Jambatan Kedua Pulau Pinang



Semalam berita Tv3 ada yang menyiarkan tentang jambatan Pulau-pinang yang ke dua adalah jambatan yang terbaik di dunia.Wooowwwww....Siapa orang Pulau-pinang sini????Mesti korang bangga kan.Cik pon bangga walaupon bukan dok Pualu-pinang.hihiihih..
Ada cerita di sebalik jambatan Pulau-pinang ne.Ne FIL cik yang story semalam,cik ceritakan balik jae lah ya :)

Pelancong : Itu bangunan(sambil tunjuk bangunan suria klcc)berapa tahun siap?
Pemandu Teksi : 3tahun baru siap oooo...
Pelancong : Orang malaysia memang semua malas-malas.Kalau tempat saya(Newyork) 1tahun sahaja sudah siap..
(Mereka pun melalui jambatan Pulau-pinang)
Pelancong : Itu jambatan berapa tahun baru siap?
Pemandu Teksi : Saya tak tahu.Kemarin dulu saya lalu sini,ini jambatan belum ada.
(Pelancong itu pon terperanjat)
Pelancong : Orang malaysia memang rajin-rajin...

Hahahhaa...ok tu hanyalah gurauan semata yae.Apa-apa pon cik bangga jadi anak Malaysia! :D


Nota Jari Kaki : FIL cik memang suka berlawak.Memang tak kering gusi lah.Ada-ada jae lawak nya...hihiih

Manfaat BR1M


Semalam cik blogwalking.Terbaca pulak entry ezy yang dah merembat cara sopan menggunakan Br1m mereka.yeahhhh...puan ezy betol-betol memanfaatkan Br1m dengan benda-benda yang berfaedah.Cik pon nak jugak share ke mana hala tuju perbelanjaan br1m cik..Cehhhhhhh...
Mula-mula cik rembat tudung macam dalam gambar ne.kaler merah..Oppssss...sebelum tu,untuk pengetahuan korang cik dapat Rm300 untuk yang bujang.Sebab tyme cik isi tu cik masih bujang trang tang tang lah kenen.Sekarang ne dah berlaki malas nak pegi lhdn tukar status.hihiihih
Memandangkan kasut kuda hitam somi dah terkoyak sebiji,cik pon sedekahkan lah kat somi lebihan duit tu buat tukar kasut kuda hitam nya..ok br1m cik dah sapsapsoiiiiii dah...
Br1m somi belom masuk(ntah dapat ke tak)Dan hari ne dapat pulak surat saman dari abam polis sebab melekatkan sesuatu di cermin tingkap kenen-kenen nya.Tak pa lah,bukan rezeki kut..Bayar jae lah kan dah salah sendiri,nak buat macam mana.Oiiiiii...Oiiii....fikir positive jae lah,apa lah korang ne......kohkohkoh
Korang pula amacam?Dah dapat??Dah habis blanja??Mesti ada yang tak dapat jugak kan sebab gaji beso,tak macam cik neharapkan gaji somi jae..huhuhu.




Nota Jari Kaki : Rezeki tu datang dari Allah..Bersyukurlah dengan rezeki yang kita dapat hari ini.okbai.

BE Nuffnang


Semalam blogwalking tetiba keluar pulak notis ne..
Terkejut beruk cik..Rupanya wifi terconnect kat wifi sekolah..Kohkohkoh.Padan muka!siapa suruh guna wifi sekolah sewenang-wenang nya..Maaf cekgu,cik terpinjam wifi korang jap.Wifi kitaorang buat hal lah pulak...huhuhu
Orite...bebaru ne cik  pernah story pasal nuffnang cik yang senyap tanpa BE kan.Hahhhhh bebaru ne baru on going.Apa-apa pon Alhamdulillah lah kan walaupon nilai nya sikit tapi bertambah jugak nuffnang cik yang seciput tu..



Nota Jari Kaki : Kalau sudi klik-klik lah tabung cik tu yae....makasih ;)

Entry Penghargaan


Sebenar nya dah lama cik nak buat entry penghargaan buat sahabat yang rajin sangat tinggalkan komen kat blog cik ne.Walaupon blog cik tak pemes mana,walaupon penulisan cik berterabur dan membosankan,walaupon entry cik rojak ikot suka hati jae nak taip apa,walaupon kadang cik timbul kadang cik tenggelam,walaupon..walaupon...walauponnnnnnnnnn..Korang tetap jenguk blog cik ne.Terharu cik!Terharu sesangat lagi-lagi dah 4 tahun cik berkecipung dalam dunia blogger ne dah ramai cik kenal.Korang memang oh some! tauuuuuuuuuuuuuu............
Thank You,Terima Kasih,谢谢,감사합니다,شكرا,salamat,धन्यवाद,σας ευχαριστώ Buat :
Mereka lah penyeri blog cik..Terima kasih sangat-sangat tau!!!!!!!!Sayang korang sangat-sangat..
Dan nama-nama di atas cik kekalkan dalam blog list cik.Kecuali....hahhhhhh ada kecuali nya tau..Kecuali korang dah deactive blog korang selama 3bulan berturut-turut tanpa sebab baru lah cik remove..kohkohkoh.Agak-agak korang sanggup tak deactive blog korang?Mesti tak sanggup kan...kan...kan...





Nota Jari Kaki : Plan nak kasi hadiah..In shaa Allah tunggu bila ada rezeki lebih yae :)

Nuffnang Oh Nuffnang!


Woooowww...semua bizi cerita pasal BR1M.Kemain senyum lebar korang.Jangan lupa ucap syukur tau..
Mesin kat atm pon muntah-muntah duit,apa tak nya dari semalam tak rehat..
Tapi.....hari ne cik tanak cerita pasal br1m.Cik nak cerita pasal nuffnang cik ne.Berapa hri ne tak da BE langsung.Bukan beberapa hari jae,dah berapa minggu nuffnang cik sonyap jae...kenapa ek?
Ntah apa problem nuffnang ne.Dah balik-balik dah cik hantar ticket,tapi tetap takda hasil nya.
Kekadang jeles jugak cik bila kak mia dan ayut dah nak cashout nuffnang..Yang cik ne ntah lah bila baru dapat cash out...sobssssssssssss...



Nota Jari Kaki : Haiiiiii lah nuffnang.Jangan sampai cik berubah hati kat engko ek..

Salam Jumaat


Salam jumaat guyssss...
Banyak pengajaran yang kita boleh amik dari gambar ne kan.So,jom sama-sama perbaiki diri dan hiasi peribadi :)


Cik Lawat Kawasan Lah Mak Oiiiiiiiiii


adoiiiiyaiiiii....semalam bercuti dan hari ne agak lewat sikit bersiaran.Cik lawat kawasan lah mak oiiiii,macam ne lah kalau nak beli rumah.Kena banyak berjalan..TAPI bukan berjimba ek...Jalan-jalan cuci mata kat rumah orang pas tu buat penilaian rumah mana yang sesuai dan mampu di beli.Ikutkan hati nak rumah patbelas tingkek dalam nya ada swimmingpool spa,dan shopping complex.Tapi tu hanyalah angan-angan mak limah..kohkohkoh.
Bukti kebizian cik beberapa hari ne..Tapi tak bermakna cik tak blogwalking tauuuuuu....
 photo panda.jpg
Tak dapat beli umah patbelas tingkek.Beli umah setingkek jae lah.Beli ikut kemampuan lah kan,tak payah lah nak paksa diri.Nanti ada pula yang makan pasir berulamkan lalang.Cik lepas ne konferm lah makan bulu betung jae macam panda ne sebab harapkan somi je yang bayar rumah.Cik tada keja maaaa...
Sampai je d rumah..terus berperang kat dapur.dan ne lah hasil nya.Ikan merah masak 3rasa,pestaim cik buat tauuuuuu.Dan Alhamdulillah somi suka,siap tambah nasi lagi.Bukan sebab sedap,tapi sebab lapar agak nya.Orite.....Sila menjamu mata dan mendah liur anda...papaiiiiiiiii :D

Sofwatul Amani


Semalam bizi sangat cik.Tengah malam baru sempat habiskan hutang-hutang blogwalking.Dan blogwalking punya blogwalking.Terbaca pulak entry kat blog Adilla.
Adik sofwatul amani di lahirkan dengan keadaan usus di luar.Besar sungguh ujian Allah buat mereka.Semoga mereka tabah melaluinya.Bagi yang nak menyumbang,boleh lah masukkan dalam no acc kat atas tu yae.Sama-sama kita meringankan beban mereka in shaa Allah.Sama-sama kita doakan semoga adik sofwatul amani sihat walafiat dan dapat menjalani hidup seperti adik-adik yang lain..
Nak baca cerita selanjutnya?Klik sini.



Nota Jari Kaki : Bagi yang ade lemah jantung jangan buka link tu..

Angan-Angan

Hye ladies and gantleman...
Dah brekpes??Cik dah brekpes mata kat blog kak Roha tadi.Cuci mata jerrrr sambil tadah air liuq..
Psssstttttt...semenjak kitaorang laki bini bizi nak beli rumah semakin exaited cik nak duduk rumah sendiri.Tak sabar nak mendeko rumah sendiri beb.Lagi pon kalau bab-bab mendeko ne kasi kat cik lah.Memang fevret cik tu..kohkohkoh
Living Room - Inahaiqal photo livingroom_inahaiqal2.jpg
Living room curtain photo curtain_green.jpg

Tadi godek-godek google cari dsgain langsir.Ne lah contoh-contoh langsir fevret cik..Lawaaaa tak..Lawaaaa tak..In shaa Allah ada rumah sendiri nanti nak jahit langsir sendiri(Opppsssssss...untuk pengetahuan mak-mak,cik sebenarnya ada kursus menjahit.Cuma malas dan rajin jerrr yang membezakan..ahahhha)
Angan-angan kitaorang laki bini.kohkohkoh..Doa-doakan cik ya semoga angan-angan cik laki bini tercapai jugak.Tak salah kan kalau cik beranagan.Yelah,cik ne bukannya selalu berangan..Tapi tu lah,kalau cik dah berangan bukan main lagi,rasa macam dunia ne cik yang punyaaaaaaaaaaaaaaa...hahahhaa.



Nota Jari Kaki : Nanti cik blogwalking ea.Nak temankan somi pegi jumpa pemaju jap..papaiiiiii :D

Tak Sabar


Maaf semalam tak berentry tapi tak bermakna cik tak blogwalking.Cik ada blogwalking cuma lambat sikit lah.Start 3hari yang lalu cik dah adjust jadual cik..Bila cik berentry..bila cik berfacebook..bila cik berblogwalking.Ada kerja lain yang cik nak sattlekan..
Siapa tahu apa benda kat atas ne?Itu ada lah iklan perumahan yae darlinksss.Mesti korang tahu kan kenapa cik kumpul iklan2 tu semua..
Beberapa hari ne cik bizi temankan somi pegi jumpa pemaju.In shaa Allah ada rezeki nak beli rumah lah.Tak sabar(Kasi besar sikit ayat tu biar korang nampak..hahahha)rasa nya nak duduk rumah sendiri.Semoga Allah permudahkan lah urusan kitaorang laki bini..
Sekarang semua orang berebut-rebut nak beli rumah.Yelah kan rumah dah naik harga.Rumah kecik jae pon tapi harga ribu-reban.Nampak nya kena ikat perut lah kitaorang laki bini kalau macam ne.Kena makan pasir jae lah sepatah kata mamazir..kohkohkoh.Tak perrr lah mak..cik redho je lah...



Nota Jari Kaki : Exaited sangat somi cik cerita tang rumah ne.Tak sabo rasa nya nak mendeko..

Rindu Sangat


Sudah setahun lebih 'dia' meninggalkan kami.Tapi sehinggah hari ini kami masih terasa perit nya.Bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi,cuma kami rasa belum puas lagi bersama 'dia'.
14 hari sebelum cik melangsungkan perkahwinan,'dia' pergi menghadap ilahi akibat asthma.Ya itu lah janji Allah untuk setiap makluk Allah di atas muka bumi ini.Kita juga akan 'pergi' cuma belum masa nya..mungkin esok..lusa..tulat atau pun malam ini?Hanya Allah yang mengetahui...
Damai lah engkau di sana..
'dia' seorang yang riang..Semua orang sayangkan nya.Siapa sahaja yang pernah berjumpa walaupun tidak di kenali.Gelagat dan kepetahan nya sangat mencuit hati setiap orang.Terlalu banyak kenangan kami walaupun hanya sekejap Allah pinjamkan buat kami.Bayangkan sahaja,di setiap telefon kami tersimpan gambar nya.Bila di kumpulkan semua tak cukup 1 album.Dan sekarang hanya gambar dapat mengubati rindu kami.Dan terus terang cik tak dapat tahan air mata cik bila ternampak gambar nya.Cik sangat-sangat merindukan nya.Merindukan setiap gelagat nya..Merindukan gelak tawa nya..Merindukan jenaka nya..
Allah lebih menyayangi 'dia'.Allah tak nak 'dia' menanggung kesakitan itu lagi.Syurga tempat mu sayang..In shaa Allah.Kami terima ujian ini dengan hati yang redha.

Terbayang-bayang cik.Di saat famly cik bizi membuat persiapan kahwin cik,'dia'juga bizi turun naik bermain.Bila cik beli choclate choki-choki buat budak-budak.'dia' juga bizi berebut minta kat cik.Dan cik pon penuhkan poket seluar nya dengan choclate tu.Suka nya 'dia'...


Nota Jari Kaki : Ramai yang bertanya siapa 'dia' kat wordless wednesday semalam.'Dia' adalah adik sepupu cik.Tapi sangat rapat dengan kami semua..

Wordless Wednesday


Ya Allah...betapa aku merindui nya :'(

Beramal Cara Ikhlas




"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"-Sumber