#Pray4Palestine!

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 0 Labels :

Salam jumaat yang penuh berkah...
Lupakan dahulu sejenak tentang bola,buka mata buka hati buka minda dan tadahkan tangan buat penduduk palestine.Sedang kita sibuk bersahur,sedang kita sibuk meraikan kemenangan dalam piala dunia.Bumi palestine pula sibuk berjuang,bertarung nyawa dan bermandi darah!
Marilah kita sama-sama,tadahkan tangan untuk kesejahteraan penduduk bumi palestine.Sesungguh nya doa adalah senjata yang paling tajam!
Semoga Allah melakhnati israel dan menghapuskan sekutu-sekutu mereka tanpa ada seorang pun yang tinggal di muka bumi ini!

#FREEDOM4PALESTINE
#PRAY4PALASTINE

B.E.R.H.I.J.R.A.H

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 0 Labels :

Kita sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ne.Ramadhan sudah semakin dekat untuk meninggalkan kita.Tahun depan ntah kalau di  beri kesempatan lagi berpuasa seperti tahun-tahun sebelum ini :'(
Hari ne cik nak bebel-bebel tentang "berhijrah".Berhijrah bermaksud berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.Dalam konteks lain juga,hijrah bermaksud perubahan sikap dan tingka laku.Tetapi pada zaman ne "berhijrah" sudah di salah ertikan.Maksud cik sudah di salah guna pakai perkataan "berhijrah" tu.
Contoh:      "Artis A kini brrhijrah.Semakin anggun bila berhijab"
Helloooo sayang....itu bukan "berhijrah" nama nya.Menutup aurat itu kan wajib untuk semua wanita yang bergelar muslim.Kalau "berhijrah" sikap dari suka mencuri selipar kat masjid ke tak mencuri,itu barulah nama nya hijrah.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ne.Mari lah kita sama-sama perbaiki diri.Jangan lah letak "alasan" belum mendapat "hidayah",ataupun belum mendapat "seru" itu sebagai titik untuk tidak menutup aurat.Allah tak janji ajal akan di ambil bila kita dah tua,bila umur kita dah masuk 100 tahun.Sampai bila kita nak tunggu seru?sampai bila nak tunggu jadi baik baru nak berubah?Sampai bila nak tunggu hidayah??Macam mana lah nak jadi baik,bila rakan-rakan ajak tutup aurat kita melenting,kita mencemuh.Bila rakan-rakan dah ajak cara baik itu pun dah kira 'hidayah' dah tu..Sampai bila nak menunggu sayang??????????Sahabat yang pernah ajak kita tutup aurat tu adalah sahabat yang sangat-sangat sayangkan kita.Mereka taknak kita masuk neraka sebab tak tutup aurat.Jangan lah nak bangga sangat dengan rambut yang cantik tu.Tahu lah banyak duit bulan-bulan pegi salon buat rambut,cuci rambut.Nanti kat akhirat sana rambut yang di puja-puja,di sayang-sayang itu lah yang akan menghumban kita ke dalam api neraka.Waullahualam....
Entry ne bukan nak menyindir yae sayang.Cik tak kata cik bertudung,cik akan masuk syurga.Apa yang cik sampaikan ne adalah di sebabkan cik sayang korang.Selagi kita di bagi peluang,selagi tu kita perbaiki diri.Cik ne pon masih belajar untuk memperbaiki diri cik,memperbaiki pakaian cik.Masih banyak yang perlu di perbaiki..Jadi apa salah nya sama-sama kita perbaiki diri.Awak tegur salah saya..saya tegur salah awak..Macam tu baru lah sayang..Yae tak?? :)



Julai...oh...Julai

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 0 Labels :
Salam 9Ramadhan..Alhamdulillah,masih berpuasa mak enon hari ne.Harap-harap cuti posa mak enon untuk tahun ne di bekukan lah...mihmihmih
Dah lama mak enon tak soseh-soseh tang hencik abam shayang buah hati pengarang jantung beta tu dalam blog picisan ne.Memandangkan bulan ne dah masuk bulan Julai.Jadi, ermaksud............umur hencik abam shayang cik bakal beralih ke satu angka lagi.Yeeyyyyyy!10hari lagi beb.
Tapi....mak enon sebenr nya runshing lah.Tak tahu nak kasi apa kat beliau.Nak kasi kek,TAHUN LALU beliau dah tanak tiup lilin.Dah tua kateeeee nye,malaihhh dah nak tiup-tiup lilin.Sama lah...cik pon malaih nak tiup lilin dah.Nak bukak hadiah jae tahun ne...kikikikiki
Kut-kut nak kasi apa yae???Orang laki ne susah sangat nak cari hadiah dia.Nak kasi dompet...dompet yang berapa tahun lalu mak enon kasi dia belom guna lagi.Alasan..dompet dia masih boleh pakai.Apa?nak kasi baju??jangan harap lah yae.Hencik abam mak enon tu agak cerewet sikit banget kalau bab-bab pakaian ne.Tingggggggg....katingggggggg....tetiba muncul idea..
Nak kasi kasut lah..Memandangkan kasut sukan beliau dah tertanggal kulit,dan dah takda rupa kasut pon mak enon tengok.Tapi nak kasi kasut yang tak dak gigi..Amacam?korang rasa ok tak?Boleh buat hencik abam mak enon menangis terharu tak?mihmihmih
Tapi....macam mana nak kasi suprise ne?mak enon ne bukan lah sorang wanita yang romentis,yang suka buat suprise-suprise ne.Dah lah dok serumah..dok sebilik..Kat mana lah nak sembunyikan benda tu?Hahh?letak dalam lubang hidong cik?ok..idea yang sangat bagus...hahahahhha...okbai

Rania,Indah Sungguh Namanya

Penulis : Cik Puan Masa : 11:06 AM Comments : 4 Labels :

Salam jumaat dears...Alhamdulillah,kita dah di hari yang ke6 ramadhan.Semoga puasa puasa kita tahun ne tak da lah yang bocor ek..
Hari ne lambat sikit mak enon bersiaran.Terlajak mak enon tido selepas somi pegi kerja tadi.Ne pon baru jae siap kemas rumah..Rehat jap,dan curik masa update blog..hihihi
Felixia yeap a.k.a Rania...Nama ne dah tak asing lagi..Alhamdulillah,beliau telah memeluk islam semalam di dalam majlis tertutup,tetapi belum dapat di sahkan lagi sebab Rania gagal di hubungi.Tu yang cik baca kat facebook lah yae..
Apa-apa pon cik doakan semoga Rania sentiasa mendapat keredahan dan sentiasa di rahmati Allah..
Semoga Allah memberi ketabahan dan di cekalkan hati dalam melalui liku-liku kehidupan.Yelah kan kalau bab-bab tukar agama ne mesti ada insan-insan yang berfikiran negetif,mesti ada yang sindir-sindir tak kurang juga ada yang maki.Kita doakan jae lah yang terbaik buat  beliau.Tak perlulah nak fikir negetif.Ikhlas atau tak,itu urusan dia dengan Allah..yang kita..kita... dan kita ne doakan jae lah dan perbaiki diri sendiri..an?ye dok?


Terkejut Mak Enon Tau!

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 4 Labels :

Salam khamis day,salam 5ramadhan mak senah,mak limah,mak jemah dan mak-mak sekalian..hari ne ada yant ter'mis sahur tak?harap-harap lah tak de yae..
Alhamdulillah...mak enon belom lagi penah mis sahur.maklum lah takut pulak mak enon ne "terpakai" baju size XXS masa raya nanti.Kang ada pulak yang tak dapat nak terima kenyataan mak enon yg gemok ne dah jadi kurus..mihmihmih
Dah lama rasa nya mak enon tak story pasal nuffnang ne.Ye dok..sampaikan nuffnang dah upgred pon mak enon tak prasan.Nampak sangat mak enon dah lama tak jeling-jeling tabung mak enon tu.Bila buka..terperanjat mak enon tau!dah boleh cashout(ok rasa jakun jap sebab mak enon tak penah cashout nuff lagi)Tapi rasa nya,biarkan jae lah berkepuk kat situ dulu.Rasa sayang pulak nak cash out..hihihi.Padahal dah gatai tangan nak cashout buat shopping raya nanti..kikiki.Macam jae isi tabung tu berjuta-juta lemon,buat beli tudung pon tak cukup lagi..pehhhhh...ada hati nak cashout an?


Nota Jari Kaki : Psssssttttt....apa thema korang tahun ne?

Wordless Wednesday

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 7 Labels :

Agak-agak ada yang terasa tak?Elok lah kalau terasa yae...Sama -sama kita perbaiki kesilapan diri.


Nota Jari Kaki : #SampaikanSebabSayang :)


Resepi Baru Popiah a.k.a Batang Buruk

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 11 Labels :

Alhamdulillah..Hari ketiga kita berpuasa dan masih lagi rajin untuk bangun sahur.Cuma semalam agak kucar-kacir sahur nya akibat terlewat bangun.Nasib baik sempat jugak lah menjamah sedikit nasi sebelum imsak..
Tahun ne giliran cik pulak beraya bersama mak bapa cik.Yeyyyyyyy!Somi sebenarnya tak dapat cuti,tapi kebetulan pula masa raya tu cuti pertukaran syif somi selama 3hari..Ok lah kan daripada langsung tak da..
Korang dah plan nak buat kuih apa untuk tahun ne?Ke......kuih tunjuk jae?Psssttttttttttttt....cik ada resepi baru untuk kuih popiah a.k.a batang buruk.
Tadaaaaaaaaaaaaaa......Popiah cheese dan popiah balado.Pelik?Tak da lah pelik sangat,rasa dia memang umph!Ada yang kata rasa nya seperti keropok twister.
Ne lah serbuk yang cik gunakan nanti.Nak tanya mana satu sedap??Dua-dua sedap,tapi kalau untuk kanak-kanak cik rasa keju tu kut.Tapi balado pon sedap beb,rasa dia ada pedas-pedas sikit tapi memang sedap bila masuk dalam mulutDah rasa satu mesti nak makan lagi berulang-ulang kali..Sure tak tipu!Korang tak nak cuba ke?Buat lah kelainan sikit untuk raya tahun ne,takkan lah asyik nak buat kuih yg sama jae kan..Macam mana nak dapatkan serbuk tu?Boleh pm cik kat facebook untuk pertanyaan harga.. 



Marhaban Ya Ramadhan

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 5 Labels :

Allowwww ebrybady...
Alhamdulillah..tahun ne masih di beri kesempatan untuk kita menunaikan ibadah puasa.Jadi di kesempatan ini,mak enon nak amik kesempatan lah nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua...semua...semua yang mengenali cik mak enon di seluruh negara..cehhhhh...kemahin perasan tip top mak enon ye..dah lah macam cbipsmore..kejap timbul kejap tenggelam..
Semoga setiap amalan kita di bulan yang penuh berkat ini di terima Allah...
Ehemmmmehemmmmm....dah tempah baju raya tak?dah tempah tudung tak??nanti next tyme kita kongsi sesama yae...okbai


Iklan Ajinomoto

Penulis : Cik Puan Masa : 9:06 AM Comments : 17 Labels :

Salam jumaat penghulu segala hari..
Apa yang cik reka kat atas tu hanya lah gurauan semata.Ne akibat terpengaruh dengan iklan Ajinomoto kat tv3 tu lah..kahkahkah..
Bagi sesiapa yang tak tahu lagi masakan goreng boleh tambah ajinomoto..sila lah cuba yae makcik-makcik sekalian.Tapi jangan buat-buat terkejut pulak..hihihi...
Sekian harap maklum :P



Mati Itu Pasti!

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 10 Labels :

Semalam cik ada baca entry Mama tentang seorang kak syu.Dan beberapa jam selepas itu, cik dapat tahu beliau telah kembali ke rahmatullah melalui facebook pula.Takziah cik ucapkan buat keluarga beliau..
Bila tiba masa nya,kita takkan dapat menunda walaupun hanya sesaat,itu ketentuan Allah.Kita pun bakal menyusul juga nanti.Pasti!akan menyusul..Allah hidupkan kita saat ini,hari ini,malam ini kerana Allah masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan mengumpul amalan buat bekalan kita di sana nanti in shaa Allah..
Janji Allah itu pasti..Tak kira di masa kita sihat,mahu pun sakit..Di masa kita susah mahu pun senang!Mati itu pasti!
Allahuakhbar....

Tabahnya Hati Seorang Suami

Penulis : Cik Puan Masa : 12:27 PM Comments : 15 Labels :

Adakah kita setabah ini?SubahanAllah...cekal nya hati seorang suami mengutip kembali  cebisan daging isterinya yang hancur akibat di gilis lori...Al-fatihah.
Semoga kita di kurniakan secebis ketabahan dalam melalui ujian dari Nya :)



Kalaulah Semudah Ini

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 12 Labels :


Alangkah bahagia nya jika semudah ini untuk memili badan yang ideal.Mak enon adalah salah seorang daripa berjuta wanita kat luar sana yang sangat bahagia.Fuhhhh....pepatah "bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian" ataupon "hendak seribu daya,taknak seribu dalih" memang tak pakai lah..Tapiii.................semua tu hanyalah hayalan mak enon semata oiiiii!
Sudah...sudah...jangan nak berangan boleh kurus semudah itu.Meh lah join mak enon bersenam di atas keyword komputer di rumah masing-masing..kikiki

Giveaway Cash RM150 MrJocko

Penulis : Cik Puan Masa : 2:15 PM Comments : 4 Labels :

Tak lama lagi raya guys..Jadi dengan rasa bangga nya mak enon nak join giveaway.Nak cuba nasib,kut-kut rezeki berpihak kat mak enon ne.Boleh lah mak enon belanja biskut raya kat korang sorang sebjibik..Agak-agak posman nak hantar tak???kikikiki
Sesiapa yang belom join meh lah kita join sesama.Tuah ayam nampak di kaki..Tuah mak enon sape yang tahu..duit tuuuuuuuuuuuu,siapa tak nak..kikikiki...okbai




Terharuk

Penulis : Cik Puan Masa : 8:45 AM Comments : 8 Labels :

Sila klik untuk tumbesaran si manja anda :P
Wahhhh....Terharu nya mak enon...Ingatkan berabad mak enon hilang dari radar dah ada yang lupa.Rupanya mak enon masih ada pengikut yang setia,masih ada yang setia meninggalkan jejak di blog mak enon ne..Terharumak tauuuuuu!(Saja tukar ayat terharuk,itu menandakan cik terlalu terharuk kat korang!) 
Orite tukar topik jap..
Korang ada tengok world cup tak?Mak enon macam biasa lah..dok buat tahi mata dan tadah air liuq kat atas bantal sambil berdengkur manja.Malas lah nak bangun awal pagi semata-mata nak tengok bola.Ehh...jap,Apa kaitan unta kat atas dengan bebelan mak enon ne??Hahhhhh..tu lah ramalan orang-orang yang @#$%^&*%@#$%^ Isk..isk...isk...Macam-macam jae cara mereka nak tilik nasib.Hari tu sotong,sekarang ne pulak hunntaaaaaa..Tapi cik rasa lah kan pakcik unta tu nak garu-garu kat signboard tu.Bukan nya nak kata team tu monang..hapooo lah..Ke ada orang paksa unta tu pilih??Apa-apa pon..bola..bola jugak..jangan lah sampai melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan dosa..hahhhhhh..

Perhatian!!!Buat pemenang 2nd Giveaway mrs.erry yang nak tuntut hadiah daripada cik sila email detail anda ke Noorfaizah1408@gmail.com dengan kadar segera.Kalau tak da hantar memang melepas lah korang.Dan akan di berikan kepada pemenang lain.

Datang Dan Pergi Sesuka Hati

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 10 Labels :
Selamat berhari isnin..Selamat kembali ke sekolah..dan selamat yang selamat...kikiki
Setelah berabad cik menghilang akhirnya *tingggkatinggg*  Cik muncul balik.Wehwehweh..suka hati  cik jae nak datang dan pergi begitu aja..
MAAF...cik dah terbuai dek kemalasan cik sendiri.Tenggelam tak timbul-timbul cik.Ada jugak lah sorang dua tanya cik ke mana.Terima kasih atas keperihatinan dan kesudian korang merindukan mak enon sorang ne.Maaf tak dok niat cik nak buat korang merindu setengah mati..kikikik
Selain bizi  bercanda dengan perniagaan cik.Sebenrnya cik bizi dengan benda-benda lain jugak.Dan paling bizi cik uruskan somi lah..kikikikiki..Kalau nak cerita kat sini satu-satu memang tak habis.Banyak sebenar nya cik nak kongsikan kat sini tapi terpaksa "cut" jae lah yae cerita nya..
Tahniah! Cik ucapkan buat pemenang giveaway deqla.Bagi seiapa yang menang hadiah daripada cik boleh lah tuntut melalui email kat noorfaizah1408@gmail.com
Kalau tak dapat boleh try pm kat facebook ataupon wechat.Id boleh cari kat contec yang ada kat ruang menu tab kat atas tu ek..
Orite...tu jae lah dulu..tatatititututuuuu

Maaf,Terlewat....

Penulis : Cik Puan Masa : 8:58 AM Comments : 13 Labels :

Salam rabu..hari ne non hado wordless wednesday yerrrrr...
Beberapa hari cik hilang,tak perlu lah cik bagi tahu cik kemana,sebab cik tak ke mana-mana pon,masih di sini dan masih memikirkan tentang keberadaan panda di malaysia..ok joke!..mihmihmih
Pertama kali cik nak Wwish "Selamat Hari Pengada Ngagai Michelle!!GBU!!"(Pandai jer cik cakap bahasa iban kan Michelle :P)
Sebenar nya birthday Michelle dah sehari berlalu.Tapi saja cik tak wish kat facebook,nak wish kat blog ne jugak!!hihihi...So sorry michelle sebab cik orang yang terakhir wish..
So,Michelle...........nampak nya sudah lama anda menyepi dari dunia blogging.Bila nak update blog ne???hihihiih


10 Benda Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 23 Labels :

Hari ne cik nak bergeli-geli dengan korang..cik nak bagi tahu kat korang benda-benda yang sangat kotor dari mangkuk tandas yang ada kat rumah korang..mungkin ada yang dah maklum tentang benda ne tapi tak salah kan kalau cik ingat kan korang..slah tak?salah tak??ok tak salah..mari kita mulakan...
  • Ais -Ya..Ais yang kita selalu campur kat milo,tea tarik dan siap bland untuk campurkan kat jus-jus kegemaran korang tu.kajian di USA mendapati 70% ais yang di hidangkan di restoran-restoran sebenarnya lebih kotor daripada air tandas.Tapi ne kajian kat USA,orang kita rasa nya pembersih belaka.Harap-harap lah guna air suling dan bukannya air paip untuk membuat ais.

Sumber
  • Keyboard - Cuba belek keyboard korang.Tak kisah lah keyboard kat office ke,kat rumah ke.Belek kat celah-celah huruf-huruf tu.Bersih tak?kalau bersih tu tepuk tangan lah buat diri sendiri.Tapi cik sure,rata-rata keyboard korang ada yang berhabuk dan tak pernah cuci keyboard kan.dan ada juga yang tak pernah cuci langsung?Terasa tak?Ok cik pon terasa..Sila berhenti menaip blog anda dan cuci keyboard anda sekarang juga...kekekke

  • Troli - Siapa tak kenal troli kan,terutama nya mak-mak lah yang selalu belanja barang dapur kat pasar raya.Ianya di sebabkan troli yang tak pernah di basuh.Apatah lagi bila ayam,daging,ikan,udang,brokoli dll angkut masuk dalam troli ne.Dan kekadang ada jugak yang siap letak baby dalam troli ne,lepas tu baby comei tu terkencing pulak..oooomakkkk..
  • Telefon - Masa buang air pegang handphone,masa korek hidung pegang handphone,masa makan pegang handphone.Duaplohnam jam dok pegang handphone dan hasil nya?handphone anda mengandungi 10 kali ganda lebih bakteria daripada mangkuk tandas anda.Dan ianya lebih bahaya kerana kekadang gayut-gayut dengan boypreng kat handphone tersentuh kat mulut pulak handphone tu..hamek kau..uweeekkkk.
  • Duit - Yezzaaaa...duit..Siapa tahu apa tu duit?Opkos semua angkat koning laju-laju.Yang ne mesti korang tahu kenapa duit ne kotor.Jadi para cashier-cashier,kerani-kerani bank,ataupun mana-mana pekerja yang berkerja dalam mengendalikan wang yang banyak.Sila basuh tangan anda.Tak pon guna sarung tangan jae lah,lagi bagus.Kerana....Pesuruhjaya kajian kesihatan mendapati bahawa 135.000 bakteria daripada satu not kertas!
  • Karpet - Tak kisah lah karpet korang jenis apa pon,harga ribu riban keee,asal nama nya karpet memang tak dapat di pisahkan dengan kekotoran.Lagi-lagi bila karpet tak penah basuh.Fuhhhhh memang terbaik lah.Pernah tak,bila keluar dari toilet pusing-pusing tak jumpa lap kaki.Last-last ternampak karpet korang yang cute dok diam-diam kat ruang menonton tv.Lepas tu pegi kat karpet tu slow-slow lap kaki korang..Memang nyaman sangat masa tu kan..Tapi selepas beberapa jam korang terlupa dan korang pon guling-guling lah kat karpet tu sambil menonton tv dan di temani keropok yang baru korang beli kat kedai mak timah..nikmat yang tak terhingga lah korang...hahaha~
  • Berus Gigi - Ya..Berus gigi anda!bukan berus gigi cik.Selepas korang beristinja apa yang korang akan lakukan?Flush!yeah..bijak..bijak..Dan selepas flush segerombolan bakteria akan terbang sejauh 6kaki dalam wap air tu selama 2jam.Cik ulangi lagi,bakteria akan terbang sejauh 6kaki dalam wap air selama 2jam!!Dan seterusnya bakteria di jumpai di berus  gigi anda.Lepas tu korang grab jae berus gigi tu letak ubat gigi sikit dan gosok gigi korang.Dapat bayangkan tak?weeeewwwwww..Jadi bagi yang shower dan tandas sekali tu pepandai lah korang cover berus gigi korang(Nasib baik lah cik bukan jenis bagi tinggal berus gigi kat shower)
  • Chopping Board - Yang ne untuk mak-mak.Yae lah mak-mak yang selalu guna benda ne untuk memotong daging untuk masak rendang/blackpaper/kari/kicap dan bla...bla..bla...Korang tahu tak daging mentah memang mengandungi banyak bakteria.Tahu tak??Jadi bakteria nya adalah 200 kali ganda lebih banyak daripada mangkuk tandas anda.Jadi...mari lah bramai-ramai memotong daging kat mangkuk tandas.Ada berani tak??
 photo img4003-1355107940_zps474ed7fb.jpg
  • Butang ATM - Secara puratanya butang ATM mengandungi 1,200 bakteria..Wewwwww...dah lah tekan butang ATM yang berbakteria.Bila dapat duit lagi lah berbakteria.Jadi kesimpulan nya?Tak payah tekan butang ATM dan tak payah keluarkan duit..Boleh tak cenggitu??mihmihmih
  • Sponge - Spongebob squaarepant!Tahukah anda sponge yang berada di dapur anda 200,000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk tandas korang.Dan bakteria ini boleh menyebabkan gillen-barre syndrom yang akhirnya boleh menyebabkan kelumpuhan(cik pon tak tahu penyakit apa tu.Sila rujuk google yae..mihmihmih)Jadi..kesimpulan nya tukar lah sponge anda sekarang.Jangan nak tunggu dah hancus baru nak tukar.dengan alasan "boleh pakai lagi lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"

Jadi..ada yang rasa nak muntah tak?Meh lah kita muntah together-gether..1..2...3...Uweksssssssss..
Sebenar nya ada banyak lagi benda-benda kotor kat luar sana yang cik tak masukkan ,contohnya lantai,tombol pintu,meja office dan politik...mungkin?????Weeewwwww....semua kotor.Apa-apa pon sharing is caring kan..Jadi mari lah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat.Basuhlah tangan anda menggunakan sabun dettol.Sabun dettol dapat melindungi anda dan keluarga bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...zasssssssssssss...okbaiii...
 
Designed by NurAlja Lee