Tips Cara Cepat Hamil


Dah kawen??Jom cuba tips ne.Yang belom kawen jangan pulak gatal-gatal tangan nak cuba,hempok kang :P Buat kengkawan yang senasib dengan cik,cik tahu korang masih berusaha macam cik kan.So jom sama-sama kita usaha lakukan tips ne.Sharing is caring yae tak ^_^

  • Jaga Pemakanan

Mesti korang pernah dengar tentang asid folik kan?Mengikut saranan doktor,sesiapa yang ingin mengandung kena lah makan folic asid unruk kesuburan.Selain itu,kena makan juga makanan yang berkhasiat.Cakap memang senang kan.Tapi nak melalukan nya cukup payah.
  • Makan Vitamin
✔ Vitamin E
✔ Zinc
✔ Copper
✔ Panthotenic acid
✔ Potassium
✔ Vitamin A
✔ Vitamin B
✔ Vitamin C
✔ Thiamin V6
✔ Riboflavin
✔ Niacin
Banyak kan??Kalau ada duit lebih boleh beli di farmasi.kalau takda,cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut.Untuk pil herba sila rujuk kepada yang pakar juga.jangan makan sembarangan.
  • Mempunyai Berat Badan Ideal
Mungkin ada yang kurang setuju..Yae lah mak jemah jiran sebelah rumah korang tu gemok kemahin pun tiap-tiap tahun praggy.Aku ne biasa-biasa jae pon tapi susah nak preggy.Betul,rezeki masing-masing kan.Tapi tak salah kita mencuba kan.
Jika mempunyai berat badan yang berlebihan macam cik "overweight" atau lebih teruk lagi "obese",memulakan senaman untuk mengurangkan berat badan.Ini kerana risiko orang yang "overweight" ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis.Jika semasa mengandung mempunyai "high blood pressure" dan "diabetes" banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti.Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.Sentiasa pantau Body Mass Index(BMI) untuk mengetahui tahap "obesiti"
  • Detoks
Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita.Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dari dalam badan kita.Perlu di ingat,jangan beli semberono sahaja,lebih-lebih lagi dari penjual Muliti Level Marketing(MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.
Luangkan masa melawat farmasi yang berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar.Jumpa "dietitian" untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita.
Minum Jus buah-buahan juga salah satu Nyah-toksin.
  • Lakukan Hubungan Intim dengan Kerap
Sudah bergelar suami isteri,apa nak malu.Bukannya orang lain,pasangan sendiri yang halal juga ponnnnn..hihii.Buang sikap malu "meminta".Nikmati hubungan tersebut,bukan hanya untuk dapat anak jae..
  • Ketahui Waktu Subur
Ini adalah fakta yang sangat penting.Ramai yang amik ringan tentang perkara ini.Ada yang sudah ada anak pertama,tetapi sukar untuk mendapatkan anak kedua.Untuk mengelakkan kekecewaan,belajar cara membaca ovulasi.Kenali diri sendiri.Waktu ovulasi setiap wanita adalah berlainan.Jika kena masanya,dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi.Jom amik sedikit masa untuk belajar.Boleh google "ovulation calender tool" untuk maklumat lebih lanjut.Ingat sekali lagi,ketahui diri sendiri.Pelajari kitaran haid untuk waktu yang tepat.
  • Jumpa Doktor Pakar
Kalau sudah lama mencuba,tapi masih belum berjaya,sila jumpa doktor pakar.Biasa nya doktor akan melakukan "health screening" dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan kita.Tetapi jangan hanya isteri seorang sahaja .Suami juga perlu melakukan "checkup" juga.

 
  • Pastikan Posisi Seks Yang Betul
Ini bukan cerita lucah.Cik takda masa nak cerita perkara yang bukan-bukan.Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting.Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum.Posisi apa?Anda cuba lah sendiri yae.......................
  • Elakkan Tekanan 
Walaupunstress itu sudah menjadi asam garam,cuba rehatkan diri secukupnya.Kerja pejabat,biarlah habiskan di pejabat sahaja.Apabila berada di rumah,tumpukan perhatian pada keluarga.Apabila badan sihat,otak cerdas,bukan kah lebih senang melakukan hubungan intim?
"honeymoon" banyak kali..Apa salahnya kannnn......
  • Jauhi Rokok
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar.kalau isteri pun merokok?Cepat-cepat lah berhenti!Kajian santifik mengatakan,apabila seseorang itu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
  • Kurangkan Kafein
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi,tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata,jika minum kopi dapat tenangkan fikiran.Namun,tahukah anda,jika kandungan kafein itu tinggi,lebih dari 5 cawan sehari iaitu lebih kurang 500mg,ia di katakan dapat mengurangkan kesuburan.Jika boleh,kurangkan tahap pengambilan kafein pada 200-500mg sehari.Bukan itu sahaja,jika mengandung dan masih lagi kuat minum kopi,risiko keguguran tetap ada.
  • Berdoa Pada Allah
Tips ini tiada di mana-mana artikel bahasa inggeris.Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata.Kita sebagai orang islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu dengan izin dan rahmat Allah.Amalkan doa di atas.Islam itu indah dan memudahkan.Lebih baik meminta kepada Allah.In shaa Allah-Credit



Nota Jari Kaki : Cik pun tengah usaha untuk melakukan tips-tips di atas.Cik yakin rezeki untuk cik tetap ada walaupun lambat...In shaa Allah

8 comments:

  1. betul tu cik, semuanya betul... great piece of sharing cik... eh eh cantiklah blog cik...

    ReplyDelete
  2. nk kira waktu suburlah yg susa skit, piyed asik tingtong jer T___T

    ReplyDelete
  3. saye pon tgh berusaha nk dptkn baby..
    dh hmpr setaon kawen msh xde rezeki..
    yg penting saye xnk stress..
    sobs

    ReplyDelete
  4. owhhhh.. mcm tu yer.. haha..
    mohon jangan hempuk cha. saja baca nak tambah knowledge.
    smoga cik dimurahkan rezki. amin.

    ReplyDelete
  5. Tak salah berusaha kan Cik Puan....
    semoga apa yang dihajatkan tercapai... :D

    ReplyDelete
  6. waaahhhh.. insyallah.. tips yg baik =D

    ReplyDelete
  7. thanks sharing.. jom amalkan.. moga ada rezeki kita tahun ni.. Aamiin.. :)

    ReplyDelete
  8. Yang penting usaha...ada tak ada itu rahsia Allah...Jangan pernah jemu berdoa

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)