Showing posts with label Siapa Dia?. Show all posts
Showing posts with label Siapa Dia?. Show all posts

Rindu Sangat

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 25 Labels :

Sudah setahun lebih 'dia' meninggalkan kami.Tapi sehinggah hari ini kami masih terasa perit nya.Bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi,cuma kami rasa belum puas lagi bersama 'dia'.
14 hari sebelum cik melangsungkan perkahwinan,'dia' pergi menghadap ilahi akibat asthma.Ya itu lah janji Allah untuk setiap makluk Allah di atas muka bumi ini.Kita juga akan 'pergi' cuma belum masa nya..mungkin esok..lusa..tulat atau pun malam ini?Hanya Allah yang mengetahui...
Damai lah engkau di sana..
'dia' seorang yang riang..Semua orang sayangkan nya.Siapa sahaja yang pernah berjumpa walaupun tidak di kenali.Gelagat dan kepetahan nya sangat mencuit hati setiap orang.Terlalu banyak kenangan kami walaupun hanya sekejap Allah pinjamkan buat kami.Bayangkan sahaja,di setiap telefon kami tersimpan gambar nya.Bila di kumpulkan semua tak cukup 1 album.Dan sekarang hanya gambar dapat mengubati rindu kami.Dan terus terang cik tak dapat tahan air mata cik bila ternampak gambar nya.Cik sangat-sangat merindukan nya.Merindukan setiap gelagat nya..Merindukan gelak tawa nya..Merindukan jenaka nya..
Allah lebih menyayangi 'dia'.Allah tak nak 'dia' menanggung kesakitan itu lagi.Syurga tempat mu sayang..In shaa Allah.Kami terima ujian ini dengan hati yang redha.

Terbayang-bayang cik.Di saat famly cik bizi membuat persiapan kahwin cik,'dia'juga bizi turun naik bermain.Bila cik beli choclate choki-choki buat budak-budak.'dia' juga bizi berebut minta kat cik.Dan cik pon penuhkan poket seluar nya dengan choclate tu.Suka nya 'dia'...


Nota Jari Kaki : Ramai yang bertanya siapa 'dia' kat wordless wednesday semalam.'Dia' adalah adik sepupu cik.Tapi sangat rapat dengan kami semua..

Penyeri Hidup Cik

Penulis : Cik Puan Masa : 9:38 AM Comments : 21 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Ehemmmmehemmmm...Selamat bercuti mak-mak,ibu-ibu,mummy-mummy,ummie-ummie...Amboiiiiiii suka nya,senyom sumbing depan lappy.Maklum lah takda nak di kejar-kejar kan.Yang tengah keja...sabo jae lah yae,senyum jae tak payah stress-stress..
Puan hajah Norhaidah...Siapa kenal?Opkos lah korang tak kenal.Cik pon tak pernah bercerita.Bukan tak suka,dan bukan juga malu nak bercerita,tapi tak tahu nak mula dari mana.huhuhuhu
Kenalkan...ne lah ibunda tercinta cik.Seorang mama yang sangat sabar melayan perangai cik yang tak pernah sependapat.Maklum lah cik ne suka memberontak walaupon sekecil kuman,sampai lah abang cik gelar cik ne seorang yang 'keras hati'...Tapi itu duluuuuuuuuu...sekarang tak dah.hihihihihi
Walaupon kami tak sependapat tapi bila dah sekepala,memang macam-macam lah di gossip.Bila cik merajuk ada jae cara ''mama' pujuk cik.Paling cik tak penah lupa bila 'mama' nyanyikan lagu "hitam-hitam si buah manggis,walaupon hitam ku pandang manis~" nak tahu sebab apa 'mama' nyanyikan lagu tu buat cik???Sebab dulu2 kulit cik hitam yewwwwww...Sekarang ne jae dah putih cerah dan gebusss....hahhaha
Mama cik ne kalau korang nak tahu seorang yang sporting,kekadang suka menyakat cik.Suka buat cik marah-marah.Tapi lepas marah-marah..reda jugak sendiri...huahuahuaaa
Masa ne mama g haji.Masa ne lah cik rasa kehilangan sangat.Cik dapat rasakan macam mana hidup tanpa seorang 'mama' :'( Tapi Alhamdulillah,sampai sekarang cik masih di beri kesempatan untuk membalas jasa mama bapa cik.
Gambar blur sebab tyme ne kamera hp masih takda khelass :D
Tu jae lah satu-satunya gambar ayahanda cik.Sebab bapa cik ne sangat tak suka bergambar.Gambar kat atas ne,tu pon sebab mama cik yang paksa bergambar T.T
Aku akui aku tak dapat membalas segala jasa 'mama',segala keringat 'mama',segala kesakitan 'mama' tapi in shaa Allah selagi aku hidup,selagi aku bernafas selagi tu lah aku sentiasa kirimkan doa yang baik-baik buat mama & bapa.


Nota Jari Kaki : Love u so much Mama!!!!!!!!Love u more and more!!!!!!!!!
 

Hero Kucing Berkaki Dua

Penulis : Cik Puan Masa : 12:21 PM Comments : 12 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Semalam cik ada siarkan Wordless Wednesday tentang Hero.Ada yang ingatkan Hero adalah kucing cik..Hihihihi.Bagi cik,nama Hero sangat sinonim dengan cik.Yelah siapa tak kenal Hero..Sebut jae Hero semua orang akan kata "oh..yang kucing di potong kaki nya tu kan" yeahh...Itu lah Hero.Hero kini di jadikan Idol untuk pencinta-pencinta kucing di Malaysia khususnya.
Hero adalah seekor kucing yang pernah menjadi mangsa kekejaman manusia yang tak berperikemanusiaan.
Kedua kakinya di potong hanya kerana mencuri makanan di sebuah kedai seorang manusia tu!Tetapi nasib Hero sangat baik kerana di selamatkan PH(papa hero).Tetapi pada 24.November.2013 Hero telahpun kembali kepada pencipta nya akibat leukemia dan meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan terutamanya buat PH sekeluarga.Boleh baca kat Sini yae cerita sebenar dari PH semasa pertama kali berjumpa Hero sehinggalah Hero dah sembuh dan boleh berjalan kembali.
Pelukan terakhir dari PH untuk Hero:'(
Jadilah kamu seorang yang baik terhadap haiwan, sekurang-kurangnya kamu telah kurangkan seorang yang jahat terhadap haiwan di dunia ini 
Cik amik kata-kata tu dari blog PH.Maksud nya sangat dalam buat mereka yang memahami.Cik hari-hari follow story PH kat facebook tentang anak-anak bulus kat catvillage.Cuma cik jadik silent readers jak lah.Dan cik jugak salah seorang pencinta kucing cuma tak pernah story kat blog ne.Maklum lah tak da idea nak di kongsikan lagi pon anak bulus cik semuanya kat kampung,tak dapat bawa tinggal dengan cik sekali atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.
Jom layan video Hero semasa hayat nya.Semoga nasib kucing-kucing jalanan semakin terbela walaupon Hero dah tak da.




Nota Jari Kaki : Buat heaters,jangan cuba-cuba nak terajang mana-mana kucing.Tak kisah lah kucing kurap ka,kucing jalanan ka.Kalau cik nampak jak cik terajang KO balik.Ingat kucing jugak ciptaan Allah.


Ahmad Ammar Ahmad Azam

Penulis : Cik Puan Masa : 12:26 PM Comments : 13 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Salam jumaat,Di hari jumaat yang penuh keberkatan ne cik nak kongsikan satu cerita yang mungkin ada lagi yang belum mengenali Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam.
Sumber Google
Siapa Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam sebenarnya?Pertanyaan pertama yang keluar dari mulut cik masa mula-mula berita ne di muat naik di laman-laman sosial.Ada juga beberapa video yang di muat naik yang sangat-sangat menyentuh hati.
Sumber Google
Allahyarham Ahmad Ammar seorang pelajar Malaysia yang di muliakan di Turki.Allahyarham meninggal dunia pada petang sabtu 2 november 2013 akibat di langgar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul,Turki.
Jenazah Allahyarham di muliakan kerana semasa hayat nya Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat dan pernah mengikuti pelbagai misi kemanusiaan di beberapa buah Negara termasuk di Syria.
Sumber Google
Allahyarham juga pernah berhasrat untuk mati syahid ketika mengikuti misi kemanusiaan.Dan Allahyarham Ahmad Ammar telah di semadikan di perkuburan Eyub Sultan.Yang mana kuburan yang menempatkan 60 jasad para sahabat nabi,auliya',panglima uthmanyyah,dan orang-orang kenamaan di sana.Datuk bandar telah memberi pengecualian kepada Allahyarham Ahmad Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama di semadikan di sana.
Sumber Google
Jom Sesama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.Dan tolong sedekahkan Al-fatihah jugak buat Allahyarham Apau Bin Tinggi(Pakcik cik) yang telah kembali ke rahmatullah pada 20Nov2013(11.40p.m)
Semoga Allahyarham tergolong di antara orang-orang yang beriman.




Nota Jari Kaki : Cik dah cuba nak share Video Allahyarham Ahmad Ammar,tapi tak dapat pulak.Korang search jae kat google ek..



Fatih Seorang Hafiz Muda

Penulis : Cik Puan Masa : 12:26 PM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Salam ke'sabtu'an..hihihihihi..
Pssssttttttt...Siapa kenal hamba Allah kat atas ne???SubahanAllah,indah nya ciptaan Allah kan..

Pengsan Jap!

Orite,cik rasa masih ramai lagi yang belom kenal dengan fatih ne.Meh cik kenalkan yae..
Fatih adalah seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia,yang di lahirkan di Jerman dan sekarang menetap di Texas,Usa.Fatih ne seorang Guru Al-Quran,berumur 17tahun..
Fatih mula menghafal Al-quran semenjak umur 9tahun dan menghafal 30 juzuk Al-quran selama 3tahun.SubahanAllah!Bila cik buka Youtube dengan bacaan beliau cik terpegun sesangat tau.Suara nya,SubahanAllah merdu sesangat.Tak caya???Buka youtube kat bawah ne..



Nota Jari Kaki : Suara imam cik pon merdu juga :)


Hong Yi Wanita Kreatif

Penulis : Cik Puan Masa : 11:11 AM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Guysssss..Korang kenal tak Hong Yi?Mungkin ada lagi yang tak kenal kan,so meh cik perkenalkan kat korang ek.
Hong yi seorang artis-arkitek yang berasal dari Sabah Malaysia.Hong mengunakkan nama samaran RED(merah) kerana perkataan 'Hong' dalam bahasa mandarin adalah merah.Selepas menamatkan pengajian di Australia,Red menerima tawaran berkerja di firma seni bina Australia Hassell di pejabat shanghai.Red mula mencipta seni menggunakan bahan-bahan tempatan yang setiap hari di temuinya.
Red di kenali sebagai artis yang suka melukis tanpa menggunakan berus cat.Kerja-kerja Red telah di paparkan di seluruh dunia.Kat Instagram pon ada,sesiapa yang nak tengok hasil seni Red boleh follow Instagram Red HongYi ataupon Blog Red HongYi.

Korang layan hasil seni Red kat bawah ne yae.Confom korang kagum sangat.
Dan last tu peta malaysia.Korang nampak Sabah yang kaler terang tu?hahhhhhh Red nak bagi tahu tu tempat kelahiran nya..kita sekampung lah red..hahahhaha
Terlalu banyak sebenarnya hasil seni Red ne tapi tak sanggup cik nak share sesatu kat sini.Korang search lah sendiri kat google tak pon kat link yang cik share tu..

Nota Jari Kaki : Nak try lah deco2 kat atas pinggan ne.Macam best jae..huahuahuaaa




Eyang Subur

Penulis : Cik Puan Masa : 8:39 AM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt :)



Dua hari cik tak berentry bersebab oke!Sebab nya cik bizi menonton youtube tentang eyang subur.Mungkin ada yang tak kenal lagi dengan beliau.Meh cik perkenalkan ek siapa sebenar nya Eyang Subur ne.
Eyang subur berasal dari Jakarta,Indonesia.Salah satu sebab cik follow cerita beliau sebab beliau mempunyai 7orang isteri!cik ulang lagi ek..7ORANG ISTERI!Bukan 7kali kawen dan cerai ek,tapi 7orang isteri dalam satu masa.tapi ada yang kata eyang subur ne ada 8 @ 9 isteri.Cik tak pasti lah sebab yang dua orang isteri beliau tak da pulak dalam gambar dan video yang cik tonton tu.



Ne lah para isteri-isteri eyang subur.Sehati jae kan semua,pakai baju kaler sama,rantai sama.Dan menurut sumber,ada di antara isteri-isteri eyang subur ne adalah ADIK BERADIK KANDUNG.Allah!apa nak jadi lah.Ntah hukum mana yang membolehkan lelaki islam kawen dari 4 orang wanita.Dah tu tinggal dalam satu rumah..Mesti korang rasa pelikssss kan.



Ne lah teratak Eyang subur.Nampak macam biasa2 jae kan,tapi sangat mewah.Nak tahu kenapa?nanti korang tengok gambar kat bawah ne.Menurut sumber lagi lebih kurang 36orang tinggal dalam rumah ne termasuk isteri2,anak-anak,menantu-menantu,cucu-cucu,mentua-mentua,ipar-ipar dannnnnn orang gaji beliau.Bini dah 7orang,masih perlu khidmat orang gaji pulokkk yae.Nak jaga kulit kut takut kasar sangat..hihihi



Hahhhhh,ne lah yang cik katakan mewah tu!Mengumpul barangan kristal adalah salah satu hobi eyang subur.Kesemua kristal-kristal ne mahal-mahal belako.Cik pon tak mampu nak beli rasa nya.Mahal neeee.Yang pelik nya,menurut sumber,eyang subur ne tak da keja.Cuma dukun jae pon.Cik rasa kompius ne.Tapi tak tahu lah kan cik cuma tonton jae kisah-kisah beliau kat youtube.Tak pasti kesahsihan nya.Waullahualam lah kan.



Mewah sangat kan??Cik tak nak lah cerita panjang sangat.Korang simpulkan lah sendiri yae,takut nanti jadi fitnah pulak.Kalau korang nak tahu berit-aberita terbaru pasal eyang subur ne korang search jae kat youtube confom banyak yang keluar.Dan berita terbaru,eyang sudah menceraikan 4orang isteri nya dan salah satu isteri eyang subur tak nak pindah dari rumah beliau walaupon mak bapa exwife eyang dah nanges2 suruh balik ke pangkuat mereka.Exwife eyang nak tinggal kat situ jugak..Hemmmmmmmm,tak takut fitnah pulak kan exwife eyang tu.Dah cerai tapi masih nak tinggal serumah.Exwife eyang kata,kat rumah tu dia rasa nyaman sangat..hewhewhewwww.Ce korang komen sikit pasal ne.Cik masih follow cerita ne,masih korek2 cerita yang selanjutnya.Banyak sumber tapi tak tahu mana yang sahih.okbai

Nota Jari Kaki : Cik rasa pelik jugak kekadang.Tapi hanya Allah jae yang tahu kan cerita sebenar eyang subur ne..


 
Designed by NurAlja Lee