B.E.R.H.I.J.R.A.H

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 0 Labels :

Kita sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ne.Ramadhan sudah semakin dekat untuk meninggalkan kita.Tahun depan ntah kalau di  beri kesempatan lagi berpuasa seperti tahun-tahun sebelum ini :'(
Hari ne cik nak bebel-bebel tentang "berhijrah".Berhijrah bermaksud berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.Dalam konteks lain juga,hijrah bermaksud perubahan sikap dan tingka laku.Tetapi pada zaman ne "berhijrah" sudah di salah ertikan.Maksud cik sudah di salah guna pakai perkataan "berhijrah" tu.
Contoh:      "Artis A kini brrhijrah.Semakin anggun bila berhijab"
Helloooo sayang....itu bukan "berhijrah" nama nya.Menutup aurat itu kan wajib untuk semua wanita yang bergelar muslim.Kalau "berhijrah" sikap dari suka mencuri selipar kat masjid ke tak mencuri,itu barulah nama nya hijrah.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ne.Mari lah kita sama-sama perbaiki diri.Jangan lah letak "alasan" belum mendapat "hidayah",ataupun belum mendapat "seru" itu sebagai titik untuk tidak menutup aurat.Allah tak janji ajal akan di ambil bila kita dah tua,bila umur kita dah masuk 100 tahun.Sampai bila kita nak tunggu seru?sampai bila nak tunggu jadi baik baru nak berubah?Sampai bila nak tunggu hidayah??Macam mana lah nak jadi baik,bila rakan-rakan ajak tutup aurat kita melenting,kita mencemuh.Bila rakan-rakan dah ajak cara baik itu pun dah kira 'hidayah' dah tu..Sampai bila nak menunggu sayang??????????Sahabat yang pernah ajak kita tutup aurat tu adalah sahabat yang sangat-sangat sayangkan kita.Mereka taknak kita masuk neraka sebab tak tutup aurat.Jangan lah nak bangga sangat dengan rambut yang cantik tu.Tahu lah banyak duit bulan-bulan pegi salon buat rambut,cuci rambut.Nanti kat akhirat sana rambut yang di puja-puja,di sayang-sayang itu lah yang akan menghumban kita ke dalam api neraka.Waullahualam....
Entry ne bukan nak menyindir yae sayang.Cik tak kata cik bertudung,cik akan masuk syurga.Apa yang cik sampaikan ne adalah di sebabkan cik sayang korang.Selagi kita di bagi peluang,selagi tu kita perbaiki diri.Cik ne pon masih belajar untuk memperbaiki diri cik,memperbaiki pakaian cik.Masih banyak yang perlu di perbaiki..Jadi apa salah nya sama-sama kita perbaiki diri.Awak tegur salah saya..saya tegur salah awak..Macam tu baru lah sayang..Yae tak?? :)



No comments:

Post a Comment

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)

 
Designed by NurAlja Lee