Hari ne cik nak story mory pasal kerja.
Memandangkan cik adalah seorang penganggur berjaya,kekadang terniat di hati nak berkerja.Yae lah memandangkan belum ada anak lagi nak jaga dan memandangkan kos perbelanjaan sara hidup pun semakin meningkat.Tapi bila cik suara kan kat husb cik nak keja,husb jawab "Alahhhh....bagus lagi ayg duduk rumah.Tak penat,tak stress"Macam tu lah jawapan nya bila setiap kali cik suarakan niat untuk berkerja..
Semalam bila baca entry
Kak Okje,serius cik touching,laju-laju pandang wajah husb yang tengah bersiap-siap nak pegi kerja.Dalam hati "Kesian nya suami aku.Berhujan,berpanas..Kerja syift kekadang pegi kerja tengah malam,balik pagi..kekadang turun petang balik tengah malam.Tido tak cukup..lepas tu bila berkerja lebih masa,terpaksa berlapar pulak" Untuk pengetahuan korang,suami cik ne bukan lah jenis yang suka makan kat luar.Tekak nya memilih sangat,tu yang cik selalu bekalkan dia.
Tapi bila gaji...perkara pertama yang mesti dia lakukan adalah beli belanja dapur.Lepas tu bajet-bajet untuk bil-bil,minyak untuk g kerja..mak,bapa,isteri lepas tu baru baki-baki semua tu baru dia amik.Amik pon baling banyak Rm100 jae.Ya Allah bertuah nya cik dapat suami macam ne..
sebahagian besar lelaki menginginkan isteri yg pandai memasak,pandai menjahit,dan cantik...tp kita tidak menginginkan apa apa dr mereka selain dua hal iaitu tanggungjawab dan setia..
Pernah sekali tu seluar sukan suami koyak..Cik pon jahitkan lah,somi pon pegi lah berfutsal.Tak lama lepas tu suami balik lagi.Cik pon rasa pelik lah..rupanya seluar tu terkoyak balik.Esok nya kitaorang jalan pegi beli lauk..dia pon cakap lah nak beli seluar,cik pon eya kan jae lah..Tapi lepas beli lauk tu,cik ajak dia singgah kat kedai seluar tu.Dia taknak...dia kata tak perlu lah..Mahal tak da duit,lagi pun seluar kat rumah tu boleh jahit lagi.Bayangkan..Harga seluar yang tak sampai Rm30 pon dia kata mahal.Tapi bila belikan pakaian untuk isteri dia ne dia tak kata mahal pon,dia tak penah kata tak da duit pon.Ya Allah bertuah nya cik dapat suami yang macam ne..
Dah 7tahun lebih cik kenal suami cik(4tahun berkawan,2tahun bertunang,1tahun lebih berkahwin)Dan dari mula-mula cik kenal suami cik ne cik akui dia memang seorang yang bertanggungjawab.Bertanggungjawab dengan mak,bapa..dan bertanggungjawab dengan adik-beradik.Itu lah sebab cik memilih dia sebagai pendamping cik dunia mahupun akhirat..In shaa Allah.Bukan nak puji lebih-lebih,tapi itu lah kenyataan depan mata cik sekarang.Banyak lagi sebenarnya kelebihan suami cik ne.Tapi ne jae lah cik story mory kat korang,lain-lain tunggu lah next entry pulak..hihiih
Dan oleh kerana suami tak benarkan cik berkerja,cik pon nekad buat
bisness sendiri.Semalam baru cik start amik tempahan.Alhamdulillah dah ada yang book untuk raya ne,dan sambutan pun mengalakkan.Rezeki ada di mana-mana,yang penting
usaha kan..kan..kan..
Nota Jari Kaki : Phewwwww.....kemain entry cik hari ne ^_^