Tanpa Tajuk

Assalamualaikum wbt.

Hari ne hati tak tentram.Banyak masalah yang saya terpaksa lalui beberapa minggu ne.Nak cerita pon orang takkan faham.Orang tengok kita ketawa mengilai,tapi dalam hati kita.Kecewa,sedih,terluka.semua orang tak tahu.Orang nampak kita ketawa,tapi orang jarang nampak kita menangis..
Hidup memang seperti roda,kadang kita di atas kadang kita di bawah.Tapi bila kita di atas kita selalu terlupa untuk memandang ke bawah.Bila kita berada di bawah baru kita rasa sakitnya.baru kita rasa sesal nya.Begitu lah manusia,sudah terhantuk baru terngadah.
Bila masa kita ketawa..ketawa lah sepuas-puas hati.Tapi bila masa kita menangis,menangis lah sepuas-puas hati.Jangan salahkan takdir kenapa kita di uji sebegini rupa.Tapi bersyukur lah sebab Allah masih mahu menguji kita.Ini menunjukkan Allah masih sayang kita.Allah masih mahu sedarkan kita yang selalu terlalai.Mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah nya.
Kebahagiaan..Kebahagiaan boleh di tarik balik sekelip mata.Dan kebahagiaan akan berganti kepada kenangan.Dan kenangan itulah yang oleh buat kita derita bila di kenang.Dan sakit bila kita cuba melupakan.Apatah lagi bila kenangan itu adalah kenangan bersama orang yang kita sayang.Apa yang perlu kita lakukan di saat2 kita terluka??Cuma satu sahaja jawapannya.Kembalilah kepadaNYA.Orang selalu meninggalkan kita di saat kita terluka,Tapi Allah tak pernah meninggalkan kita di saat kita Terluka dan kecewa..

*Maaf entry kali ne agak emosi sikit.Doakan semoga saya terus kuat untuk melalui setiap ujian Allah ini.
Wassalam.

6 comments:

  1. salam,
    Terima kasih sudi singgah teratak buruk ta..

    Hidup ini umpama roda...ada kala diatas ada kala di bawah..

    ReplyDelete
  2. @TiranaAduka waalaikumsalam..ya sudah seharusnya.Dah nama nya blogger kan :)
    yapzzz..apa yang terjadi semuanya rahsia Allah :)

    ReplyDelete
  3. Yup orang yg bijak akan sentiasa mengingati kesedihan tatkala dia bergembira supaya tidak terus alpa dalam kegembiraan ^^

    Semoga kau kuat ya ;D

    ReplyDelete
  4. kite pun, kalau dah sedih sangat dan taktau nak share ngan sape, kita share kat blog..huaaa....pastu nangis sensorang...apakesss la sangat kan...

    ReplyDelete
  5. @therosputih yewwwww....itulah kelebihan berblog...hihihi

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)