Sudah setahun lebih 'dia' meninggalkan kami.Tapi sehinggah hari ini kami masih terasa perit nya.Bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi,cuma kami rasa belum puas lagi bersama 'dia'.
14 hari sebelum cik melangsungkan perkahwinan,'dia' pergi menghadap ilahi akibat asthma.Ya itu lah janji Allah untuk setiap makluk Allah di atas muka bumi ini.Kita juga akan 'pergi' cuma belum masa nya..mungkin esok..lusa..tulat atau pun malam ini?Hanya Allah yang mengetahui...
Damai lah engkau di sana..
'dia' seorang yang riang..Semua orang sayangkan nya.Siapa sahaja yang pernah berjumpa walaupun tidak di kenali.Gelagat dan kepetahan nya sangat mencuit hati setiap orang.Terlalu banyak kenangan kami walaupun hanya sekejap Allah pinjamkan buat kami.Bayangkan sahaja,di setiap telefon kami tersimpan gambar nya.Bila di kumpulkan semua tak cukup 1 album.Dan sekarang hanya gambar dapat mengubati rindu kami.Dan terus terang cik tak dapat tahan air mata cik bila ternampak gambar nya.Cik sangat-sangat merindukan nya.Merindukan setiap gelagat nya..Merindukan gelak tawa nya..Merindukan jenaka nya..
Allah lebih menyayangi 'dia'.Allah tak nak 'dia' menanggung kesakitan itu lagi.Syurga tempat mu sayang..In shaa Allah.Kami terima ujian ini dengan hati yang redha.

Terbayang-bayang cik.Di saat famly cik bizi membuat persiapan kahwin cik,'dia'juga bizi turun naik bermain.Bila cik beli choclate choki-choki buat budak-budak.'dia' juga bizi berebut minta kat cik.Dan cik pon penuhkan poket seluar nya dengan choclate tu.Suka nya 'dia'...
Nota Jari Kaki : Ramai yang bertanya siapa 'dia' kat
wordless wednesday semalam.'Dia' adalah adik sepupu cik.Tapi sangat rapat dengan kami semua..