Rahsia Syaitan

Penulis : Cik Puan Masa : 10:26 AM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum wbt
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yangg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara. 

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepada-Mu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! Tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “ 

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid dan surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.” 

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, Bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan). 

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)” 

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.” 

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.” 

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)" 

8. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “ 

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan nama-Mu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.” 

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah.”

Credit :mselim3


6 comments:

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)

 
Designed by NurAlja Lee