Tipu Kanan Tipu Kiri

Penulis : Cik Puan Masa : 11:44 AM Comments : 13 Labels :
Assalamualaikum wbt.
Ppppssstttttttt...korang meh tengok sini..
Cakkkkkkkkkkkkk....huaaaaaaaaaaaaa T_T modem saya dah kritikal,Tunggu masa jak nak patah.Korang belanja lah saya beli baru *Tampar laju2.ewahhh...enak aja mintak2*
Okaiii..iklan jak tu.Saja nak mintak puji^^
Korang hari tu saya ada buat entry pasal tipu2 ne kan.Mesti ada yang terlepas pandang.Ok tak pa boleh Baca Sini.Tadi masa saya blogwalking ke blog kengkawan blogger(Yeahhhh saya memang rajin Blogwalking.*puji diri sendiri*)Saya terbaca entry Adik Shawal.Aaahh yang blog Kuning tuuu.Dia ada buat entry pasal sorang blogger yang buat GA tipu!Korang pon tau kan semua blogger join GA tu nak hadiah.Tapi kalau yang buat GA tu sekadar nak tipu jak,Tidak kah korang rasa tu menyusahkan.Saya bukan nak ajak korang marah2 blogger tu,cuma nak korang lebih berhati2 kalau nak join GA.Pastikan dulu betol ka tak GA tu.
Kalau korang baca entry adik shawal dan buka link blogger tu memang lawak.Dia siap2 buat GA dan nak bagi hadiah Ipad.Galaxy SII,Lomo,dan bnykak lagi*mahal gileerrrrrr*.Lepas tu dia Join GA orang dan kata nak menang Ipad dan sebabnya.Kalau dia mintak Ipad kat mak dia,mak dia tak nak belikan.Abis tu dia buat GA dan bagi hadiah mahal2 tu apaaaaaa..Kannnn,dah jelas satu penipuan di sini :D
Ok..Sekadar perkongsian ek.Bukan nak mengaibkan blogger tu,cuma nak korang lebih berhati2 dan ambil pengajaran.
Wassalam^^

Saya Follow Awak,Awak Follow Saya

Penulis : Cik Puan Masa : 11:00 PM Comments : 14 Labels :
Assalamualaikum wbt.
Follower saya setakat ne 265
Nak Tag :Tiara Aduka
              :Elymirsada

Nota Jari Kaki : Sesiapa nak Join,Klik Banner tu ek^^
buii...buiiii

GIVEAWAY ME & MY FAMILY

Penulis : Cik Puan Masa : 7:08 PM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt
Jom Join GA ne reramai.Syarat2 ny pon cukup simple..Jom..Jom...jom..
Klik banner Kalau nek join ek.
Buiii..buiii^^

Tanpa Tajuk

Penulis : Cik Puan Masa : 10:20 AM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt.

Hari ne hati tak tentram.Banyak masalah yang saya terpaksa lalui beberapa minggu ne.Nak cerita pon orang takkan faham.Orang tengok kita ketawa mengilai,tapi dalam hati kita.Kecewa,sedih,terluka.semua orang tak tahu.Orang nampak kita ketawa,tapi orang jarang nampak kita menangis..
Hidup memang seperti roda,kadang kita di atas kadang kita di bawah.Tapi bila kita di atas kita selalu terlupa untuk memandang ke bawah.Bila kita berada di bawah baru kita rasa sakitnya.baru kita rasa sesal nya.Begitu lah manusia,sudah terhantuk baru terngadah.
Bila masa kita ketawa..ketawa lah sepuas-puas hati.Tapi bila masa kita menangis,menangis lah sepuas-puas hati.Jangan salahkan takdir kenapa kita di uji sebegini rupa.Tapi bersyukur lah sebab Allah masih mahu menguji kita.Ini menunjukkan Allah masih sayang kita.Allah masih mahu sedarkan kita yang selalu terlalai.Mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah nya.
Kebahagiaan..Kebahagiaan boleh di tarik balik sekelip mata.Dan kebahagiaan akan berganti kepada kenangan.Dan kenangan itulah yang oleh buat kita derita bila di kenang.Dan sakit bila kita cuba melupakan.Apatah lagi bila kenangan itu adalah kenangan bersama orang yang kita sayang.Apa yang perlu kita lakukan di saat2 kita terluka??Cuma satu sahaja jawapannya.Kembalilah kepadaNYA.Orang selalu meninggalkan kita di saat kita terluka,Tapi Allah tak pernah meninggalkan kita di saat kita Terluka dan kecewa..

*Maaf entry kali ne agak emosi sikit.Doakan semoga saya terus kuat untuk melalui setiap ujian Allah ini.
Wassalam.

Malam Pertama Di Alam Kubur

Penulis : Cik Puan Masa : 8:12 PM Comments : 4 Labels :

Assalamualaikum wbt.
Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur… Bagaimana kedasyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah…?
“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”
Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…
Sakarat….. Sakaratul Maut….
“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).
Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur… sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita…
Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)
Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…
Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..
Metode Menjemput Kematian…
“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”
Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…
Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…
Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…
TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…
Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…
Fasa-Fasa Alam Kubur
Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…
Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…
Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…
Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”
Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…
Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?… dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…
Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).
Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK…
Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…
Tragedi… Siksa Kubur
“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).
“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).
“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).
Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…
Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…
Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…
Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…
Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…
Sebab-Sebab Siksa Kubur…
Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :
1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh
“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”
“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”
“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”
Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…
Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…
Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…
Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…

Tolong Jangan Tipu Saya!

Penulis : Cik Puan Masa : 3:25 PM Comments : 18 Labels :
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah dan masih di beri kesampatan untuk menaip entry.Walaupun hati rasa hot sikit sebab time kusyuk taip entry tetiba blackout.Dah On balik,dan taip entry balik,blackout lagi.Dan buat kali keempat cik taip entry dan blackout lagi.Tapi entry kali ne tak ada kaitan dengan blackout pon..hohohohoh
Beberapa hari ne cik telah mengikuti dua segmen yang sangat..sangat..sangat..ohsome!Segmen Tingkatkan Follower Sampai Lebam Dan Segmen Tangkap Follower Sebanyak Mungkin.Dan disebabkan Kebaikan Hati mereka mengadakan segmen ne.Follower kesayangan saya yang 87 sahaja.Kini dah bertambah 259.Terima kasih sangat2 buat Merepek Gila +Nabila sebab membenarkan cik join SekakiTanganBuluIdong.*Memang Berbaloi2 join segmen korang*
Tak lupa jugak buat teman2 Follower yang sudi follow blog saya.Thank you olz.Korang memang Ohsome!Ucap terima kasih jak tak memadai kan.Jadi Korang dah Follow blog saya,Saya Follow balik.Adil kan..Adil kan..Dan InsyaAllah saya akan selalu blogwalking ke blog korang.So rerajin taip entry kalau korang nak saya komen(cehhhhhh..perasan femes plak saya ne (¬‿¬) )
Tetapi..Di dalam cik keterujaan bersegmen.Ada juga lah orang tu Sudi Tipu cik.cik tau lah Follower cik ne tak sebanyak Follower korang.cik tau lah Blog cik ne tak femes macam blog korang.Tapi tolong lah jangan tipu cik.Kata dah follow cik,tapi bila cik semak list follower tak ada pon nama orang.cik tak kisah lah kalau cik dah follow blog korang lepas tu korang tak nak follow balik.cik tak kisah semua tu,cik tak paksa pon korang Follow blog cik balik.Tapi tolong jangan tinggalkan link dalam soutbox or kotak komen cik dan kata korang dah follow saya,padahal korang tak follow pon.Tipu tu nama nya!Tolong lah ek,tak mau lah tipu2 ne.Nak follow,Follow.Tak nak follow tak apa cik tak marah.Cuma tolong jangan tipu cik.cik tau lah korang exaited nak tambahkan follower korang.Semua blogger pon nak juga macam tu,Tapi apa untungnya korang tipu!(Untung lah dapat dosa free kan)cik takkan unfollow korang pon,takkan sesekali saya unfollow korang.Yelah korang dah penat2 tipu cik kan takkan lah cik nak unfollow korang plak kan (˚▽˚).Cuma mungkin cik takkan blogwalking ke blog korang.Yelah korang perlukan follower jak kan tak nak eratkan silaturahim,sebab awal2 dah tipu orang.wohohohohohoh
Buat Follower kesayangan intan payung pengarang jantung sanubari cik.cik akan sentiasa blogwalking dan baca entry terbaru korang (*‿♥) 



Nota jari kaki:siapa makan garam,dia rasa masinnya(‿◠)✌ 

Rahsia Syaitan

Penulis : Cik Puan Masa : 10:26 AM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yangg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara. 

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepada-Mu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! Tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “ 

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid dan surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.” 

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, Bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan). 

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)” 

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.” 

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.” 

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)" 

8. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “ 

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan nama-Mu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.” 

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah.”

Credit :mselim3


Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Penulis : Cik Puan Masa : 10:33 AM Comments : 32 Labels :
Assalamualaikum wbt.
Kali ne saya terpanggil lagi untuk menjoinkan diri mengikuti Segmen menangkap Follower sebanyak mungkin.Syarat2 nya pun sangat2 simple*i loike simple2*.So sesiapa yang rajin nak join sekakitanganidong.Boleh lah klik banner di atas.
Follower kesayangan saya 212 sahaja setakat ne
So buat bakal Follower saya yang sudi follow saya.Trima kasih banyak2.Kalau nak saya follow balik,tinggalkan Link di kotak komen ataupun shoutbox.Tapi sebaik2 nya tinggalkan di kotak komen lah.So tak ada yang tercicir kan..kan..kan..
byeeeee all^^


"Izinkan saya berzina dengan anak pakcik"

Penulis : Cik Puan Masa : 2:05 PM Comments : 14 Labels :
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap


Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


Credit:Pondok Kecil Lily

Bahasa Melayu Moden

Penulis : Cik Puan Masa : 4:50 PM Comments : 8 Labels :
Assalamualaikum Wbt.
Sekarang zaman dah banyak berubah,dah semakin canggeh monggeh.Jadi ayat pun dah semakin canggeh juga.Banyak ayat bahasa melayu yang di ubah mengikut arus kemodenan.Dan ayat tersebut tak tertulis pun dalam buku dewan bahasa dan pustaka.Siapa yang mewujudkan ayat2 tersebut?sayapun tak tahu.Entry ini di tulis bukan untuk menyindir siapa2.Ini cuma pendapat saya sahaja.Siapa tak setuju sila tunjukkan muka anda,dan saya akan terajang menggunakan jari kelingking kaki saya..huaaahuaahhuaa.
Ok,balik ke topik asal..Saya bagi contoh ayat yang sudah di modenkan.
"cemekom.hy kowangx celamad petangs.ngah uat pe tueee?ngah baca blogx ea.elehhh tamo ngaku letewwww.alololo..comei2..ngeeeee.owkey lax,cmpai cni sja..neyhhh tuk kowangx muaxxxxxx cayunk kowangx cangat2"hahhhhh...ne contoh ayat.Selalu nya ayat2 macam ne di guna time bermaseg2 kan.Tetapi ada juga blogger yang taip ayat mcm tu dalam entry.Cuma tak ramai lah..ada dalam 2,3 orang saya pernah Terlihat.
Saya mau tau,apa motif korang taip ayat macam tu?supaya apa??comel??
yelahhhh...korang memang comel punTapi cuba korang fikir,yang baca entry korang tu bukannya 12tahun ke bawah sahaja, tapi ramai yang dah berumur*like me*cuba korang imagin kalau makcik2 yang baca entry korang tak pun pakcik2,tak pun datuk2,nenek2(heyyyy jangan gelak,atuk2 nenek2 dah moden,ada yang suka baca berita,gosip2 kat blog tau)hahhhh..terbelit2 lidah mereka baca entry korang tauuu..nasib baik lidah kita ne cuma satu.Kalau ada dua mungkin dah tertocang rapi dalam mulut.Lepas baca entry korang mulut macam ??
0k..Setiap yang baik tu datang nya dari Allah dan setiap yang buruk tu datang dari riri saya sendiri.Maaf kalau ada yang terasa.Pengajarannya..sama2 kita perbetulkan setiap ayat2 yang terlalu moden tu.Jangan rosakkan bahasa kita.Bahasa jiwa bangsa..PeaCe !
buiiii...buiii (mulut itik)



Saya Budak Baru Belajar

Penulis : Cik Puan Masa : 12:31 PM Comments : 14 Labels :
Assalamualaikum..
Korang..korang..cantik tak blog saya..Boooooooo..tak malu puji diri sendiri.
Tak pa lah saya tau blog saya tak sebeautipol macam blog korang.Tapi saya sangat2 berpuas hati sebab setiap sudut apa yang korang nampak kat blog saya ne 100% hasil tangan saya sendiri owkeyy.Dan saya nak ucapkan Jutaan trima kasih juga dengan mereka2 yang buat macam2 tutorial tu.muahhhhhhhhhhh untuk korang.Antara nya blog Lyssa Faizureen.Tutorial dia sangat2 membantu saya.
Saya sebenar nya lebih pentingkan kekemasan Blog.Biar lah tak cantik,tak banyak blink2,tak bnyak bunga2 berguguran.Yang penting kemas dan kemasssss...huaaaaaahuaaahuaaa.
Tengok benda kat atas ne.benda ne lah yang buat saya poning 389900 .Tapi akhirnya berkat kesabaran maka terjadi juga lah side bar yang saya inginkan.
Okai..Saya mula2 berblog sejak April 2011.Yeahhhh....saya masih baru.Masih merangkak dan masih banyak benda yang perlu saya belajar lagi.So kepada blogger2 otai sila tunjuk ajar ya :)
Dan..Dan...Dan..*tergagap pulak*.tujuan saya berblog pula sekadar berkongsi cerita2,suka duka hidup...cehhhhh..dan sekadar mengisi masa lapang.Tapi blog saya ne bukan dairy tauuu,saya buat entry ikut apa yang terlintas di fikiran jak.Jadi jangan heran kalau blog saya macam rojak,ada macam2 entry.Dan paling penting saya akan kongsikan suka duka hidup saya di sini.Mana lah tahu time saya tak ada nanti di dunia fana ne,ada orang rindu kan saya.Boleh lah orang tu baca entry2 saya ne..ehhhhh..ada ka orang rindu saya nanti..Boooooo...tak malu..tak..maluuu..
Buat blogger2 lain yang belum follow blog saya.Jemput follow ya,saya janji InsyaAllah saya akan follow balik.Dan buat follower saya terima kasi sebab dah follow blog saya.Salam kenal ya..Jom sama2 kita rajinkan diri memblogwalking
buii...buiiiii.

Tolong Saya !

Penulis : Cik Puan Masa : 9:37 PM Comments : 10 Labels :
Assalamualaikum..hy korang
korang boleh tolong saya tak..Saya dah penat try buat benda ne.dah banyak tutorial saya buka tapi tetap tak menjadi.Saya betol2 tak faham apa masalah code2.Ehhhh...bukan salah code,tapi salah saya sebab tak faham apa yang korang ajar kat tutorial tu.Banyak blog dah saya buka semata-mata nak ikut tutorial mereka.tapi jawapan nya tetap hampehhhh :'(
ne sebenar nya masalah saya...hohohoho..nampak macam remeh,tapi payah sangat nak buat.boleh buat saya gila(trus nyanyi lagu amy Ku gila kan kau)*Tetiba iklan*
weyhhhhhh...tolong lah ajar saya borderkan Follower dengan Arcive blog tu.macam kat atas ne.macam side bar saya tu.yang lain tu saya boleh buat lah cuma arcive dengan Follower ne jak yang payah sangat.
Hahhhhh...ne lagi satu.dah cantik2 border,dah kemas,dah beautipol dah.Masalah nya tak bleh scroll plak.Alahaiiii takkan nak letak panjang2 kedebokkkkkkk macam tu..buruk weyhhh.please halp me..saya dah cuba banyak tutorial dah.Dah try tanya2 dah semua suruh ikot tutorial yang dorang kasi.
Tengok ne..kemas jak kan arcive dia..siap ada scroll lagi.wahhhh....jelouss..
korang tolong lah saya..pleaseeeeeeee :'(
okbaiiiiiii..

SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam

Penulis : Cik Puan Masa : 5:06 PM Comments : 51 Labels :
Assalamualaikum..hy korang.



Sesiapa nak join,nak tambah followers macam sya ne boleh lah klik Merepek Gila..hohohoho.Saya nak join Segmen tingkatkan Followers.Memandangkan followers blog saya masih di bawah 100*bbbboooooooooooo..maluuuuuu eeeeeeee*Alahhhhh...jangan lah gelak..sedey tauu.kekeke

Sikit tak..sikit tak followers saya..Meh lah follow blog saya*Sambil buat muka 10sen*InsyaAllah saya follow balik.Janji !
Sesiapa dah Follow 2 Terima Kasih bebanyak.Jangan lupa tinggalkan comment ya.nanti saya follow blog korang pulak :)
bye

Mohd Noor Shawal 1st GiveAway Contest

Penulis : Cik Puan Masa : 1:29 PM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum guyss..mehh..mehhh join GA 1st dari Adik Shawal reramai :))
Senang jak cara nya.Cuma jawab soalan yang shawal beriakn.cuma 1 soalan jak weyhhhhh..bukan nya banyak mana pon.Untung siapa join..kalah menang dapat hadiah tuuuu..mehhhh..mehhh serbu blog Shawal.Tarikh tutup sehingga  4/10/2012.Weyhhh..masih sempat weyhhhh.
Dan buat adik shawal..ne jawapan akak C
Harap2 sangat lah betol..klu tak betol pun tak pa..yang penting akak dah try kan :)
Okaiii..akak nak tag
buiii..buiii

Percaya Dan Kepercayaan

Penulis : Cik Puan Masa : 8:02 AM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum..Haluuuu..
Wooowwwwww...Seawal 7.am sya mengupdate blog.Ne kes2 terlebih rajin sudah ne.Bukan halang-halang..Opsssss....Alang-alang ya,kasi betul tu ayat sikit.Nanti ada plak guru bahasa malaysia comment d sini,malu kita.Ayat pasar betol di guna pakai.
Percaya dan kepercayaan kepada tuhan,kesetiaan kepada raja dan negara*Tetiba* Percaya dan kepercayaan 2 sama jak lah mksud nya.Cuma sya letak kedua2nya untuk memanjangkan tajuk entry..ngggeee.Ok semua manusia ada kepercayaan masing.Ada perasaan percaya terhadap seseorang.Tetapi rasa percaya tu juga akan hilang bila seseorang yang kita percaya tu pernah melakukan salah atau menipu diri kita.
Dan buat pasangan tak kira lah pasangan bercinta ka,suami isteri ka.Kepercayaan tu memang sangat penting antara satu sama lain.Tapi kata orang jgn percaya 100%.Simpan keraguan tu sedikit.Contoh nya 80% korang percaya dengan pasangan korang yang 20% tu korang simpan lah untuk keraguan.Sebab manusia ne memang takkan pernah lari dari melakukan salah kan.Tak semesti nya sepanjang hidup tu jujur jak tak pernah tipu orang.Apatah lagi ada orang kata Tipu Sunat,Tipu untuk kebaikan.Bukan tipu kanan tipu kiri ya..tu lain topik sudah tu..kekekeke..
Tetapi,kalau lah ada salah pasangan korang tu yang korang dengar dari mulut2 orang atau sumber2 yang korang boleh percaya.Cuba tanya dahulu orang tu baik-baik.Jangan terus main lepas jak kemarahan tu.Cuba ajak berbincang sikit.Tak rugi sesen pun kalau korang tanya baik-baik kan.Kalau benda tu tak betul baru korang dah tampar sana,pijak sini,maki hamun segala.hahhhhhh...Kan dah free2 dapat dosa.
Jadi untuk para pembaca di luar sana jom sama2 kita memperbaiki diri.Jaga kepercayaan kita sebaik mungkin.Jangan sampai kepercayaan orang sekeliling kita luntur terhadap diri kita.Semoga Allah sentiasa merahmati setiap apa yang kita lakukan.
Buiii..Buiii

Saya Benci Artis Ne!

Penulis : Cik Puan Masa : 9:33 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum..
Haaa...kemain hot tajuk entry say kan.Tapi entry nya tak lah sehot tajuk 2..ngaaaaa :P.sya cuma saja sengaja jak nak cari perhatian korang...weeeeee...jgn marah ek..sapa marah kene jualllllllllllll :D
sya cuma nak taip entry tanpa tekan Backspace jak.2 jak lah ..ne smua gara2 bowink ne.xtau nak buat apa dah.terpaksa buat benda bodo sendiri2..
Ehhhh...cam elok jak sya taip ne.xda pon salah2 nya kan.mknanya saya dah terer lah ne kan dalam bidang taip menaip kepet..kepaet apa...hhhhaaahhhh..mula dah salah taip..dan utuk pengetahuan korang sya taip ne apa yang terlintas d fikiran saya saat ne..ehhhh..makin sedap lak taip tanpa backspace ne..sesiapa nak try kat umah..ehhhh kat laptop sendiri try lah..tapi hanya yuntuk 18+ jak ble buat ya..yang under18 cangan cuba2 ya...ngakakakakkakakk.
sya bosan lah..cosan xtau nak buat apa..mak..oo...makkkk...sya mau kawen...
makkkkkk...oooo makkkkkkkk....alaiahaiiiiii...gataiu dah anak mak ne...wekkkk*tetiba*
k lah...nt stress plak korang baca entry sya yang melalut ntap apa2 ntah ne..
byui..buiiiiii :D

Kawen..ohh..Kawen

Penulis : Cik Puan Masa : 11:48 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum guys.

Hari ne badan 
cik rasa lemah gemalai.Ne sebab pembawaan lah ne.Pembawaan orang2 mengandung.*Cehhhh...Bila masa plak aku ne mengandung..kawen pon belum lagi..haaaaaaa orang kat luar sana jgn plak pandai memandai sebar fitnah.Sya belum mengndung lah..Sebab sya belum kawen*
Badan rasa lemah di sebabkan cik DYSENTERY(in english)Kalau dalam bahasa melayu nya pulak Cirit-birit.kalau dalam bahasa pasar Sabah Berak-Berak..
Sejak kebelakangan ne cik telah di hujani soalan2 yang sama.Yalah kan time raya,masa untuk bertemu saudara mara yang jarang di jumpa.So banyak lah soalan2 yang keluar.Dan kebanyakkan soalan yang mereka tanya dengancik ''Bila Nak kawen???"Woooowwww...cik tetiba raya macam Atris pulak.Di hujani soalan2 yang hot dan mampu mengegarkan urat2 sendi..ngeeeeeee.*Tersenyum sumbing seketika*
Jawapannya..Tetttttttttttt..Tak tau bila.InsyaAllah kalau dah sampai jodoh cik akan edarkan kad kahwin cepat2 jugak.So tak perlu lah anda tanya saya soalan yang sama beulang-ulang kali yerrrrrrr.Nanti korang bosan pulak aku asyik jawab tak tahu jak..
So..korang dah terlanjur tanya saya soalan pasal kawen2 ne.cik kongsi lah pelamin anganku.Amcam cantik tak?Sesuai lah dengan tema blog ne kan,Purple..
Okai bebeh..Setakat ne jak lah yang cik mampu update.Semoga bertemu di entry lain lagi..


Wassalam

Saya Kembali

Penulis : Cik Puan Masa : 8:13 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum wbt..

Hye kamurang..sihat tak??
Dekat 1 bulan cik tak jenguk blog ne..sebab..sebab..cik dah ada blog baru,cantik,cute,sweet..Ngaaaa jelous plak blog lama aku.Tetapi di sebabkan cik terlalu sayang nak tinggalkan blog ne.Maka dengan bangga nya cik delate blog baru 2 dan kembali berblog dgn blog cik yg sumil ne :)
Dan cik ada TERbaca blog yang di wujudkan buat isteri tercinta yang bertajuk WARKAH BUAT ISTERI.Dan cik terpegun seketika dengan kuasa CINTA *Sambil tadah air liur*Nak tahu blog mana yang cik maksudkan?? Warkah Buat Isteri click link 2 lelaju selaju-laju dan laju yang boleh  dan khatam lah semua surat2 cinta 2.Banyak pengajaran dan nasihat2 yang boleh kita renungkan dan tanamkan dalam hati.

Jom sama2 kita doakan semoga abg Abil sentiasa sabar dan kuat dalam menempuh dugaan hidup.Semoga Allah memberi akak Fauziah kekuatan dalam mengharungi penyakit beliau.Allah takkan menguji di luar kemampuan kita.Dan setiapa apa yang berlaku itu ada hikmah.Buat Pasangan suami isteri tak kira lah yang sudah lama berumah tangga jadikan kisah ne sebagai pengajaran.Jangan cepat melenting atau mengeluh dalam setiap ujian yang Allah turunkan.Hanya doa yang mampu di titpkan buat pasangan ini.

Wassalam

Di Sebalik Gambar

Penulis : Cik Puan Masa : 7:08 PM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum...Hello kamu..

Di sini saya ingin kongsikan gambar seram yang betul2 Terjadi tanpa ada unsur penipuan atau Editan walau sedikit pun.Gambar ni Tertangkap pada 20/09/2012(raya ke2) di rumah mak mertua  acik saya.
P/s : Klik gambar dan zoom in.Apa yang korang nampak di belakang lelaki baju biru tu.
Tinggalkan komen apa yg korang lihat :)
 
Designed by NurAlja Lee