Jerebu 2013

Penulis : Cik Puan Masa : 2:51 PM Comments : 5 Labels :
Assalamualaikum wbt :)

Berapa hari ne semua kecoh pasal jerebu kan.Alhamdulillah buat masa ne kat tempat cik tak da lah bahaya sangat.Tapi tadi masa cik buka Fb terjumpa pulak pengistiharan darurat (nampak sangat cik tak tonton berita hihihi)

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di muar,johor kekal di paras bahaya dan kualiti udaranya merosot teruk sehingga menghampiri rekod pada September 1997.Selain itu,dua tempat di melaka turut memasuki tahap bahaya hari ini,iaitu Bandaraya Melaka (357) dan Bukit Rambai (334),menurut laporan di laman web Jabatan Alam Sekitar.Manakala IPU di Johor,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang terus tidak sihat dengan bacaan lebih 100.Pelabuhan Klang mencatat angka paling buruk untuk kawasan-kawasan di lembah klang dengan bacaan 188.
Secara keseluruhannya,situasi jerebu di Malaysia tidak memberangsangkan dan hanya enam peratus sahaja kawasan yang mendapat kualiti udara yang baik.


Ini pula suasana jerebu tebal di Muar yang dirakam Firdauz Aziz@itoaziz.



Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah :
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • kulit terasa gatal
Perkara yang boleh di lakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah :
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng mmuka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan penggunaan kenderaan terutamanya motosikal
  • Sentiasa basuh pinggan mangkuk yang terdedah
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka
Bagi yang muslim jom baca doa meminta hujan kat bawah ne..
Ne sedikit info yang cik dapat kongsikan buat rakan-rakan kat luar sana.Jadi kalau nak sihat jangan gatal kaki sangat nak merayap..hehehhe
okbaiiiiiiiiiiiiiii :)

5 comments:

  1. hari ni dah sampai kt kelate dh jerebu nih.semakin parah nampaknya. Allahuakbar

    ReplyDelete
  2. kalo dah smpai darurat tu mmg terok la kan.. kat sini pun terok dah.. hukhuk..skolah pun dah tutop..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat la asap2 ni semua berlalu....hehe

    ReplyDelete
  4. Pergh!!! lengkap beb info tu hehe...
    Tulah OKje pun risau ni ...kaum kerabat mak kat sana tah macamana agaknya....huhu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...jerebu dah takde..... indah alam kembali menyinari maya....

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)

 
Designed by NurAlja Lee