Beramal Cara Ikhlas

Penulis : Cik Puan Masa : 8:27 AM Comments : 16 Labels :



"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"-Sumber



16 comments:

  1. betul tu...kdang2 kite ni suke di puji.....sdangkan x mndatangkan sedikit pon kebaikan utk diri kite....

    ReplyDelete
  2. cik akak ikhlas tau ! drop komen here..:)
    satu perkongsian yg menarik..thanks cik :)

    ReplyDelete
  3. Tq sharing Cik...
    kesimpulannya, memang beramal kena ikhlas dan tak perlu lah di heboh2kan....:)
    moga menjadi pengajaran pd kita...

    ReplyDelete
  4. Sangat indah paparan N3 Cik hari ini.
    Bersama kita jadikan renungan utk mendidik diri yg selalu lupa
    Bukan mudah nak mengikhlaskan diri - mulut mudah tapi hati inilah yg payah.

    ReplyDelete
  5. maksud yng tersirat. bagus untuk santapan minda. tringat zaman sek, kalau dtg lewat kena kutip batu. huhu. maybe itu yg ckgu disiplin cuba sampaikan. i hope -.-'' hee

    ReplyDelete
  6. yes setuju, biar ikhlas nak buat something bukan nk tunjuk2..

    ReplyDelete
  7. Kisah penuh pengajaran...tq share

    ReplyDelete
  8. betul tu cik setiap amal kalo tak iklas kosong tiada nilainyerkan...

    ReplyDelete
  9. Nauzubillahminzalik...moga kita beramal scra ikhls dn bkn hnya mahukn pujian dn snjungn drpd owg len shgga timbulnya riak dlm aty.P'kongsian yg mnarik,cik :)

    ReplyDelete
  10. Allahu Rabbi....sangat mnegesankan..Alhamdulillah,Sama2 menjauhkan diri daripada sfat2 sedmikian...

    ReplyDelete
  11. biarla tak dpat pujian dari manusia asalkan dapat balsan dari Allah :)

    ReplyDelete
  12. pernah baca story ni... ikhlaskan hati dlm apa jua perkara.. tanpa menghrp balasan atau pujian... timbul perasaan riak nanti.. nauzubillah....

    ReplyDelete
  13. Moga kita sentiasa perhatikan amal kita. Buat muhasabah.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar cite ni.....
    Nak mengikhlaskan diri mmg payah cik...lebih lagi benda yg kita tak suka....moga lama lama jadi redho hendaknya huhu

    ReplyDelete
  15. Konsep ikhlas tu mmg xbtul payah nk paham...

    ReplyDelete
  16. selalu ingatkan diri sendiri jugak...

    ReplyDelete

terima kasih dengan komen anda(✿◠‿◠)

 
Designed by NurAlja Lee