CPUV Masyuk Lagi

Penulis : Cik Puan Masa : 7:45 PM Comments : 8 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah,bulan ne jae bertambah CPUV cik.Dan cik nak ucapkan terima kasih banyak..banyka..banyak..banyak kat........................................................................???
MIRZA SYAZWINA..yeyyyyyyy kasi besar sikit nama dia biar semua orang terjah blog beliau..
Macehhhh mirza sebab rajin sangat menabung kat blog cik.Dan hasil tabungan Mirza maka bertambah lah CPUV cik.Nak tengok??Nak tengok??
Tak yah besar sangat yae..Sikit jae pon,tapi Alhamdulillah lah kan,orang memberi kita merasa.Harap-harap hujung tahun ne boleh claim dah..kohkohkohhhhhh perasan!:D

Nota Jari Kaki : Semalam cik demam+Selesma+batuk.Asyik tido jae dari pagi ke petang tak larat sangat nak bangun.Slow2 jae cik bw yae :)


Wordless Wednesday||Lawak

Penulis : Cik Puan Masa : 2:56 PM Comments : 4 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Sumber Facebook

Nota Jari Kaki : Betul kannnn...hahhahaa

Pembunuh Pegawai Bank Ambank

Penulis : Cik Puan Masa : 9:37 PM Comments : 5 Labels :
Assalamualaikum Wbt :)

Minggu lalu kita di kejutkan dengan berita kematian seorang pegawai bank ambank.Kejam!tu jak yang mampu cik ungkapkan.Mula-mula cik tak sanggup nak tengok rakaman cctv tu,tapi cik kuatkan semangat nak tengok kesanggupan seorang manusia yang langsung tak berhati perut!Tapi cukup sekali jae cik tengok lepas tu tak nak tengok dah.Dan mana-mana pihak yang dah upload gambar mangsa harap di padam secepat mungkin yae.Kesian mangsa..
Jom sesama kita sebarkan gambar suspek yang tak berhati perut ne.Semoga penjenayah ne berjaya di tangkap secepat mungkin dan mendapat hukuman yang setimpal.Kalau nak tengok gambar suspek ne boleh rujuk akaun Akaun Facebook Dia Kat Sini.

Terlalu banyak persoalan yang timbul sebenar nya.Dan terlalu banyak jugak cover-up yang di lakukan.Cik pon tertanya2 jugak,tak tahu pihak mana yang perlu di salahkan.Masing-masing tuding jari..


  • KDN tuduh pihak keselamatan cuai kerana tidak siasat latar belakang.
  • Kad pengenalan suspek palsu dan JPN senyap membisu.
  • JPN pun di bawah KDN.So isu ne berbalik ke KDN.
Banyak lagi sebenar nya isu yang timbul di sini,tapi cik tak nak panjangkan.Apa-apa pon cik sangat berharap semoga tindakan cepat di ambil agar penjenayah ne tak berkeliaran di luar sana.Dan bagi mereka-mereka yang dok maki hamun orang sabah tu baik stop lah yae.Dah terang lagi bersuluh yae,suspek ne bukan asal sabah seperti dalam kad pengenalan palsu beliau.Dan tak kira asal mana pon,bangsa apa pon..kalau pegangan agama tak da memang macam tu lah kejadian nya.Semoga kita di jauhakn dari perkara-perkara yang tak di ingini dan sesama kita sedekahkan Al-fatihah buat mangsa..

Nota Jari Kaki : Buat Sementara waktu blog cik akan di baik pulih.So harap jangan Panik bila ada gadget-gadget atau background yang tunggang-langgang yae :)

Wordless Wednesday || Lawak

Penulis : Cik Puan Masa : 4:42 PM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum wbt :)



Nota Jari Kaki : Tonton scary movie baru korang tahu maksud gambar kat atas ne hahahhaaha :D

Sunyi Tanpa Berita

Penulis : Cik Puan Masa : 11:16 AM Comments : 8 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Hari ne lewat sangat cik bangun sebab semalaman jaga husb sakit.So bangun-bangun jae tadi ternampak maggie sebungkus,telur sebiji dan lebihan kulit popiah.Memandangkan maggie hanya sebungkus,baik buat popiah gulung maggie boleh makan berjemaah kannnn...hihihih
Hahhhhh tuuu dioooo hasil nya.Di tambah lagi dengan teh susu bertingkekkk-tingkek Alhamdulillah memang perghhhhhhhhhh lahh..
Semakin hari semakin kurang semangat cik nak berentry.Rasa sunyi pulak rasanya bila ramai kengkawan menghilang tetiba terutamanya Bro Remy yang dekat dua bulan menghilang.Bro Timizero,Michelle de hunny pon dah lama sonyappp.Dan bebaru ne Deqla pulak bercuti sebentar akibat kehilangan anak bulus kesayangan nya.Banyak sangat kenangan kat blog Deqla tu yang tak sanggup Deqla buka blog.Katanyaaaaaaaa...tak pa lah yae cik faham,tapi jangan lah sonyap tanpa berita macam Bro Remy,Bro Timizero dan Michelle de hunny.Weyhhhhh rasa sunyi pulak dunia alam maya ne tanpa korang tau.

Nota Jari Kaki : Sis Okje,Mirza,Cikji,DIM..Korang jangan pulak sonyap tak berentry ek.Nanti cik ketok sesatu...hewhewhewwww :P

Tukar Kulit Blog

Penulis : Cik Puan Masa : 12:40 PM Comments : 9 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Selamat berhari minggu.Hari ne tetiba terfikir nak tukar kulit blog ne.Bukan takat kulit blog jae,rasa nya cik nak tukar semua isi-isi blog ne termasuk header,widget-widget dan semua lah yang boleh di tukar.
Sesiapa yang tahu atau ada amik tempahan edit-edit blog,info kat cik yae.Sebenar nya selama ne cik sendiri yang edit blog cik ne hahhhh.Rasa nya 3kali juga blog ne tukar baju atas titik peluh cik sendiri.Sakit jugak lah mata bermain dengan coding2 yang tah pape tah.Tapi semenjak coding dah tukar hari tu tak sanggup rasa nya cik nak julingkan mata ne.Baik serahkan jae lah pada yang pakar kann..hohohoo


Nota Jari Kaki : Sesiapa ada kenalan yang amik tempahan edit2 blog pm cik kat Facebook Cik yae..

Penting!Pemegang Akaun Maybank2u.com

Penulis : Cik Puan Masa : 3:36 PM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Tadi masa godek2 facebook terjumpa pulak info penting ne.Cik nak share buat pemegang-pemegang akaun maybank2u.com.Walaupun malayan banking bhd atau maybank menafikan laman web perbankan maybank2u.com menjadi sasaran penggodam seperti yang di sebarkan di laman sosial dan selamat untuk di layari dan di gunakkan pelanggan tetapi pengguna harus berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.Jadi untuk keselamatan,korang ikut langkah-langkan di bawah ne yae.


Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:
  • - Tidak mendedahkan kata laluan.
  • - Kerap menukar kata laluan.
  • - Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer.
  • - Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah.
  • - Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat  dekat bar status pelayan web.
  • - Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
  • - Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet.
  • - Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
  • - Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
  • - Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online.
  • - Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.
Nota Jari Kaki : Kalau tak reti nak ikut langkah-langkah kat atas tu pegi jae lah kat bank.Lagi selamat,tapi jangan bawa wang sorang-sorang.Ajak husb kae,abang kae,ayah kae..tak pon ajak satu kampung pegi bankin duit..Lagi selamat..hahahhaha

Cekik Bayi Hingga Mati

Penulis : Cik Puan Masa : 12:49 PM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum wbt :)



Sebelum cik berentry cik nak ucapkan takziah buat deqla atas pemergian anak bulus mereka secara tiba-tiba.Haippppppp,jangan gelak,anak bulus pon ciptaan Allah.Sesiapa kat sini pencinta kucing akan faham macam mana rasa nya bila kucing kesanyangan mati.Cik dah penah rasa dah tak caya???Baca Sini......

Ok tukar topic lagi..
Mungkin korang ada baca metro atau tonton berita semalam.Tapi cik nak share balik berita ne sebab kejadian ne berdekatan kat kampung cik.
Tergamak sungguh si suami,sanggup menikan isteri di kepala dengan menggunakan gunting serta membunuh anakmereka di sebabkan mengesyaki si isteri curang.Menurut berita yang cik baca seorang anak mereka yang baru berusia 14hari dan belum sempat di berikan nama mati akibat di cekik oleh bapa nya sendiri.Manakala anak-anak nya yang lain di pukul dengan besi dan kini dalam keadaan kritikal dan di rawat di hospital Duchess Of kent Sandakan.

Nota Jari Kaki : Semoga kita di jauhakan daripada perkara-perkara yang tidak di ingini dan sentiasa di berikan kesabaran dalam setiap ujian yang datang..




Yeah!Cik Dah Jadi Auntie :D

Penulis : Cik Puan Masa : 4:22 PM Comments : 5 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Memandangkan esok raya,tak sempat cik nak berentry beberapa hati tu.Bizi sangat gulung popiah,tambahan lagi cik kena demam2 manja ne tambah lah lemas nak berentry dan blogwalking.Walaupon raya haji ne cuma sehari tapi kena sambut jugak.Cuma tak da lah beraya sakan,tak da lah buat baju bagai dan tak da lah balik kampung..auchhhhhhhh dah dua kali raya cik tak dapat balik.Tak pa cik faham,encik somi tak da cuti..

Okok...ubah topik.Cik memang suka sangat lari dari tajuk..hihiihh
Pertama cik nak ucap tahniah buat akak sepupu cik yang selamat melahirkan anak pertama yang di beri nama Qowie kaisan Muzzaki Bin Mizal.
Masa kat wed lagi ne..Cik baru dapat gambar baby Qowie ne.Sebab mumy dia kata nak ikut sunah,7hari baru public gambar nya..iyaaaa kan jae lah kan.Kalau anak cik kena tunggu setahun baru boleh share kat facebook.Takut nanti ada orang nak culik pulak..phewwwwwwww..
Alololololooooo...comei jae anak buah auntie ne..Semoga Qowie menjadi anak yang soleh bila besar nt..Aminnnnnnnnnnn..
Baby Qowie ne lahir awal sebelum tarikh due nya.Mumy dia kata baby Qowie sporting nak kasi cannn mumy melawa masa raya nanti..Hahahhaahha..Amboiii...amboiiiii...kemain sporting lagi baby Qowie ne...hihiih

Nota Jari Kaki : Pejam celik,pejam celik dah naik pangkat cik.Alahaiiiiiii tak lama bercicit lagi cik ne...huhuuh

Cari Kucing Tersembunyi :D

Penulis : Cik Puan Masa : 2:52 PM Comments : 12 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Wohooooo...Hari ne cik nak uji korang.Cik nak kasi naik juling bijik mata korang..hewhewhewww.Tapi mintak ampun maaf jae lah yae,tak da hadiah.Sesaja nak menguji ketajaman mata korang.


Jom cari di mana anak bulus tu bersembunyi :D













Nota Jari Kaki : Sebelum cik uji korang,mata cik dah juling cari d mana kucing comei tu bersembunyi..hihii

Wordless Wednesday || Pengajaran

Penulis : Cik Puan Masa : 10:25 AM Comments : 10 Labels :
Assalamualaikum wbt :)



Nota Jari Kaki : Macam mana acuan,begitu lah bentuk nya :D

Bloglist Lucah???

Penulis : Cik Puan Masa : 1:55 PM Comments : 12 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Neeenoooo....neeenoooo...neeenooooo...Tolong...Tolong..Tolongggggggggggg!!!Ya Allah!!
Tadi cik kenen2 nak blogwalking kat blog yang dah lama tak berupdate.Bila cek...punya cek..punya cekkkk mak aihhhhhhhhh terkejut bukan kepalang cik!Bila masa pulak blog lucah masuk dalam bloglist cik!


Mungkin kengkawan ada yang lama prasan tapi tak berani nak bagi tahu kat cik..Sumpah cik ta tahu macam mana boleh ada dalam bloglist cik.Eeeeeeeee,tak kuasa cik nak nengok benda alahhhh tu!Puihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!



Ehhhh japppp!Ingat balik.Hari tu cik nak masukkan sorang lagi rakan blogger kat bloglist cik.Yaelah dia rajin jugak bergayut kat blog cik ne.Tetiba cik tengok link blog.Oooooooo,patot lah termasok blog lucah rupanya link yang cik masukkan tu salah.Link mereka hampir sama(mariana1989-annamariana blog lucah Dan annamariana1989.blogspot.com blog sahabat blogger)Tu lah blog gilaaaaa tu yang masok senarai bloglist cik..Alahaiiiiiiiii mcm mana boleh tersalah.Tu lah cik pon tak semak balik lagi kan..Eshhheshhheshhhhhh sambil ketok kepala sendiri..hahhahaaaa lepas ne kena lebih berhati-hati.Nanti orang ingat cik kaki lucah..eeeee buruk nama huh!


Nota Jari Kaki : Haipppppp korang jangan pulak pogi bukak benda tu.tak baik tauuuuu!okbai

Hong Yi Wanita Kreatif

Penulis : Cik Puan Masa : 11:11 AM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Guysssss..Korang kenal tak Hong Yi?Mungkin ada lagi yang tak kenal kan,so meh cik perkenalkan kat korang ek.
Hong yi seorang artis-arkitek yang berasal dari Sabah Malaysia.Hong mengunakkan nama samaran RED(merah) kerana perkataan 'Hong' dalam bahasa mandarin adalah merah.Selepas menamatkan pengajian di Australia,Red menerima tawaran berkerja di firma seni bina Australia Hassell di pejabat shanghai.Red mula mencipta seni menggunakan bahan-bahan tempatan yang setiap hari di temuinya.
Red di kenali sebagai artis yang suka melukis tanpa menggunakan berus cat.Kerja-kerja Red telah di paparkan di seluruh dunia.Kat Instagram pon ada,sesiapa yang nak tengok hasil seni Red boleh follow Instagram Red HongYi ataupon Blog Red HongYi.

Korang layan hasil seni Red kat bawah ne yae.Confom korang kagum sangat.
Dan last tu peta malaysia.Korang nampak Sabah yang kaler terang tu?hahhhhhh Red nak bagi tahu tu tempat kelahiran nya..kita sekampung lah red..hahahhaha
Terlalu banyak sebenarnya hasil seni Red ne tapi tak sanggup cik nak share sesatu kat sini.Korang search lah sendiri kat google tak pon kat link yang cik share tu..

Nota Jari Kaki : Nak try lah deco2 kat atas pinggan ne.Macam best jae..huahuahuaaa




Nasihat Dan Pengajaran

Penulis : Cik Puan Masa : 11:46 AM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Fuhhhhhhhh,hari ne cik bangun awal masak bekal en somi.Dan hari ne tetiba timbul kerajinan cik nak membaking cake.Kemain semangat cik membaking cake,siap lukis corak lagi tauu dan hasil nyaaaaaaaaaa
Cantik jugak kan,yaelah buat makan sendiri jae pon tak perlu nak cantik sangat kan.Tapiii sayangg,bila dah masak,Tak lah seperti yang di jangkakan.Roll cake tak menjadi roll.Sebab terlalu tebal dan tak boleh gulung lah pulakkkkkk..Alahaiiiiii kayu sangat tangan cik ne nampak nya.Pengajaran rerajin lah membaking kat dapur yae so tak jugak lah kayu sangat :D

ok..ok..tukar cerita pulak.Lupakan pasal roll cake yang tak nak roll tu..huhuhu
Pepandai lah korang translate pengunaan bhasa sabah kat atas tu.

Atas dasar tak nak mengaibkan,cik terpaksa padam nama2 yang berkaitan.Status ne dari facebook cik jumpa.Cik kenal jugak penulis status ne,masih student pon.Motif cik nak share bukan nak mengaibkan mana-mana pihak cuma mahuuuuu nasihat kat adik2 yang suka sangat post2 status kat laman sosial,.Tolong yae...Tolong lahhh..Tolong sangat-sangat jangan post status atau apa2 jae lah yang boleh mengaibkan famly adik2.Walau macam mana pon korang marah,jangan sesekali letak kat laman sosial tak kira lah facebook ka,tweeter ka,wechat ka,instagram ka walaupon cuma kawan2 rapat atau famly2 terdekat jae yang nampak status tu.Jangan Sesekali!Cik tahu kekadang kita kena memberontak jugak dengan mak bapa,cik pon pernah jadik kanak-kanak,pernah jadik remaja.So darah remaja tu panas kan,sikit2 nak memberontak,sikit2 nak lawan cakap.Tapi tak perlu lah sampai nak sebar,nak bagi tahu kat 1 dunia korang dapat hukuman macam tu.bagi cik memang sewajar nya kita dapat hukuman di setiap kesalahan.Yaelah kalau dah buat benda tak betol mesti lah dapat hukuman kan.Tapi tu pon untuk kebaikan diri kita sendiri jugak.
So pengajaran nya,private lah kisah hidup korang baru lah ada khelassssss.Tak payah nak heboh kan sangat nanti diri sendiri jugak yang malu.

Nota Jari Kaki : Hahhhhhhh panjang sangat bebelan cik hari ne kan.Al-maklum lah encik somi kerja so tangan bebas nak taip,idea pon membuak2.Kalau husb kat rumah ne rasa segan nak duduk lelama depan lappy..hewhewhewww




Wordless Wednesday || Lawak

Penulis : Cik Puan Masa : 8:07 AM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Bincangkan....



Birthday Party Nur Amiera Maysarah Binti Najib!

Penulis : Cik Puan Masa : 9:55 AM Comments : 9 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasa nya cik tak story mory pasal cik kan.Asyik-asyik update cerita peliks-peliks kan.Maklum lah,nak tukar angin jap,takut nanti korang bosanggg tahap gorilanggg pulok baca story cik yang tak do paekdahh nya pon..hahhahaa


Pembuka kata kena tepek gambar Laki bini dulo..Mintak maaf yae,kalau korang rasa nak muntah ke,loya-loya ke,sakit mata ke,tak berkenaan ke pogi lah jejauh yae nakkkkk.Yang cik tahu cik Wajib! tepek gambar cik seketol untuk menghargai jasa peminat-peminat cik selama ini...Phewwwwwwww!Khelasssss cik.Ntah peminat mana,ntah cik pon tatauuuu :D
Cerita ne dah beberapa hari berlalu,tapi lambat sikit cik update atas masalah-masalah yang tak dapat di elakkan(masalah malas) Birthday party ne anak ipar cik,dorang laki bini buat kat McDonald.Tuuuu hahhh yang kat tengah tu lah birthday girl nya,baru masok 2tahun pon.Yang kat tepi birthday girl tu aunty2 nya..hihiih
Hencik somi a.k.a pakcik birthday girl tengah gigih pasangkan kasut kat birthday girl.Lepas tu birthday girl bukak balik,bizi sangat bermain kat tempat game yang McD sediakan..hohooh
Birthday girl dengan mummy n papa nya.Cake dua tingkat sebab dua tahun kan..Kalau seploh tahun kena amik seploh tingkat pulak.hihihi
Tetamu-tetamu jemputan a.k.a aunty-uncle birthday girl.Semua muda-muda belaka termasuklah yang tudung Pink kat hujung sana tu..hahahhha
Atok,nenek dan aunty birthday girl a.k.a In law cik yaeeeeee..hihihiihh
Yeahhhhhhhhhh...Ne lah dia birthday girl.Oleh kerana gambar birthday girl tak berapa jelas(camera 360 kan..hohoh)terpaksa lah cik curi gambar birthday girl dari fb mummy nya..hihih.Comei jae kan dak tecik ne..
Btw,Happy birthday miya!semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat dan berbakti untuk mummy n papa yae.(Mana lah tahu bila miya dah besar,search kat google terjumpa pulak entry ne kan..hihihihi)

Nota Jari Kaki : Hari ne cik nak pegi hospital pulak nak lawat atok cik..okbai!

 
Designed by NurAlja Lee