Pray For MH370


Photo: Kemaskini: Kesemua perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 boleh dirujuk di http://ohmedia.me/MAS-MH370

#PRAYFORMH370. Hanya doa yang mampu diiringkan rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini.

Setakat cover photo ini diletakkan (6:01PM), sudah 12 jam pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan semoga yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ini. - Oh! Media

Psst: Follow Oh! Media di Twitter untuk kemaskini lanjut dan lebih cepat berkenaan kejadian ini - https://twitter.com/ohtweet

"The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members".

Senarai Anak Kapal MH370 KL – Beijing:

1) Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2) Fariq Bin Ab Hamid
3) Patrick Francis Gomes
4) Andrew Nari
5 ) Goh Sock Lay
6) Tan Ser Kuin
7) Wan Swaid Wan Ismail
8) Junaidi Bin Mohd Kassim
9) Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10) Ng Yar Chien
11) Foong Wai Yueng
12) Tan Size Hiang

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jumlah Penumpang MH370 KL – Beijing Mengikut Negara;

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tp perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.

Press release MAS: http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html
Flight Radar MH370: http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370
Masih berkisarkan cerita tentang pesawat MH370.Masih setia menanti khabar gembira,masih berharap mereka selamat.Bukan setakat keluarga mereka sahaja,bahkan seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Andai tak mampu menguhulurkan bantuan,berdoa lah.Andai tak mampu berdoa,berdiam lah.Jangan lah membuat spekulasi dan kata-kata yang boleh mengguris hati keluarga mangsa.Jangan lah di tambahkan lagi beban mereka,jangan lah di tambhakan lagi kesengsaraan mereka,janganlah di tambahkan lagi kesakitan mereka,jangan lah di tambahkan lagi kelukaan mereka.Bayangkan jika kita berada di tempat mereka.Siapa kita untuk menilai,siapa kita untuk menuding jari,siapa kita untuk menghakimi.Semua ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Berhenti membuat spekulasi,dan berdoalah tanpa henti.In shaa Allah,pasti ada jawapan.Jom sama-sama kita doakan semoga akan ada berita gembira untuk kita nanti..




Nota Jari Kaki : Andainya Allah takdirkan mereka tinggalkan bumi ini,berdoalah semoga mereka mati dalam keadaan yang di redahi Allah..

10 comments:

  1. Betul tu Cikkk...kalau ndaktau apa2 baik diam.. dari berkata2 yg boleh menambahkan kerisauan terutama pada keluarga mangsa... teruskan berdoa moga MH370 dpt ditemui... Ya Allah! KAU permudahkan lah misi pencarian...

    ReplyDelete
  2. semoga pesawat MH370 kembali ditemui Aamin..

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berada dalam keadaan yang selamat dan cepat ditemui jawapannya.. aamiin. :')

    ReplyDelete
  4. betul tu cik, kalau taktau pape better diam. Just doa sudah..

    ReplyDelete
  5. semga dipermudahkan segala urusan pencarian pesawat MH370 di makbulkan oleh NYA amin..

    ReplyDelete
  6. Aamiin..mrila sma2 doa kn yg tbek utk mereka.sdihnyaaa.. :'(

    ReplyDelete
  7. Betul tu Cik dahlah tak simpati mengutuk pulak tu.....jagalah perasaan keluarga mangsa yg terlibat...Kalau dah tak mampu menolong, jangan menambahkan sengsara orang lain, boleh tak wahai anak anak kecil...
    Moga mereka akan selamat hendaknya

    ReplyDelete
  8. teruskan berdoa utk MH370.. moga Allah perkenankan doa kita smua..

    ReplyDelete
  9. hmm.. berdoa lebih baik dari terus berkata2... kalo x betul bkn ker fitnah namanya?? haihh.. x psl2 dpt dosa kering..

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)