Rahim Terbalik Atau Retroverted Uterus

Penulis : Cik Puan Masa : 12:41 PM Comments : 12 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Selamat hari Malaysia yang ke 50 tahun.Yuhuuuuu semua sunyum sampai ke telinga kan.Al-maklum lah cuti lagik.Hari ne tak da aktiviti,cik diam2 kat rumah jae tonton hari malaysia kat tv.Tengah jaga kulit muka memang macam ne,malas nak jalan..phewwwwwww!



Semalam cik janji nak share pasal gambar kat atas ne kan..Dan komen rakan blogger???

Alahaiiii dear..Peknen apa nya..Belom ada rezeki lah.Yang tu cik scan rahim cik ne hah.Cik cerita satu2 yae...hihihiihhih
Errrrmmmmmm...mcm mana nak mula ek >,<
Macam ne ea..Semalam cik ada share kan gambar masa cik pegi wedding cuzzy cik tu.Hahhhh kebetulan pulak tyme tu terjumpa sorang makcik bidan.Cuzzy cik kata kakak dia penah berurut kat bidan tu.So cik pon cuba2 nasib lah kan kebetulan belum ada lagi nak lekat ne.Yelah salah satu sebab nya belum ada rezeki lagi kan.Allah belom nak kasi jadi cik ikhtiar jea lah apa yang patut.


Kalau korang tengok gambar kat atas ne,hahhh tu lah masalah cik.Dan macam tu lah makcik bidan tu bagi tahu kat cik.Cuma cik tak berapa nak percaya seratus pratus lah.Tu yang sampai cik pegi jumpa doktor scan rahim.Dan jawapan yang sama doktor kasi kat cik.Doktor kata lagi rahim terbalik bukan masalah,rahim terbalik adalah golongan minoriti.Macam orang kidal masih boleh menulis menggunakan tangan kiri..Hahhhhh macam tu jugak lah ibuk2 yang mempunyai rahim terbalik ne.Masih boleh mengandung cuma mungkin proses nya lambat sikit.Nak kasi peluang ibuk2 honeymoon pepuas dulu kut..kohkohkoh :P


Jangan risau yea ibuk sekalian yang senasib dengan cik.rezeki tu semua Allah yang tentukan kita ikhtiar jae semampu yang boleh.Banyakkan berdoa dan beristigfar.Mungkin ada hikmah di sebalik nya kan.Nanti tup tup dapat anak kembar pulak hahhhhhh kan hikmah dan hadiah berkat kesabaran tu..


Masa cik tahu masalah rahim cik.Agak down jugak lah cik rasa,pas tu rajin jugak search kat google.Tapi ingat ya ibuk2,jangan percaya sangat info kat google tu.Doktor kata ramai jugak ibu2 mempunyai rahim terbalik dan berjaya hamil.Dan ramai jugak ibu2 mempunyai rahim normal pon masih belum berjaya hamil.Jadi kita ne bakal ibu2 cuba..cuba..cuba.. dan terus mencuba jangan putus asa.Tak mau stress2 yae,bak kata orang putih "Enjoy your love game"

Nota Jari Kaki : Ibuk2 yang dah berjaya hamil dan yang tengah hamil anak ke 2,3,4,5,6,7 tahniah cik ucapkan.Doakan cik yae hope dapat join ibuk2 boyot cepat2..hihihihi (aminnnnn sambil pegang2 perut)


12 comments:

  1. alamak,maluuuu kite,ekekeke.

    cikji pun ada scan pewot jgk last week,xnyempat lagi nk update kt blog.huhu

    ReplyDelete
  2. @cikjihehehheee...
    update cecepat dear..kite tukar2 pndapat..yelah mane lah tau ade rakan2 lain boleh kongsikan ilmu kat kite kan..

    ReplyDelete
  3. betul3..
    rezeki Allah yang tetapkan..
    :)

    ReplyDelete
  4. anggap je la dia doakan cik puan.. mana la tau.. betul2 kan..hihi.. aamiin.... ;)

    ReplyDelete
  5. Terer gak bidan tu yeh Cik,.... ingat apa? hehe jangan disangka tak terer mcm doktor!
    Betul tu cik...Insyaallh sampai masanya nanti akan adalah cik junior...jangan lupa berdoa dan berusaha yeh Cik!

    ReplyDelete
  6. bila tgk perbezaan dalam gambar tu baru tahu kenapa agak susah sikit nak lekat...tapi apa2 pun rezeki tu kuasa Allah...kalau dah ditentukan tak ke mana punya...sy doakan cik semoga cepat2 jadi ibu... :)

    ReplyDelete
  7. @hainom OKjehahhaa...cik junior ek...boleh tolong cik seneor update blog nt...hewhewhew

    ReplyDelete
  8. @Hatimi Tahirruddinaminnn...aminnnn...aminnnn...tqvm so much atas doa nyeeee

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. salam..tumpang tanya..yg scan rahim nk tgk terbalik ke x tu through tvs ke normal ultrasound?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)

 
Designed by NurAlja Lee