry pasal si putih cik sakit kan.Lepas cik post entry 2 cik duduk dekat si putih cik smbil sapu2 badan putih.Dalam hati sentiasa doakan putih cepat sembuh dan kuatkan semangat untuk lawan sakit,supaya putih dapat main kejar2,lompat2,guling2 dgn adik dia.Tapi putih tak dapat buat semua 2 lagi sebabputih dah tak ada kat dunia ne lagi ಥ_ಥ
Mama kata putih dah tak ada harapan lagi bila tengok sesak dia tersekat2.Tapi cik tak percaya.Berapa minit lepas tu cik tengok putih bernafas semakin perlahan.Cik mainkan Yaasin kat handphone Lama kelamaan nafas putih semakin slow.Allah maha berkuasa dan maha penyayang.Putih pun makhluk ciptaanNYA juga.Putih menghembuskan nafas depan mata cik dengan tenang sangat2.Air mata cik time 2 jangan tanya lah..
Bila cik amik adik dia letak kat tepi putih.Adik dia jilat2 lepas tu baring kat perut putih.Cik yakin adik dia tahu yang putih dah tak bernyawa lagi.Dah tu cik pun tanam putih kat belakang rumah kami.Sampai sekarang cik masih terbayang2 kan putih bermain,melompat,tido kat atas perut cik.Cik rindukan putih sangat2.Tapi apa bleh buat dia telah pergi buat selamanya.Dan sekarang hanya gambar tempat cik melepaskan rindu ๏̯̃๏
pic ne cik amik time putih tido dengan cik.Time cik baring2 kat sofa dia pun ikut tido tepi cik biar pun sempit..
hhuurrrrmmmmmmmmmmm...rindu sangat nak pelok2 putih!
Santai bersama cik..huhuhuh

Cik rasa cik telah kehilangan sorang anak yg sangat2 cik sayang.Semoga Allah temukan cik dengan putih di akhirat nanti..


Kucing Aku Sakit ̃๏̯̃๏

Assalamualaikum wbt.

hye korang..lama nya aku tak update blog ne kan.jangankan update,jenguk pun tak pernah sudah.nak kata aku ne busy tak lah juga.tak pernah aku dengar penganggur bertauliah busy 24jam..kekekeke
apa bleh buat lah kan...otak aku ne da kering.bukan setakat kering sahaja..tapi KONTANG sangat3.Asal nak update otak jadi beku..haiyaakkkkkkkk^^

ok hari ini aku just nak kongsikan kat korang.Bahawa kucing kusayangan intan payung aku sakit tenat..๏̯̃๏ huuuwwwwaaaaaaaaaaaa.aku tak tau knapa dia tetiba sakit.Dari dia lahir ne lah 1st time dia jatuh sakit.mungkin dia tersalah makan sebab mulut dia banyak kahak.Tadi bangun jak aku terus cari kucing aku.Tapi dia lngsung tak datang.Bunyi pun tak.mama cakap time subuh tadi dia dengar bunyi kucing aku.Puas aku round2 keliling rumah cari tak jumpa2.Rupa2nya dia dah lemah sangat kat atas stor kereta bapa aku.


Aku terus bawa kucing aku naik rumah.Mulut dia punya lah sangat bau macam bangkai.Dia tak pandai buang kahak dia so nafas dia tersekat.mama bagi makan ubat pun dia tak bleh telan.Apa nak buat ne!
Korang tolong doakan supaya dia cepat sembuh dan di panjangkan umur ya (╥﹏╥)
yang satu ne adik dia..mreka ne memang sangat2 rapat.si adik temankan abg dia dalam kotak 2 biar pun sempit.Dia tahu abg dia tengah sakit..huhuhuhu~

Ok lah aku nak bagi kucing aku makan dulu.Semoga kucing aku cepat sembuh dan kmbali sperti biasa
wassalam