Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

10 Benda Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas

Penulis : Cik Puan Masa : 6:30 AM Comments : 23 Labels :

Hari ne cik nak bergeli-geli dengan korang..cik nak bagi tahu kat korang benda-benda yang sangat kotor dari mangkuk tandas yang ada kat rumah korang..mungkin ada yang dah maklum tentang benda ne tapi tak salah kan kalau cik ingat kan korang..slah tak?salah tak??ok tak salah..mari kita mulakan...
  • Ais -Ya..Ais yang kita selalu campur kat milo,tea tarik dan siap bland untuk campurkan kat jus-jus kegemaran korang tu.kajian di USA mendapati 70% ais yang di hidangkan di restoran-restoran sebenarnya lebih kotor daripada air tandas.Tapi ne kajian kat USA,orang kita rasa nya pembersih belaka.Harap-harap lah guna air suling dan bukannya air paip untuk membuat ais.

Sumber
  • Keyboard - Cuba belek keyboard korang.Tak kisah lah keyboard kat office ke,kat rumah ke.Belek kat celah-celah huruf-huruf tu.Bersih tak?kalau bersih tu tepuk tangan lah buat diri sendiri.Tapi cik sure,rata-rata keyboard korang ada yang berhabuk dan tak pernah cuci keyboard kan.dan ada juga yang tak pernah cuci langsung?Terasa tak?Ok cik pon terasa..Sila berhenti menaip blog anda dan cuci keyboard anda sekarang juga...kekekke

  • Troli - Siapa tak kenal troli kan,terutama nya mak-mak lah yang selalu belanja barang dapur kat pasar raya.Ianya di sebabkan troli yang tak pernah di basuh.Apatah lagi bila ayam,daging,ikan,udang,brokoli dll angkut masuk dalam troli ne.Dan kekadang ada jugak yang siap letak baby dalam troli ne,lepas tu baby comei tu terkencing pulak..oooomakkkk..
  • Telefon - Masa buang air pegang handphone,masa korek hidung pegang handphone,masa makan pegang handphone.Duaplohnam jam dok pegang handphone dan hasil nya?handphone anda mengandungi 10 kali ganda lebih bakteria daripada mangkuk tandas anda.Dan ianya lebih bahaya kerana kekadang gayut-gayut dengan boypreng kat handphone tersentuh kat mulut pulak handphone tu..hamek kau..uweeekkkk.
  • Duit - Yezzaaaa...duit..Siapa tahu apa tu duit?Opkos semua angkat koning laju-laju.Yang ne mesti korang tahu kenapa duit ne kotor.Jadi para cashier-cashier,kerani-kerani bank,ataupun mana-mana pekerja yang berkerja dalam mengendalikan wang yang banyak.Sila basuh tangan anda.Tak pon guna sarung tangan jae lah,lagi bagus.Kerana....Pesuruhjaya kajian kesihatan mendapati bahawa 135.000 bakteria daripada satu not kertas!
  • Karpet - Tak kisah lah karpet korang jenis apa pon,harga ribu riban keee,asal nama nya karpet memang tak dapat di pisahkan dengan kekotoran.Lagi-lagi bila karpet tak penah basuh.Fuhhhhh memang terbaik lah.Pernah tak,bila keluar dari toilet pusing-pusing tak jumpa lap kaki.Last-last ternampak karpet korang yang cute dok diam-diam kat ruang menonton tv.Lepas tu pegi kat karpet tu slow-slow lap kaki korang..Memang nyaman sangat masa tu kan..Tapi selepas beberapa jam korang terlupa dan korang pon guling-guling lah kat karpet tu sambil menonton tv dan di temani keropok yang baru korang beli kat kedai mak timah..nikmat yang tak terhingga lah korang...hahaha~
  • Berus Gigi - Ya..Berus gigi anda!bukan berus gigi cik.Selepas korang beristinja apa yang korang akan lakukan?Flush!yeah..bijak..bijak..Dan selepas flush segerombolan bakteria akan terbang sejauh 6kaki dalam wap air tu selama 2jam.Cik ulangi lagi,bakteria akan terbang sejauh 6kaki dalam wap air selama 2jam!!Dan seterusnya bakteria di jumpai di berus  gigi anda.Lepas tu korang grab jae berus gigi tu letak ubat gigi sikit dan gosok gigi korang.Dapat bayangkan tak?weeeewwwwww..Jadi bagi yang shower dan tandas sekali tu pepandai lah korang cover berus gigi korang(Nasib baik lah cik bukan jenis bagi tinggal berus gigi kat shower)
  • Chopping Board - Yang ne untuk mak-mak.Yae lah mak-mak yang selalu guna benda ne untuk memotong daging untuk masak rendang/blackpaper/kari/kicap dan bla...bla..bla...Korang tahu tak daging mentah memang mengandungi banyak bakteria.Tahu tak??Jadi bakteria nya adalah 200 kali ganda lebih banyak daripada mangkuk tandas anda.Jadi...mari lah bramai-ramai memotong daging kat mangkuk tandas.Ada berani tak??
 photo img4003-1355107940_zps474ed7fb.jpg
  • Butang ATM - Secara puratanya butang ATM mengandungi 1,200 bakteria..Wewwwww...dah lah tekan butang ATM yang berbakteria.Bila dapat duit lagi lah berbakteria.Jadi kesimpulan nya?Tak payah tekan butang ATM dan tak payah keluarkan duit..Boleh tak cenggitu??mihmihmih
  • Sponge - Spongebob squaarepant!Tahukah anda sponge yang berada di dapur anda 200,000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk tandas korang.Dan bakteria ini boleh menyebabkan gillen-barre syndrom yang akhirnya boleh menyebabkan kelumpuhan(cik pon tak tahu penyakit apa tu.Sila rujuk google yae..mihmihmih)Jadi..kesimpulan nya tukar lah sponge anda sekarang.Jangan nak tunggu dah hancus baru nak tukar.dengan alasan "boleh pakai lagi lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"

Jadi..ada yang rasa nak muntah tak?Meh lah kita muntah together-gether..1..2...3...Uweksssssssss..
Sebenar nya ada banyak lagi benda-benda kotor kat luar sana yang cik tak masukkan ,contohnya lantai,tombol pintu,meja office dan politik...mungkin?????Weeewwwww....semua kotor.Apa-apa pon sharing is caring kan..Jadi mari lah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat.Basuhlah tangan anda menggunakan sabun dettol.Sabun dettol dapat melindungi anda dan keluarga bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...zasssssssssssss...okbaiii...

Pray For MH370

Penulis : Cik Puan Masa : 3:23 PM Comments : 10 Labels :

Photo: Kemaskini: Kesemua perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 boleh dirujuk di http://ohmedia.me/MAS-MH370

#PRAYFORMH370. Hanya doa yang mampu diiringkan rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini.

Setakat cover photo ini diletakkan (6:01PM), sudah 12 jam pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan semoga yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ini. - Oh! Media

Psst: Follow Oh! Media di Twitter untuk kemaskini lanjut dan lebih cepat berkenaan kejadian ini - https://twitter.com/ohtweet

"The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members".

Senarai Anak Kapal MH370 KL – Beijing:

1) Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2) Fariq Bin Ab Hamid
3) Patrick Francis Gomes
4) Andrew Nari
5 ) Goh Sock Lay
6) Tan Ser Kuin
7) Wan Swaid Wan Ismail
8) Junaidi Bin Mohd Kassim
9) Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10) Ng Yar Chien
11) Foong Wai Yueng
12) Tan Size Hiang

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jumlah Penumpang MH370 KL – Beijing Mengikut Negara;

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tp perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.

Press release MAS: http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html
Flight Radar MH370: http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370
Masih berkisarkan cerita tentang pesawat MH370.Masih setia menanti khabar gembira,masih berharap mereka selamat.Bukan setakat keluarga mereka sahaja,bahkan seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Andai tak mampu menguhulurkan bantuan,berdoa lah.Andai tak mampu berdoa,berdiam lah.Jangan lah membuat spekulasi dan kata-kata yang boleh mengguris hati keluarga mangsa.Jangan lah di tambahkan lagi beban mereka,jangan lah di tambhakan lagi kesengsaraan mereka,janganlah di tambahkan lagi kesakitan mereka,jangan lah di tambahkan lagi kelukaan mereka.Bayangkan jika kita berada di tempat mereka.Siapa kita untuk menilai,siapa kita untuk menuding jari,siapa kita untuk menghakimi.Semua ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Berhenti membuat spekulasi,dan berdoalah tanpa henti.In shaa Allah,pasti ada jawapan.Jom sama-sama kita doakan semoga akan ada berita gembira untuk kita nanti..




Nota Jari Kaki : Andainya Allah takdirkan mereka tinggalkan bumi ini,berdoalah semoga mereka mati dalam keadaan yang di redahi Allah..

Jom Kenali

Penulis : Cik Puan Masa : 5:30 AM Comments : 18 Labels :

Tolong kenalkan kat bapa,somi,adik,abang korang mana satu halia,mana satu kunyit,mana satu lengkuas dan mana satu temulawak ek.(Padahal cik pon pestaim tengok temulawak ne.Selama 23ahun cik hidup di muka bumi ne,tak penah pon cik jumpa dengan temulawak ne.dasyat tak..dasyat tak :D
Orite,dah kenal isi nya,meh kenal-kenal dengan pokok nya pulak..
Pokok lengkuas
Pokok kunyit
Pokok temulawak
Pokok halia
Kat kampung,mama cik ada tanam halia,kunyit dan lengkuas.Tapi bila mak suruh cik amik halia,cik terambil kunyit...Bila mak suruh amik lengkuas cik amik halia pulokkkk.Penah sekali tu,mama mak suruh amik halia kat depan rumah kata nya.Puas cik pusing-pusing cari mana sau pokok halia,tak jumpa-jumpa..Last-last mak sendiri turun amik sambil bebel-bebel ka cik.Serius,cik memang buta pokok.Ne pon cik baru belajar hari ne..kohkohkoh.
Benda wajib ada kat dapur cuma halia dan kunyit jae.Kunyit pon guna yang serbuk,beli kat mall.Lengkuas tu,penah jugak Mil cik beli tapi kurengggg lah.Temulawak??Lagi lah cik tak ahu apa fungsi nya..kohkohkoh.




Nota Jari Kaki : Agak nya ada tak kat sini tak penah nampak 4benda kat atas tu??(benda ke?hentam je lah..hahhhahaa)

Salam Jumaat

Penulis : Cik Puan Masa : 10:46 AM Comments : 24 Labels :

Salam jumaat guyssss...
Banyak pengajaran yang kita boleh amik dari gambar ne kan.So,jom sama-sama perbaiki diri dan hiasi peribadi :)


Sofwatul Amani

Penulis : Cik Puan Masa : 9:41 AM Comments : 24 Labels :

Semalam bizi sangat cik.Tengah malam baru sempat habiskan hutang-hutang blogwalking.Dan blogwalking punya blogwalking.Terbaca pulak entry kat blog Adilla.
Adik sofwatul amani di lahirkan dengan keadaan usus di luar.Besar sungguh ujian Allah buat mereka.Semoga mereka tabah melaluinya.Bagi yang nak menyumbang,boleh lah masukkan dalam no acc kat atas tu yae.Sama-sama kita meringankan beban mereka in shaa Allah.Sama-sama kita doakan semoga adik sofwatul amani sihat walafiat dan dapat menjalani hidup seperti adik-adik yang lain..
Nak baca cerita selanjutnya?Klik sini.



Nota Jari Kaki : Bagi yang ade lemah jantung jangan buka link tu..

Kelebihan Awaiting Moderation

Penulis : Cik Puan Masa : 9:49 AM Comments : 25 Labels :


Takda koja,sekali sekala buka Spam di ruang komen.Terjumpa pulak komen tentang pak mandala.Aiiihhh...siapa pulak pak mandala ne.Kompius jap..Kenapa dia komen pasal pak mandala pulak kat entry cik..huhuhuhuuuuu
Tu lah salah satu sebab kenapa komen blog ne cik terpaksa setting awaiting moderation.Spam-spam yang cik rasa tak sesuai nak di publishkan tidak akan sesekali cik publishkan.Buat menyemak jae kan kengkawan...
Ada yang tertanya-tanya macam mana nak awaiting moderation komen kat blog korang??Korang ikut jae step kat gambar atas tu..
Lagi satu kelebihan bila komen di awaiting moderation  bagi cik.Cik dapat baca semua komen-komen kengkawan di entry-entry cik yang dah lapuk tu.Yelah,takkan lah kita nak semak satu-satu komen terbaru di entry-entry yang dah lapuk 2 kan.Cik tahu...korang pon sama malas jugak macam cik kan...kan.kan..baik ngaku cepat!



Nota Jari Kaki : Yang belom pasang awaiting moderation,cik sarankan baik pasang lah yae.Nanti ada komen-komen yang kurang sopan yang korang tak tahu..hahhhhhhhhh..susah nanti.Cik sarankan je,kalau tanak tak payah..kohkohkohkoh

Keyword Minggu Ini

Penulis : Cik Puan Masa : 1:24 PM Comments : 15 Labels :
Keyword tentang kemaskini BR1M 3.0 banyak bertengkek kat blog cik.dan masih ada lagi yang masih bertanya tentang BR1M kat cik.Tapi sayangggggg seribu kali sayang bagi yang belom kemaskini BR1M kat online.Anda sudah terlambat sebab...................................
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN/KEMAS KINI BR1M 2014 PADA 31 JANUARI 2014
Sekarang dah 3 Feb..jadi maknan nya dah tutup lah yae.Apa-apa pon kalau korang ada pertanyaan tentang BR1M3.0 ne korang rujuk lah kat LHDN berdekan dengat tempat korang yae...

Keadaan Cuaca Sejuk Di Malaysia 24 Jan 2014

Penulis : Cik Puan Masa : 8:58 AM Comments : 22 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Salam jumaat guys...Cik terbaca keratan akhbar hari ne kat facebook tadi.
Patut lah hari ne sejuk semacam jae.Tadi pon cik bangun solat subuh,Ya Allah sejuk nya air.Sampaikan cik masak bekal somi pon terpaksa guna stokin yewwww..Tak tertahan rasa nya..Kena-kena lagi cik ne ada asthma...
Cik baca komen kat facebook tadi kota kinabalu 15°c ,manakala gunung kinabalu pula 5°c pada jam 0230am.Sandakan???

Ne cik semak tepat pukul 0830am tadi..Boleh lah kan.Tak da lah sejuk sangat,cuma hujan masih membasahi bumi sandakan...
Sesiapa yang nak semak suhu untuk kawasan masing-masing boleh lah semkan kat Sini ya :)





Nota Jari Kaki : Bumi semakin uzur......

Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi

Penulis : Cik Puan Masa : 6:00 AM Comments : 8 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Salam jumaat penghulu segala hari.
Cik nak share satu info yang sangat berguna buat kita semua.Kalau ada kengkawan yang dah tahu perkara ne anggap jae lah cik ingatkan kat korang balik yae.Sejujurnya cik pon baru tahu pasal benda ne.So cik kopi pasta jae lah yae..

Al Ain Bukan Perkara Main-main.
ReUpload KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? (Bayi muda 1-40hari)
SalaamULLAHu Alaykum...
Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga kami)? (Sewaktu usia 1-40hari)
Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.
2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.
Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.
Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "
Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُواMaksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّMaksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.
Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?
Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.
Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِDari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.
Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).
Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.
Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka-Sumber 

Premis di sekitar Kota Kinabalu rosak ditembak dengan peluru guli

Penulis : Cik Puan Masa : 3:31 PM Comments : 13 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

25 premis di sekitar Kota Kinabalu rosak ditembak dengan peluru guli
ANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian. - Foto NSTP
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis perniagaan sekitar bandar raya ini, mengalami kerosakan termasuk cermin pecah akibat ditembak dalam kejadian antara jam 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, sebentar tadi mengesahkan kebanyakan premis yang terbabit adalah di bandar raya itu, Luyang dan Inanam. 

Katanya, polis percaya tindakan itu dilakukan oleh beberapa kumpulan yang menggunakan senapang angin berpelurukan guli-Sumber

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Ketegori Kedua

Penulis : Cik Puan Masa : 9:06 AM Comments : 10 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


9 Januari 2014
Berita ne cik dapat dari faceboook.Tapi macam biasa lah kan,kita tak tahu setakat mana kesahsihan nya.Apa-apa pon doakan jae semoga kita tak terkena tempias nya..Terutamanya buat penduduk persisiran pantai kat sabah ne yae.

Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Penulis : Cik Puan Masa : 5:00 AM Comments : 21 Labels :
Assalamualaikum wbt :)


Sipa sini penah dapat BR1M?Cik nak war-warkan bahawa BR1M 3.0 akan masuk ke akaun bank anda.Bagi sesiapa yang sudah penah dapat,tidak perlu isi borang lagi cuma  kemaskini BR1M anda di https://ebr1m.hasil.gov.my/ Sekiranya link tersebut tak dapat nak masuk cuba dan terus mencuba yae.Reload jae balik-balik,cik pon pepagi tadi tak tembus-tembus.Last-last dapat jugak masuk.Tapi hanya sekali kemaskini sahaja di benarkan yae..

Cik rasa,ada baik nya juga macam ne kan.Tak perlu beratur panjang-panjang dan tak perlu kehulu-hilir.Cuma tunggu depan bank dan cash out,pastu belanja lah kan...hahha

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi 03-88829089 atau emailkan sahaja di bajet2014@treasury.gov.my



Nota Jari Kaki : Tahun lalu BR1M cik dah di luluskan.Tapi sampai ke tahun ne takda pulak.Harap2 tahun ne merasa jugak cik BR1M tu kan :D

Keyword Pilihan Minggu Ini

Penulis : Cik Puan Masa : 11:49 AM Comments : 19 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Ehhhemmm...ehemmmm....cik agak tertarik dengan keyword untuk minggu ne.
Ikan besar terjumpa di sandakan??mungkin ada yang pernah nampak gambar yang dah tersebar kat facebook kan.Cik tak pasti sejauh mana kesahsihan nya.Yang cik tahu keyword tu muncul kat blog cik di sebabkan entry cik yang ini.
Nama nya ikan mola-mola ataupon ikan matahari.Ikan ne di temui di kampung forest sandakan.Ikan yang tidak mempunyai ekor,dan sememang nya mempunyai saiz yang besar.Dalam gambar ne tak berapa jelas bentuk ikan ne kan..Meh jenguk gambar kat bawah..
See...ikan ne memang besar kan.Cuma mungkin jarang di temui lah,cik pon tak penah jumpa dan belom sempat lagi nak berkenal-kenalan dengan spesis dan kaum kerabat ikan mola-mola ne..hahhaa.Orite,tu jae lah info yang cik tahu setakat ne..Okbai


Nota Jari Kaki : Pssstttt...nampak nya keyword lucah masih lagi menguasai gelanggang.Taubat-taubal lah weiiiiii...!

 
Designed by NurAlja Lee