Showing posts with label Preggy. Show all posts
Showing posts with label Preggy. Show all posts

Tips Cara Cepat Hamil

Penulis : Cik Puan Masa : 11:02 AM Comments : 8 Labels :

Dah kawen??Jom cuba tips ne.Yang belom kawen jangan pulak gatal-gatal tangan nak cuba,hempok kang :P Buat kengkawan yang senasib dengan cik,cik tahu korang masih berusaha macam cik kan.So jom sama-sama kita usaha lakukan tips ne.Sharing is caring yae tak ^_^

  • Jaga Pemakanan

Mesti korang pernah dengar tentang asid folik kan?Mengikut saranan doktor,sesiapa yang ingin mengandung kena lah makan folic asid unruk kesuburan.Selain itu,kena makan juga makanan yang berkhasiat.Cakap memang senang kan.Tapi nak melalukan nya cukup payah.
  • Makan Vitamin
✔ Vitamin E
✔ Zinc
✔ Copper
✔ Panthotenic acid
✔ Potassium
✔ Vitamin A
✔ Vitamin B
✔ Vitamin C
✔ Thiamin V6
✔ Riboflavin
✔ Niacin
Banyak kan??Kalau ada duit lebih boleh beli di farmasi.kalau takda,cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut.Untuk pil herba sila rujuk kepada yang pakar juga.jangan makan sembarangan.
  • Mempunyai Berat Badan Ideal
Mungkin ada yang kurang setuju..Yae lah mak jemah jiran sebelah rumah korang tu gemok kemahin pun tiap-tiap tahun praggy.Aku ne biasa-biasa jae pon tapi susah nak preggy.Betul,rezeki masing-masing kan.Tapi tak salah kita mencuba kan.
Jika mempunyai berat badan yang berlebihan macam cik "overweight" atau lebih teruk lagi "obese",memulakan senaman untuk mengurangkan berat badan.Ini kerana risiko orang yang "overweight" ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis.Jika semasa mengandung mempunyai "high blood pressure" dan "diabetes" banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti.Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.Sentiasa pantau Body Mass Index(BMI) untuk mengetahui tahap "obesiti"
  • Detoks
Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita.Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dari dalam badan kita.Perlu di ingat,jangan beli semberono sahaja,lebih-lebih lagi dari penjual Muliti Level Marketing(MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.
Luangkan masa melawat farmasi yang berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar.Jumpa "dietitian" untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita.
Minum Jus buah-buahan juga salah satu Nyah-toksin.
  • Lakukan Hubungan Intim dengan Kerap
Sudah bergelar suami isteri,apa nak malu.Bukannya orang lain,pasangan sendiri yang halal juga ponnnnn..hihii.Buang sikap malu "meminta".Nikmati hubungan tersebut,bukan hanya untuk dapat anak jae..
  • Ketahui Waktu Subur
Ini adalah fakta yang sangat penting.Ramai yang amik ringan tentang perkara ini.Ada yang sudah ada anak pertama,tetapi sukar untuk mendapatkan anak kedua.Untuk mengelakkan kekecewaan,belajar cara membaca ovulasi.Kenali diri sendiri.Waktu ovulasi setiap wanita adalah berlainan.Jika kena masanya,dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi.Jom amik sedikit masa untuk belajar.Boleh google "ovulation calender tool" untuk maklumat lebih lanjut.Ingat sekali lagi,ketahui diri sendiri.Pelajari kitaran haid untuk waktu yang tepat.
  • Jumpa Doktor Pakar
Kalau sudah lama mencuba,tapi masih belum berjaya,sila jumpa doktor pakar.Biasa nya doktor akan melakukan "health screening" dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan kita.Tetapi jangan hanya isteri seorang sahaja .Suami juga perlu melakukan "checkup" juga.

 
  • Pastikan Posisi Seks Yang Betul
Ini bukan cerita lucah.Cik takda masa nak cerita perkara yang bukan-bukan.Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting.Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum.Posisi apa?Anda cuba lah sendiri yae.......................
  • Elakkan Tekanan 
Walaupunstress itu sudah menjadi asam garam,cuba rehatkan diri secukupnya.Kerja pejabat,biarlah habiskan di pejabat sahaja.Apabila berada di rumah,tumpukan perhatian pada keluarga.Apabila badan sihat,otak cerdas,bukan kah lebih senang melakukan hubungan intim?
"honeymoon" banyak kali..Apa salahnya kannnn......
  • Jauhi Rokok
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar.kalau isteri pun merokok?Cepat-cepat lah berhenti!Kajian santifik mengatakan,apabila seseorang itu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
  • Kurangkan Kafein
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi,tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata,jika minum kopi dapat tenangkan fikiran.Namun,tahukah anda,jika kandungan kafein itu tinggi,lebih dari 5 cawan sehari iaitu lebih kurang 500mg,ia di katakan dapat mengurangkan kesuburan.Jika boleh,kurangkan tahap pengambilan kafein pada 200-500mg sehari.Bukan itu sahaja,jika mengandung dan masih lagi kuat minum kopi,risiko keguguran tetap ada.
  • Berdoa Pada Allah
Tips ini tiada di mana-mana artikel bahasa inggeris.Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata.Kita sebagai orang islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu dengan izin dan rahmat Allah.Amalkan doa di atas.Islam itu indah dan memudahkan.Lebih baik meminta kepada Allah.In shaa Allah-Credit



Nota Jari Kaki : Cik pun tengah usaha untuk melakukan tips-tips di atas.Cik yakin rezeki untuk cik tetap ada walaupun lambat...In shaa Allah

Hanya Sekadar Mimpi ;)

Penulis : Cik Puan Masa : 8:34 AM Comments : 15 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Darlink..darlink..intan payung..pengarang jantung..Selamat bercuti.
Chewahhhhh....bukan main semangat cik nak berentry hari ne kan.Hanya kerana satu mimpi sahaja,sangat memberi semangat yang membuak-buak dan senyum sampai ke telinga cik pepagi ne.....
Macam ne cerita nya...
Semalam sebelom tido cik bual-bual dengan somi cik pasal preggy ne.Opppssss....cerita pasal preggy lagi.Harap korang tak bosan lah yae.hewhewhewww.Semalam Fil cik ada puji somi cik depan kitaorg,Jadi cik pon sakat lah somi cik..
Cik : Bangga lah tu,bapa puji tadi.
Suami: Ehhh...tak lah.Tak payah puji pon memang abang dah tahu kenyataan nya(masuk bakul pulak somi cik ne...aihhhhh)
Cik: Ellehhhhh....tapi sayangggggg....satu jae kekalahan abang.Abang belom dapat kasi cucu.(saja nak sakat somi cik.Kasi dia keluar bakul jap)
*Encik somi gelak jap*
Suami : Biar lah...Rezeki Allah yang tentukan.Bukan kita..
Tepek gambar baby lagi supaya korang tak baca entry melalut cik :D
Sambil cerita semalam cik doa dalam hati "kalau cik preggy,mintak Allah tunjukkan malam ne(maksud cik semalam lah sebelom tido)Kalau tak preggy,mintak di tunjukkan jugak..
Dan........lepas solat subuh tadi cik sambung tido.Cik mimpi cik terberanak..Cik ulangi lagi..cik terberanak tetiba.Tanpa cik tahu cik preggy,semua pon tak tahu termasuk somi cik,famly cik,mil fil cik.tetiba jae keluar baby.Lagi-lagi baby tu kenen senang jae nak keluar tanpa ada rasa sakit sikit pon.Lahaiiii...boleh pulak macam tu kan.Dasyat sungguh mimpi cik...kohkohkoh.Penangan tido lepas solat subuh..Burok perangai :D
Bila cik cerita kat somi tadi..Dia gelak...ok..sekian dan terima kasih..Korang tepuk tangan lahhhhh...penat cik lakonkan balik pasal mimpi cik ne..hahhahaa..okbai..

Bila Lah.......??

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 23 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Cerita pasal preggy lagi...Harap korang tak bosan lah yae membaca nya.Cik cuma nak luahkan apa yang terpendam kat lubuk hati ne..........!
Korang tahu kan cik dah setahun kawen,tapi belom ada penyeri(zuriat)
Cik tahu belom masa nya lagi.Allah belom nak kasi lagi.Cik redha,cuma babaru ne kekuatan cik semakin berkurang bila baca status kengkawan yang baru jae kawen dah preggy.Sorang...demi sorang...demi sorang share berita gembira kat facebook.
yaaaaa....cik akui cik cemburu.Tapi cik tak salahkan mereka,rezeki masing-masing kan..Cuma ntah kenapa cik rasa down..down sesangat.Hanya Allah jae yang tahu macam mana perasaan cik sekarang ne.Rasa macam seluruh pangkal jantung cik di siat-siat pon ada :'(
Korang...tolong bagi cik motivasi ka,nasihat ka,tips ka.Tak kisah lah apa pon.Macam mana nak kembalikan semangat cik balik?Kekadang cik dah malas nak fikir,malas nak stress-stress tapi susah cik nak tipu diri cik sendiri.


Nota Jari Kaki : Maaf entry kali ne agak emo sikit :'(

Baby Oh Baby!

Penulis : Cik Puan Masa : 7:20 PM Comments : 10 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Guyssss....Cik mintak maaf yae,tak sempat nak blogwalking beberapa hari ne.Semalam jae cik baru sampai dari kampung.Pepagi tadi bangun awal semata-mata nak mendobi setelah 3hari cuti mendobi.
Siap jae mendobi,cik pon follow lah kawan cik.Nak lawat kawan kitaorg yang baru jae selamat bersalin baby boy semalam.Cik follow jae nak amik berkat lah kenen nya...hohohoh.Comei tak baby tu,mata sepet-sepet macam korea youuuuu.Yang pegang baby baju hitam dot-dot tu pon comel kan..Baik korang angguk-angguk cepat sebelom cik ketok kepala lutut korang kat dinding..kohkohkoh
Siapa nama dia tah cik lupa pulok,yang cik ingat Adam jae kat depan nama baby ne yang kat belakang tah apaaaa..Baru jae semalam cik story-mory dengan encik husb tentang nama bakal anak kitaorang nanti,husb nak letak nama Adam kenen-kenen nya..ececehhhhhhh...Si isteri mengandung pon belum,husb dah cari nama baby..Ciannnn husb cik.Tak sabar nak timang anak,asyik-asyik tanya cik "bila lah kita dapat baby ne?" dan jawapan cik tetap sama "bila Allah izinkan..................."



Nota Jari Kaki : Guysss....tadi mama cik kol,pakcik cik telah kembali ke Rahmatullah.Please sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham yae.

Sabar...

Penulis : Cik Puan Masa : 9:52 AM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Omg...Omg...Apa dah jadi dengan blog cik ne????Macam pelik jae..macam pelik jae...Hahahahaaa ok kengkawan jangan panik yae.Hari tu cik dah bagi tahu kan cik nak tukar kulit blog.Bukan setakat  tukar kulit jae,cik nak rombak habis-habisan nlog ne..So jangan heran lah kalau blog cik tengah tunggang-langgang buat masa ne.Cik amanahkan kat Alja untuk membaik pulih widegt2 blog cik ne..Jadi sesiapa yang berminat nak tukar kulit blog dalam masa terdekat ne boleh lah terjah blog Alja yae..

ok stop cerita pasal tu..Cik ada story nak share ne...
Sumber Google
Semalam cik ada pogi klinik.Klinik ibu dan anak..hewhewhewww...Setelah sebulan 8hari tak period.Dah 3kali jugak cik test guna PT.Dan hasil nya ada dua line,kabur dan PT yang ke3 pula line dia terang tang tang tapi kaler putih pulak line satu tu.Ok untuk memuaskan hati,kita laki bini pon pegi lah jumpa doktor..Doktor scan...scan..scan..Alahaiiii tak nampak lah,tambahan lagi peranakan cik terbalik kalau nak scan pon kena tunguu kandungan besar baru boleh nampak.Tapi doktor kasi cik PT suruh test balik.Ok cik pon pegi lah test dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............





































































Sumber Google

Hasil nya still negative.Tapi doktor kata tunggu dalam seminggu dua lagi,kalau period tak datang juga dia suruh cik test lagi.Lagi satu doktor tak suruh cik makan lain-lain ubat.Tak kisah lah ubat panadol ka,ubat batuk ka,buat masa ne cik kena stop amik ubat.
Memang kecewa jugak lah,tapi apa boleh buat lah kan semua tu ketentuan Allah.Sebelum pegi klinik tu cik dah set dalam hati cik dalam-dalam.Apa pon keputusan doktor kasi nanti,cik redhooo.Yaelah cik pon tak nak berharap sangat.Ada...ada lah..tak da ikhtiar lagi kannnn.Bila cik cerita kat MIL cik,MIL cik kata "tak payah fikir sangat nanti stress" Alhamdulillah yae kengkawan,walaupon cik belom ada rezeki punya anak tapi cik dapat MIL yang sangat memahami dan tak mendesak,syukur sesangat.Walaupon MIL cik tak pernah memaksa,tapi kita laki bini usahakan jugak setakat yang termampu.Buat masa ne dah 4orang bidan dah pegang(urut) perut cik ne.In Shaa Allah,cik yakin rezeki tu pasti ada cuma beza nya cepat atau lambat jae kan..Sabooooo jae lahhh yaee...hihihihihihi


Nota Jari Kaki : Allah didik kita untuk "sabar" dan berusaha lagi..Jadi kengkawan yang senasib dengan cik jangan cepat mengalah yae.. :D

Rahim Terbalik Atau Retroverted Uterus

Penulis : Cik Puan Masa : 12:41 PM Comments : 12 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Selamat hari Malaysia yang ke 50 tahun.Yuhuuuuu semua sunyum sampai ke telinga kan.Al-maklum lah cuti lagik.Hari ne tak da aktiviti,cik diam2 kat rumah jae tonton hari malaysia kat tv.Tengah jaga kulit muka memang macam ne,malas nak jalan..phewwwwwww!



Semalam cik janji nak share pasal gambar kat atas ne kan..Dan komen rakan blogger???

Alahaiiii dear..Peknen apa nya..Belom ada rezeki lah.Yang tu cik scan rahim cik ne hah.Cik cerita satu2 yae...hihihiihhih
Errrrmmmmmm...mcm mana nak mula ek >,<
Macam ne ea..Semalam cik ada share kan gambar masa cik pegi wedding cuzzy cik tu.Hahhhh kebetulan pulak tyme tu terjumpa sorang makcik bidan.Cuzzy cik kata kakak dia penah berurut kat bidan tu.So cik pon cuba2 nasib lah kan kebetulan belum ada lagi nak lekat ne.Yelah salah satu sebab nya belum ada rezeki lagi kan.Allah belom nak kasi jadi cik ikhtiar jea lah apa yang patut.


Kalau korang tengok gambar kat atas ne,hahhh tu lah masalah cik.Dan macam tu lah makcik bidan tu bagi tahu kat cik.Cuma cik tak berapa nak percaya seratus pratus lah.Tu yang sampai cik pegi jumpa doktor scan rahim.Dan jawapan yang sama doktor kasi kat cik.Doktor kata lagi rahim terbalik bukan masalah,rahim terbalik adalah golongan minoriti.Macam orang kidal masih boleh menulis menggunakan tangan kiri..Hahhhhh macam tu jugak lah ibuk2 yang mempunyai rahim terbalik ne.Masih boleh mengandung cuma mungkin proses nya lambat sikit.Nak kasi peluang ibuk2 honeymoon pepuas dulu kut..kohkohkoh :P


Jangan risau yea ibuk sekalian yang senasib dengan cik.rezeki tu semua Allah yang tentukan kita ikhtiar jae semampu yang boleh.Banyakkan berdoa dan beristigfar.Mungkin ada hikmah di sebalik nya kan.Nanti tup tup dapat anak kembar pulak hahhhhhh kan hikmah dan hadiah berkat kesabaran tu..


Masa cik tahu masalah rahim cik.Agak down jugak lah cik rasa,pas tu rajin jugak search kat google.Tapi ingat ya ibuk2,jangan percaya sangat info kat google tu.Doktor kata ramai jugak ibu2 mempunyai rahim terbalik dan berjaya hamil.Dan ramai jugak ibu2 mempunyai rahim normal pon masih belum berjaya hamil.Jadi kita ne bakal ibu2 cuba..cuba..cuba.. dan terus mencuba jangan putus asa.Tak mau stress2 yae,bak kata orang putih "Enjoy your love game"

Nota Jari Kaki : Ibuk2 yang dah berjaya hamil dan yang tengah hamil anak ke 2,3,4,5,6,7 tahniah cik ucapkan.Doakan cik yae hope dapat join ibuk2 boyot cepat2..hihihihi (aminnnnn sambil pegang2 perut)


C.E.M.B.U.R.U !

Penulis : Cik Puan Masa : 6:09 PM Comments : 18 Labels :
Assalamualaikum Wbt :)

Huarghhhhhh...tadi masa blogwalking blog kawan2,tetiba muncul pulak perasaan cemburu cik.Tapi bukan cemburu sampai nak geget orang.Tak mungkin lah!Ingat cik ne kanibal ke hapeeeee.hihihih.Biasa lah cemburu..cemburu macam tu jea.Nak tahu sebab apa cik cemburu???

Al-kisah nya cenggini..Cik sebenar nya belom di beri kesempatan nak rasa keindahan preggy.Ouchhhh..bila cik share kat famly cik belom preggy lagi mesti jawapan sama dorang akan kasi "Alahhh masih awal pon.Korang baru jea kawen" Yelah..Masih awal,tapi cik nak jugak rasa preggy di usia muda ne (ehhh muda ke?ok lah umur cik nak masok 23..masih muda lagi kut hahahha)Lagi pon mana2 pasangan yang nak kawen mesti nakkan cahaya mata kan.Tipu lah kalau korang kata tak nak.Takkan lah nak tunggu 4,5 tahun baru nak usahakan..Kita tak tahu masalah2 dalam badan kita ne.lagi pon rezeki setiap manusia tak sama,ada yang datang cepat,ada yang lambat jadi kita kena usaha kan dari awal.


Bulan lalu jea dekat 10 biji cik beli UPT.Balik2 pegi watsons beli benda ne jea sebab bulan lalu pertama kali dalam hidup cik tak datang period.Bila test,hasil nya tetap negatif tapi period tak datangs2 jugak last2 muncul jugak period cik.Alahaiiii punya cekewa cik time tu.Bila cik bagi tahu kat husb,husb terdiam.Hahhhhh husb cik pon sebenarnya mengharap jugak.

Photo: Boleh membantu mencuci saluran tiub falopio yang mungkin tersumbat oleh lendir , lemak dan darah ..
Ne lah ubat2 yang cuzzy cik suggest kat cik.Harga pon berpatutan juga,tapi masalah nya cik tak nak makan ubat2 dulu.Sebab cik belum pasti lagi apa masalah cik,lagi pon cik takut nanti bertambah pulak masalah dalm badan cik ne hahhhh lagi lah susahhh kan.Minggu depan cik nak balik kampung,nak try berurut dulu dengan nenek cik.

Apa2 pon kawan2 yang mengalami nasib yang sama macam cik jangan putus asa ea.Sama2 kita usahakan ek.Tapi jangan lah sampai nak stress sangat.Stress pon salah satu punca telur tak nak keluar tau.Tu husb yang kata,cik tak tahu apa kaitanssss nya.Kalau nak tahu sangat rajin2 lah search kat google..

Nota Jari Kaki : Korang doakan cik dapat baby cepat2 ea.So tak da lah cik jelous lagi..hihihi
 
Designed by NurAlja Lee