Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Mati Itu Pasti!

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 10 Labels :

Semalam cik ada baca entry Mama tentang seorang kak syu.Dan beberapa jam selepas itu, cik dapat tahu beliau telah kembali ke rahmatullah melalui facebook pula.Takziah cik ucapkan buat keluarga beliau..
Bila tiba masa nya,kita takkan dapat menunda walaupun hanya sesaat,itu ketentuan Allah.Kita pun bakal menyusul juga nanti.Pasti!akan menyusul..Allah hidupkan kita saat ini,hari ini,malam ini kerana Allah masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan mengumpul amalan buat bekalan kita di sana nanti in shaa Allah..
Janji Allah itu pasti..Tak kira di masa kita sihat,mahu pun sakit..Di masa kita susah mahu pun senang!Mati itu pasti!
Allahuakhbar....

Tabahnya Hati Seorang Suami

Penulis : Cik Puan Masa : 12:27 PM Comments : 15 Labels :

Adakah kita setabah ini?SubahanAllah...cekal nya hati seorang suami mengutip kembali  cebisan daging isterinya yang hancur akibat di gilis lori...Al-fatihah.
Semoga kita di kurniakan secebis ketabahan dalam melalui ujian dari Nya :)



Al-Fatihah #Mh370

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 8 Labels :


Takziah buat keluarga mangsa MH370..Semoga seluruh keluarga mereka tabah menerima berita itu..
Berhenti lah membuat andaian dan spekulasi yang tidak menentu.Hormat lah perasaan keluarga mereka.
Dan teruskan berdoa buat mereka-mereka yang masih meneruskan pencarian penumpang dan anak kapal yang terhempas..
Boleh baca kat sini sedikit info tentang lautan hindi yang di lebelkan sebagai lautan yang "ganas".




Nota Jari Kaki : Masih banyak persoalan masih bermain di minda.Semoga persoalan ini terungkai juga..

Doa-Mendoakan

Penulis : Cik Puan Masa : 9:26 AM Comments : 17 Labels :

Happy sabtuday dalinkssss....
Sudah seminggu kapal terbang MH370 hilang.Masih belum di temui,masih belum ada petunjuk..Jangan berhenti berdoa untuk keselamat mereka,untuk keselamatan petugas-petugas yang bertugas untuk mencari pasawat tersebut.Di samping itu,selitkan juga doa buat rakan-rakan kita yang berada di tanah semenanjung.Doakan semoga Allah turunkan hujan,dan hilang lah jerebu tu cepat-cepat kan.
Semalam cik buka wechat,terbaca pulak status mama."tido dalam aircond bila sedar kenapa lencun peluh?" Hahhhhh macam tu lah bunyi status mama(Sorry mama cik copy jap status tu ek)
Dapat cik bayangkan macam mana keadaan kawasan-kawasan yang terkena jerebu yang mencatat ipu sangat tidak sihat,panas nya memang sudah pasti lah.Dengan keadaan yang sukar untuk bernafas lagi..Tadi cik dengar sil bercerita,sil kata ramai adik-adik kat sekolah rendah terberak kat  seluar di sebabkan tak da air kat sekolah,kat rumah pulak terpaksa berjimat air..Alahaiiiiii...kesian adik-adik kita..




Nota Jari Kaki : Alhamdulillah,kat sabah dah 2 hari hujan.Hari ne panas lagi..

Memalukan!

Penulis : Cik Puan Masa : 10:14 AM Comments : 18 Labels :

Memalukan!!Memalukan!!
"Ehhh...eh...apa ne,dah lah sehari hilang tanpa entry,tetiba nak marah pulak.Gumam Eda dalam hati nya" Helooooooo..Eda kisah ke cik tak berentry..Cik jangan perasan owkey...kansss Eda kansss...(orite,entry di mulakan dengan mukadimah yang merapu)
Tak cukup kecoh tentang pesawat hilang.Sekarang kecoh pulak tentang Raja bomoh yang ntah apa-apa ntah tu.Weiiiiiiiii seluruh dunia mentertawakan kita lah!Tak malu ka??Ingat ne cerita DoReMi ka?Kalau ya pon nak menjampi serapah buat lah kat tempat-tempat yang tertutup,yang tak da orang nampak.Jelas sangat nak cari publisiti murahan!
Ne bukan pentas maharaja lawak lah pakcik-pakcik oi!Kalau nak buat buat lawak pon pegi lah ujibakat kat maharaja lawak sana.Bukan setakat title "Raja bomoh" korang boleh dapat,bahkan title  "Maharaja Bomoh" korang dapat..Siap dapat wang tunai dan trofi lagi tu kalau menang...
Kembali lah ke jalan Allah.Kita tak dapat teropong nasib kita di masa akan datang.Kita tak dapat terbang menggunakan tikar ajaib untuk mengelakkan ujian Allah.Cari lah keredahan Allah,bukan mencari publisiti murahan!okbaiiii....




Nota Jari Kaki : Manusia hari ini taksub akan sains,sehingga melupakan pencipta sains itu sendiri..

Pray For MH370

Penulis : Cik Puan Masa : 3:23 PM Comments : 10 Labels :

Photo: Kemaskini: Kesemua perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 boleh dirujuk di http://ohmedia.me/MAS-MH370

#PRAYFORMH370. Hanya doa yang mampu diiringkan rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini.

Setakat cover photo ini diletakkan (6:01PM), sudah 12 jam pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan semoga yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ini. - Oh! Media

Psst: Follow Oh! Media di Twitter untuk kemaskini lanjut dan lebih cepat berkenaan kejadian ini - https://twitter.com/ohtweet

"The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members".

Senarai Anak Kapal MH370 KL – Beijing:

1) Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2) Fariq Bin Ab Hamid
3) Patrick Francis Gomes
4) Andrew Nari
5 ) Goh Sock Lay
6) Tan Ser Kuin
7) Wan Swaid Wan Ismail
8) Junaidi Bin Mohd Kassim
9) Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10) Ng Yar Chien
11) Foong Wai Yueng
12) Tan Size Hiang

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jumlah Penumpang MH370 KL – Beijing Mengikut Negara;

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tp perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.

Press release MAS: http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html
Flight Radar MH370: http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370
Masih berkisarkan cerita tentang pesawat MH370.Masih setia menanti khabar gembira,masih berharap mereka selamat.Bukan setakat keluarga mereka sahaja,bahkan seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Andai tak mampu menguhulurkan bantuan,berdoa lah.Andai tak mampu berdoa,berdiam lah.Jangan lah membuat spekulasi dan kata-kata yang boleh mengguris hati keluarga mangsa.Jangan lah di tambahkan lagi beban mereka,jangan lah di tambhakan lagi kesengsaraan mereka,janganlah di tambahkan lagi kesakitan mereka,jangan lah di tambahkan lagi kelukaan mereka.Bayangkan jika kita berada di tempat mereka.Siapa kita untuk menilai,siapa kita untuk menuding jari,siapa kita untuk menghakimi.Semua ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Berhenti membuat spekulasi,dan berdoalah tanpa henti.In shaa Allah,pasti ada jawapan.Jom sama-sama kita doakan semoga akan ada berita gembira untuk kita nanti..




Nota Jari Kaki : Andainya Allah takdirkan mereka tinggalkan bumi ini,berdoalah semoga mereka mati dalam keadaan yang di redahi Allah..

Pesawat MH370 Di Laporkan Hilang

Penulis : Cik Puan Masa : 6:05 PM Comments : 11 Labels :

Hari ne dok depan tv jae cik dan famly.Masih mengikuti perkembangan kapal terbang mas yang hilang terputus hubungan pada 2.40 pagi tadi.Malas nak baca info kat facebook,terlalu banyak khabar angin.Biar lah kita tunggu berita yang betul-betul sahih.
Semoga semua yang berada dalam pesawat terselamat.Jom sama-sama kita doakan.Jangan membuat sebarang andaian..Lebih baik kita diam dan teruskan berdoa..




Nota Jari Kaki : Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul..

Sofwatul Amani

Penulis : Cik Puan Masa : 9:41 AM Comments : 24 Labels :

Semalam bizi sangat cik.Tengah malam baru sempat habiskan hutang-hutang blogwalking.Dan blogwalking punya blogwalking.Terbaca pulak entry kat blog Adilla.
Adik sofwatul amani di lahirkan dengan keadaan usus di luar.Besar sungguh ujian Allah buat mereka.Semoga mereka tabah melaluinya.Bagi yang nak menyumbang,boleh lah masukkan dalam no acc kat atas tu yae.Sama-sama kita meringankan beban mereka in shaa Allah.Sama-sama kita doakan semoga adik sofwatul amani sihat walafiat dan dapat menjalani hidup seperti adik-adik yang lain..
Nak baca cerita selanjutnya?Klik sini.



Nota Jari Kaki : Bagi yang ade lemah jantung jangan buka link tu..

Keadaan Cuaca Sejuk Di Malaysia 24 Jan 2014

Penulis : Cik Puan Masa : 8:58 AM Comments : 22 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Salam jumaat guys...Cik terbaca keratan akhbar hari ne kat facebook tadi.
Patut lah hari ne sejuk semacam jae.Tadi pon cik bangun solat subuh,Ya Allah sejuk nya air.Sampaikan cik masak bekal somi pon terpaksa guna stokin yewwww..Tak tertahan rasa nya..Kena-kena lagi cik ne ada asthma...
Cik baca komen kat facebook tadi kota kinabalu 15°c ,manakala gunung kinabalu pula 5°c pada jam 0230am.Sandakan???

Ne cik semak tepat pukul 0830am tadi..Boleh lah kan.Tak da lah sejuk sangat,cuma hujan masih membasahi bumi sandakan...
Sesiapa yang nak semak suhu untuk kawasan masing-masing boleh lah semkan kat Sini ya :)





Nota Jari Kaki : Bumi semakin uzur......

Kangkung Oh! Kangkung || Lawak

Penulis : Cik Puan Masa : 2:36 PM Comments : 14 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Fuhhhhh....semenjak dua menjak ne nama kangkung memang hangat di perkatakan kat facebook.Untung lah siapa pernah buat entry resepi kangkung.Kompom traffic blog melonjak naik.Tapi...wait..wait...Cik bukan nak share resepi kangkung masak Belacan yae ibuk-ibuk..Mintak maaf yae..
Hamboooiiiii......Simsimi pon pandai menyakat tu.Bukan main lagi yae..nakal jugak simsimi ne..hahahha
Entry cik ne bukan nak mengutuk mana-mana politik.Cuma nak share jae gambar-gambar lawak kangkung yang dah semakin berleluasa kat facebook.Sekian harap maklum...okbai





Nota Jari Kaki : Agak-agak zirafa makan kangkung tak mama zir??hahahhaa

Premis di sekitar Kota Kinabalu rosak ditembak dengan peluru guli

Penulis : Cik Puan Masa : 3:31 PM Comments : 13 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

25 premis di sekitar Kota Kinabalu rosak ditembak dengan peluru guli
ANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian. - Foto NSTP
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis perniagaan sekitar bandar raya ini, mengalami kerosakan termasuk cermin pecah akibat ditembak dalam kejadian antara jam 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, sebentar tadi mengesahkan kebanyakan premis yang terbabit adalah di bandar raya itu, Luyang dan Inanam. 

Katanya, polis percaya tindakan itu dilakukan oleh beberapa kumpulan yang menggunakan senapang angin berpelurukan guli-Sumber

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Ketegori Kedua

Penulis : Cik Puan Masa : 9:06 AM Comments : 10 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


9 Januari 2014
Berita ne cik dapat dari faceboook.Tapi macam biasa lah kan,kita tak tahu setakat mana kesahsihan nya.Apa-apa pon doakan jae semoga kita tak terkena tempias nya..Terutamanya buat penduduk persisiran pantai kat sabah ne yae.

Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Penulis : Cik Puan Masa : 5:00 AM Comments : 21 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Sipa sini penah dapat BR1M?Cik nak war-warkan bahawa BR1M 3.0 akan masuk ke akaun bank anda.Bagi sesiapa yang sudah penah dapat,tidak perlu isi borang lagi cuma  kemaskini BR1M anda di https://ebr1m.hasil.gov.my/ Sekiranya link tersebut tak dapat nak masuk cuba dan terus mencuba yae.Reload jae balik-balik,cik pon pepagi tadi tak tembus-tembus.Last-last dapat jugak masuk.Tapi hanya sekali kemaskini sahaja di benarkan yae..

Cik rasa,ada baik nya juga macam ne kan.Tak perlu beratur panjang-panjang dan tak perlu kehulu-hilir.Cuma tunggu depan bank dan cash out,pastu belanja lah kan...hahha

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi 03-88829089 atau emailkan sahaja di bajet2014@treasury.gov.my



Nota Jari Kaki : Tahun lalu BR1M cik dah di luluskan.Tapi sampai ke tahun ne takda pulak.Harap2 tahun ne merasa jugak cik BR1M tu kan :D

Keyword Pilihan Minggu Ini

Penulis : Cik Puan Masa : 11:49 AM Comments : 19 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Ehhhemmm...ehemmmm....cik agak tertarik dengan keyword untuk minggu ne.
Ikan besar terjumpa di sandakan??mungkin ada yang pernah nampak gambar yang dah tersebar kat facebook kan.Cik tak pasti sejauh mana kesahsihan nya.Yang cik tahu keyword tu muncul kat blog cik di sebabkan entry cik yang ini.
Nama nya ikan mola-mola ataupon ikan matahari.Ikan ne di temui di kampung forest sandakan.Ikan yang tidak mempunyai ekor,dan sememang nya mempunyai saiz yang besar.Dalam gambar ne tak berapa jelas bentuk ikan ne kan..Meh jenguk gambar kat bawah..
See...ikan ne memang besar kan.Cuma mungkin jarang di temui lah,cik pon tak penah jumpa dan belom sempat lagi nak berkenal-kenalan dengan spesis dan kaum kerabat ikan mola-mola ne..hahhaa.Orite,tu jae lah info yang cik tahu setakat ne..Okbai


Nota Jari Kaki : Pssstttt...nampak nya keyword lucah masih lagi menguasai gelanggang.Taubat-taubal lah weiiiiii...!

 
Designed by NurAlja Lee