Showing posts with label al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label al-fatihah. Show all posts

Mati Itu Pasti!

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 10 Labels :

Semalam cik ada baca entry Mama tentang seorang kak syu.Dan beberapa jam selepas itu, cik dapat tahu beliau telah kembali ke rahmatullah melalui facebook pula.Takziah cik ucapkan buat keluarga beliau..
Bila tiba masa nya,kita takkan dapat menunda walaupun hanya sesaat,itu ketentuan Allah.Kita pun bakal menyusul juga nanti.Pasti!akan menyusul..Allah hidupkan kita saat ini,hari ini,malam ini kerana Allah masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan mengumpul amalan buat bekalan kita di sana nanti in shaa Allah..
Janji Allah itu pasti..Tak kira di masa kita sihat,mahu pun sakit..Di masa kita susah mahu pun senang!Mati itu pasti!
Allahuakhbar....

Al-Fatihah #Mh370

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 8 Labels :


Takziah buat keluarga mangsa MH370..Semoga seluruh keluarga mereka tabah menerima berita itu..
Berhenti lah membuat andaian dan spekulasi yang tidak menentu.Hormat lah perasaan keluarga mereka.
Dan teruskan berdoa buat mereka-mereka yang masih meneruskan pencarian penumpang dan anak kapal yang terhempas..
Boleh baca kat sini sedikit info tentang lautan hindi yang di lebelkan sebagai lautan yang "ganas".




Nota Jari Kaki : Masih banyak persoalan masih bermain di minda.Semoga persoalan ini terungkai juga..

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 16 Labels :

Maaf,sudah 3hari cik senyap tak berentry.Mood kelaut,berapa hari ne asyik kalut jae cik rasa,tak tentram jae hati cik.Berapa malam ne susah sangat cik nak tido sampai lah semalam..Tiba-tiba telefon berdering dalam jam 1.05 pagi kalau tak silap.Panggilan dari mama cik,mengkhabarkan satu berita sedih bahawa nenek kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.15.Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..terkejut cik..
Sayu hati bila cik tak dapat balik bersama memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham nenek kami.Hanya doa mampu cik kirimkan dari jauh..
Terima kasih buat kawan-kawan yang sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham nenek cik.Terutamanya buat Zara,Deqla,kak Roha dan Ida kawan deqla..




Nota Jari Kaki : Masa kita akan sampai juga,esok..lusa...tulat..Semua tu rahsia Allah..

Rindu Sangat

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 25 Labels :

Sudah setahun lebih 'dia' meninggalkan kami.Tapi sehinggah hari ini kami masih terasa perit nya.Bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi,cuma kami rasa belum puas lagi bersama 'dia'.
14 hari sebelum cik melangsungkan perkahwinan,'dia' pergi menghadap ilahi akibat asthma.Ya itu lah janji Allah untuk setiap makluk Allah di atas muka bumi ini.Kita juga akan 'pergi' cuma belum masa nya..mungkin esok..lusa..tulat atau pun malam ini?Hanya Allah yang mengetahui...
Damai lah engkau di sana..
'dia' seorang yang riang..Semua orang sayangkan nya.Siapa sahaja yang pernah berjumpa walaupun tidak di kenali.Gelagat dan kepetahan nya sangat mencuit hati setiap orang.Terlalu banyak kenangan kami walaupun hanya sekejap Allah pinjamkan buat kami.Bayangkan sahaja,di setiap telefon kami tersimpan gambar nya.Bila di kumpulkan semua tak cukup 1 album.Dan sekarang hanya gambar dapat mengubati rindu kami.Dan terus terang cik tak dapat tahan air mata cik bila ternampak gambar nya.Cik sangat-sangat merindukan nya.Merindukan setiap gelagat nya..Merindukan gelak tawa nya..Merindukan jenaka nya..
Allah lebih menyayangi 'dia'.Allah tak nak 'dia' menanggung kesakitan itu lagi.Syurga tempat mu sayang..In shaa Allah.Kami terima ujian ini dengan hati yang redha.

Terbayang-bayang cik.Di saat famly cik bizi membuat persiapan kahwin cik,'dia'juga bizi turun naik bermain.Bila cik beli choclate choki-choki buat budak-budak.'dia' juga bizi berebut minta kat cik.Dan cik pon penuhkan poket seluar nya dengan choclate tu.Suka nya 'dia'...


Nota Jari Kaki : Ramai yang bertanya siapa 'dia' kat wordless wednesday semalam.'Dia' adalah adik sepupu cik.Tapi sangat rapat dengan kami semua..
 
Designed by NurAlja Lee